assalamualaikum semua,
teruja pulak bila tengok kawan-kawan update entri pasal Blogger Contest dari Lazada.. yang menariknya lebih ramai blogger yang masuk akan lebih ramai yang menang hadiah tau! jadi marilah kita meramaikan penyertaan bagi meraih lebih banyak hadiah!
Lazada Birthday Blogger Contest |
A. Apa yang aku suka pasal Lazada?
1. Ramai penjual berbeza.
part ni aku tak nafikan la aku memang merupakan pembeli tegar secara online.. antara sebab aku suka sangat membeli di Lazada kerana di Lazada terdapat beberapa penjual berbeza hanya untuk satu barang yang dijual.. jadi ianya memberi lebih pilihan kepada pembeli untuk membeli dengan bijak..
2. Barang yang berkualiti dan menepati spesifikasi.
malah sejak awal lagi Lazada diperkenalkan pun aku dah cuba-cuba membeli.. dan alhamdulillah setakat aku beli ni belum pernah lagi la terkena dapat barang yang tak menepati citarasa atau menepati spesifikasi yang dah diberi oleh penjual.. setakat ni barang yang aku terima memang berkualiti dan berbaloi dimiliki..
3. Jaminan bagi pembeli.
tapi kalau ada pun barang yang tidak menepati spesifikasi seperti yang dinyatakan tentu aku tak risau sebab adanya jaminan untuk pembeli yang disediakan oleh Lazada seperti di bawah..
jaminan bagi pembeli yang jelas dinyatakan di laman web Lazada |
4. Bayar waktu terima.
kalau korang perasan, kebanyakan pembelian online kita kena bayar waktu kita nak beli tu kan..? kena buat online banking atau guna kad debit atau kredit untuk pembayaran.. tapi kat Lazada ni ada sesetengah barang tu dah la dapat penghantaran percuma lepas tu boleh pulak buat pembayaran masa terima barang.. paling best la servis macam ni aku rasa.. aku dah beberapa kali jugak beli guna khidmat bayar masa terima ni..
B. 3 barang pilihan yang aku impikan dari Lazada Malaysia
sebenarnya ada banyak sangat aku berkenan dalam laman web Lazada ni.. kalau nak tau aku jenis spesis yang kalau tak beli pun mestilah bukak laman web Lazada ni sekali sehari pun jadi la.. sekurang-kurangnya mesti nak tengok jugak apa benda yang ditawarkan untuk hari tu.. hahaha.. jangan nak gelak ok.. macam ni la orang kuat berangan tapi tak berapa nak berada.. kadang-kadang cuma mampu berangan dan masukkan angan-angan tu dalam wishlist je la.. hehehe..
tapi disebabkan Lazada dan suruh senaraikan 3 barang yang aku nak sangat dari laman web Lazada sekarang ni maka aku dengan paksarelanya cuba jugaklah senaraikan.. ecece.. paksa rela konon.. antara 3 barang tu adalah macam gambar dan penerangan kat bawah ni.. jom baca apa yang aku teringin sangat tu..
1. Televisyen (TV)
kami lama dah berangan nak gantikan tv gedabak yang ada kat rumah ni.. tapi itulah bila fikir sebab tv tu masih boleh pakai rasa sayang pulak nak beli tv yang lain.. tapi sejak akhir-akhir ni tv tu dah mula rosak-rosak.. kalau kita on je tv mesti ada bunyi krek..krek.. lepas tu dia akan mengaum agak menakutkan jugak la... hahaha.. lama jugak dah aku guna tv tu.. tu harta sebelum berkahwin lagi dah ada.. selain peti ais.. peti ais pun dah tukar baru.. tv masih lagi yang lama.. tahun 2004 aku beli tv tu.. lama gila kan? dah masuk 13 tahun dah pun.. memang dah patut tukar la agaknya ek?
murah kan tv ni ? huwaa... |
lepas tu terpandang pulak harga tv SHARP 40" kat Lazada ni yang berbaloi-baloi harganya.. siap boleh buat bayaran secara ansuran tu.. ditambah pulak lagi boleh dapat diskaun tambahan sehingga 12% kalau pemilik kad Maybank.. bukan tv je yang tengah sale tau.. semua peralatan rumah yang besar-besar pun ada.. korang boleh tengok kat PERALATAN RUMAH .. fuh... berpinar matanya menengoknya.. hahaha.. kachinggg!!
2. Oven
kalau dapat oven ni mesti tak berhenti aku baking ~ dekat separuh potongan tu.. |
memandangkan bulan puasa makin menghampiri, aku berhajat nak jual biskut raya yang pernah meletup dulu.. berangan la konon nak beli oven MORGAN 70L yang macam ni untuk memenuhi hajat.. al maklumlah oven aku yang lama tu sampai tercabut pintu oven tu aku buat.. hahaha.. nampak tak itu menunjukkan yang aku betul-betul guna tu tau.. kalau korang yang tengah nak usha-usha barang dapur macam oven, microwave macam aku tu inilah masanya tau..boleh jenguk kat sini.. OVEN dan MICROWAVE.
3. Pressure Cooker
dulu bape kali dah aku belek pressure cooker ni ~ tapi ini memang betul murah! |
Aku tergoda dengan Philip Pressure Cooker yang teramat la murahnya ni haaa...bayangkan harga biasa dia RM500++ tu tau.. wah.. ni memang sangat murah.. walau aku dah ada pressure cooker kat rumah tapi yang tu tak boleh nak set ikut minit-minit.. cuma boleh ikut masa yang ditetapkan je.. kalau dapat yang macam ni tentu aku senyum je nanti.. hehehe.. harap-harap adalah rezeki..barang-barang elektrik kecik-kecik ni pun ada promosi hebat kat Lazada.. tadi aku terpandang jugak ada blender, stand mixer (kaler merah lagi tu..huhu) .. hish ada banyak lagi la yang best.. ada yang penghantaran percuma dan boleh bayar bila waktu terima tau! yang teringin nak beli boleh jenguk kat BARANG PERALATAN KECIL RUMAH.
C. Cadangan buat Lazada.
1. Perbaiki mutu penjual.
pada aku setiap yang perniagaan mesti ada je cacat cela dia kat memana kan? tak kurang jugak buat Lazada.. yang mencacatkan perniagaan Lazada ni pada aku ialah Penjual yang pelbagai dalam Lazada tu sendiri.. ada sesetengah penjual cuma menjual dan mengira keuntungan tanpa mengambil berat mengenai kualiti dan kepuasan pelanggan.. ini termasuk la menjual barangan yang tidak mengikut spesifikasi yang telah dinyatakan.. meletakkan kadar kos penghantaran yang terlalu tinggi.. dan masa penghantaran yang terlalu lama dari yang dijanjikan.. ini secara tidak langsung yang akan memberi impak negatif pada Lazada pada keseluruhannya.. dan pihak Lazada perlu mengambil berat perkara ni supaya perniagaan Lazada lebih maju di masa akan datang..
2. Sediakan jualan secara pakej bagi barangan.
dan satu lagi.. mungkin jugak Lazada boleh mula menawarkan pakej pembelian barangan rumah kepada pengguna jugak.. macam pakej ruang tamu yang ada set sofa, televisyen dan set audio.. pakej dapur yang termasuk dapur, hood, oven pun nampak menarik.. pakej bilik cuci lengkap dengan mesin basuh, dryer dan sterika mungkin jugak jadi pilihan pembeli terutama mereka yang baru nak pindah rumah kan ?
D. Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 5 buat Lazada !
Lazada Birthday |
Semoga Lazada akan terus menjadi pusat beli belah online yang unggul dan menawarkan lebih banyak pilihan pada pengguna di masa akan datang sekaligus membantu pengguna lebih berjimat!
aku sebenarnya lebih pada berharap yang aku dapat memenuhi wishlist aku sendiri melalui Lazada Malaysia.. doakan ek.. kalau korang berminat nak membeli belah masa tengah promosi ni boleh je klik banner kat atas blog aku jugak..
good luck
BalasPadamJu pun teringin nak join tp xperna shopping dekat lazada huhuhu
BalasPadamBtw, all the best tau =D
@Nurzakiah Hanum
BalasPadamtq anum :)
@Jun Zie
BalasPadamwaaahh.. kagumnya dengan orang yangtak pernah shopping lazada..
good luck k.ita..:)
BalasPadamSelepas eBay kini berpindah ke lazada. Best shopping do lazada.
BalasPadamari tu baru beli mesin basuh kat lazada. hahah
BalasPadam