Baca Review Ini Sebelum Beli Hauck Duett 2 Tandem Stroller / Double Stroller - Cerita Ita                                                             Baca Review Ini Sebelum Beli Hauck Duett 2 Tandem Stroller / Double Stroller Langkau ke kandungan utama

Baca Review Ini Sebelum Beli Hauck Duett 2 Tandem Stroller / Double Stroller




Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller


Walaupun jenama stroller Hauck masih belum dikenali ramai. (Aku pun sebelum ini tidak pernah mendengar jenama ini). Sebenarnya, jenama ini sangat dikenali di German dan di beberapa negara Eropah. Kini mereka telah memasuki pasaran Malaysia.

Jenama Hauck ini telah wujud sejak hampir 90 tahun dan merupakan salah satu daripada jenama besar antarabangsa untuk produk bayi. Ia telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.


Model Hauck Duett 2 Double Buggy ialah versi yang di"upgrade" daripada Hauck Duett Buggy, yang telah berada di pasaran sejak 2011, dan sudah tentu menawarkan pelbagai "features" yang menarik.




Apa yang beza dari Model Duett asal?


Terdapat beberapa perubahan pada versi baru Hauck Duett 2 ini. Tempat duduk keduanya mempunyai ruang lebih besar, lebih 3cm besarnya dari model lama.

Pemegang stroller ini juga sudah boleh dilaras ketinggiannya dan rain cover diberi sekali untuk setiap tempat duduk. Memang awesome!




Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Hauck Duett 2 Tandem Stroller


Adakah Hauck Menyelesaikan Masalah Pada Versi Hauck Deutt Pertama? 


Ya! mereka banyak menaiktaraf Duett 2 ini dari Duett pertama. Berdasarkan maklumbalas dari ramai pemilik Duett versi pertama dimana mereka sukar untuk dilipat. Tetapi untuk Duett 2. Jurutera Hauck telah menyelesaikan masalah ini walaupun aku masih gagal lagi cubaan untuk melipat dengan sebelah tangan... Haahaha... sudah pasti sukar sebab ini bukan jenis light weight stroller macam Aldo Compatto. Tetapi memang banyak "improve" di dalam perkara ini. So.. jangan risau.



Melalui review yang lalu. Hauck Duett asal sangat besar (bulky) dan sukar untuk dimuatkan ke dalam boot kereta. Sekali lagi, Hauck Duett 2 ini telah mengatasi masalah ini dan tidak mempunyai masalah ini lagi. Ini kerana Hauck telah design Duett 2 ini lebih compact!


Dan maklumbalas terakhir yang diterima dari Ibu bapa bahawa Hauck Duett asal sangat berat bila menolak stroller ini


Tapi bagi aku ianya berat sebab stroller ini stroller berkembar, jadi tidak mustahil ianya berat. Akan tetapi model Duett 2 ini adalah lebih ringan dan mudah ditolak dan bergerak berbanding dengan versi asal. Jadi, masalah tersebut juga dapat diselesaikan.



Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Hauck Duett 2 Tandem Stroller

Mudah ker Nak Simpan Stroller Ini?


Jika korang duduk di rumah teres dua tingkat. Boleh sahaja simpan di bawah tangga rumah dalam kedudukan menegak atau jika anda ingin jimat lagi ruang, korang boleh cabut kedua-dua kerusi dan lipat stroller tersebut. Jika duduk apartment, aku cadangkan korang simpan stroller ini dengan mencabut kedua-dua kerusi untuk lebih kompak.


Bila korang sudah cabut kedua-dua kerusi, korang boleh lipat bingkai dan susun letak kedua-dua kerusi diatasnya. Teknik ini juga korang boleh simpan di dalam boot kereta korang untuk penjimatan lebih ruang. Hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk melakukannya.




Bagaimana Dengan Saiz Kerusi?


Jangan risau, saiz kedua-dua kerusi sangat mencukupi. Terdapat banyak ruang di kerusi utama untuk bayi berkembang dan berbaring dan sesuai digunakan dari newborn. Di kerusi kedua juga selesa walaupun dalam kedudukan di mana ruang sedikit terhad. Kedua-dua kerusi tersebut juga dilengkapi dengan tali pinggang untuk keselamatan anak  korang.










Adakah Stroller Ini Senang Ditolak?



Aku dapati yang stroller ini memang mudah untuk ditolak. Rekaan tayar belakang yang lebih besar berbanding tayar hadapan membuatkan ianya lebih mudah ditolak dengan mudah dan sempurna.



Cuma kadang-kadang bila rasa sukar untuk untuk membelok ketika menolak ini disebabkan tayar depan terkunci. Korang cuma perlu betulkan tuil di hadapan sahaja.








Bagaimana Pula Dengan Sistem Break?


Break stroller ini berada ditayar belakang. Korang hanya perlu menggunakan kaki untuk menguncinya. Amat mudah.





Tonton Video Ini.




Besar Tak Bakul Simpan Barang?


Apabila kerusi kedua tidak digunakan, saiz bakul mempunyai ruang yang banyak untuk beg lampin dan pelbagai lagi ketika anda sedang membeli-belah. Tapi bila kerusi kedua digunakan, saiz bakul amat terhad. Jika perkara ini berlaku aku cadangkan korang beli poket tambahan atau alat pegantung untuk gantung barang-barang dan simpanan tambahan.




Bumbung Kedua-dua Kerusi Ini OK Tak?


Bumbung stroller atau hood stroller ini aku sangat suka terutama ketika cuaca cerah kerana ianya mempunyai satu flap tambahan yang boleh ditarik ke bawah untuk melindungi bayi daripada sinaran matahari. Terdapat juga zip yang boleh dibuka untuk mendedahkan lapisan jaring untuk pengudaraan.


Adakah Berbaloi Membelinya?



Serius. Bagi aku memang berbaloi juga dengan harga yang ditawarkan kerana kebanyakkan twin stroller / double stroller / tandem stroller harganya dua kali ganda dari Hauck Duett 2 ini untuk kategori  jenama stroller antarabangsa. Korang boleh survey sendiri.



Di Mana Hendak Membelinya?



Tempat yang saya amat rekemen untuk anda membeli Hauck Duett 2 Tandem Stroller ini adalah di website The Baby Store. Harga di website ini sangat berbaloi dan yang paling penting adalah website ini sangat Trusted. Boleh dipercayai. So korang tidak perlu risau tentang penipuan online.








Selain itu, jika kali korang berbelanja di The Baby Store. Korang dapat mengumpul mata ganjaran pada setiap pembelian korang dan boleh ditebus untuk membeli barangan lain pada belian seterusnya. Memang amat menjimatkan.




Jika korang pelanggan baru. Korang boleh tebus 200 points untuk pendaftaran pertama dan boleh digunakan terus. Jadi korang boleh
 berjimat lagi.



Terus klik butang dibawah jika korang ingin membeli Hauck Duett 2.












Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...