Sejuknya air di Hutan Lipur Gunung Belumut - Cerita Ita                                                             Sejuknya air di Hutan Lipur Gunung Belumut Langkau ke kandungan utama

Sejuknya air di Hutan Lipur Gunung Belumut

assalamualaikum semua,

apa korang buat pada cuti sekolah ni dengan anak-anak ? kami balik kampung je.. bukan la sesuatu yang sangat best pun agaknya untuk sesetengah orang tapi bagi kami dah macam best sangat sebab kami dapat pergi ke Air Terjun Gunung Belumut yang baru je dibuka semula!

Air Terjun Gunung Belumut
bergambar di hadapan pintu masuk Hutan Lipur Gunung Belumut


Sejak kecik lagi aku memang takde sangat pergi ke tempat rekreasi lain walaupun kami tak jauh dari bandar Mersing yang ada pantai.. dan bandar Kota Tinggi yang jugak ada air terjun.. 


Boleh nampak permandangan gunung ni dari mana-mana area kampung aku ni sebenarnya

makin dekat dia melambai kami untuk datang..


Air Terjun Gunung Belumut atau Hutan Lipur Gunung Belumut ni la yang kami selalu pergi waktu musim cuti, musim panas dan waktu tiada bekalan air paip di kawasan kami.. air terjun ni jugak selalu menjadi destinasi kunjungan saudara-mara yang datang bertandang ke rumah mak dan abah..

antara alasan paling paling best sebenarnya kami suka ke sini ialah sebab tak ada bayaran masuk yang dikenakan untuk masuk ke sini.. semua orang boleh masuk secara PERCUMA.. ya percuma.. menarik kan? antara sebab lainnya ialah air terjun dia yang sangat sejuk.. best gila berendam dalam air dia tau!


masa berjalan cari tempat sesuai dah boleh teruja tengok air kat bawah tu..


sebenarnya pada awal bukak Hutan Lipur Gunung Belumut ni dulu memang takde bayaran pun dikenakan tapi biasalah orang Malaysia ni kalau orang yang sediakan tempat rekreaksi percuma yang best macam ni mulalah budaya tak menghargai tu berlaku.. masing-masing mula buang sampai di sana sini tanpa rasa bersalah.. sudahnya kebersihan tempat yang cantik ni mula tak terkawal dah.. jadinya pihak yang bertanggungjawab terpaksa la melepaskan tanggungjawab pada syarikat swasta yang dilantik untuk memperindahkan kawasan dan kemudiannya mengenakan bayaran pada pengunjung untuk menampung kos penyelenggaraan kawasan rekreasi..


antara larangan-larangan di hutan lipur


aku tak ingat pulak berapa bayaran yang dikenakan pada masa tu.. dalam rm2 - rm3 jugak la rasanya kot.. ikut pengelasan dewasa atau kanak-kanak.. sehinggalah ianya ditutup kepada pengunjung pada awal tahun 2016 atas sebab-sebab kebersihan dan kesihatan.. 

pembukaannya awal tahun 2017 merupakan berita yang agak mengembirakan buat kami yang merupakan pengunjung setia sejak dari kami kecik walaupun bukan selalu nak ada masa untuk ke sini.. dan lebih mengembirakan ialah tiada bayaran tiket dikenakan buat pengunjung selain bayaran cengkeram (aku guna ni sebab adik aku azza kata lama orang tak guna ni perkataan ni.. haha) sebanyak rm5 untuk kupon sampah.. yang mana bayaran ni korang akan dapat balik bila korang kumpulkan sampah yang korang buat kat dalam kawasan hutan lipur tu dan buang ditempat yang disediakan..

pada aku cara ni sangat efektif nampaknya sebab nampak la pengurangan orang yang buang sampah merata-rata di kawasan rekreasi ni.. kalau ada jugak jumpa orang yang buang aku rasa kena buat peraturan kita humban je orang tu dalam tong sampah beramai-ramai.. agak-agak boleh tak? hahaha.. dah degil bebenor itu je la hukumnya kan? 

bukan apa bila kita abaikan kebersihan macam ni lelama banyak penyakit yang akan menyinggah kat badan kita nanti.. mula la masa tu nak menyalahkan pihak sana sini padahal kita la puncanya tapi kita tak sedar.. jadi jom la sesama menghayati keindahan alam terutama yang boleh dapat percuma macam ni tanpa kita merosakkannya.. pesanan ini dibawa oleh khidmat masyarakat di ceritaita.com .. hahaha..

bagi sesiapa yang teringin nak datang ke Hutan Lipur Gunung Belumut dan kalau berhajat nak mendaki atau berkhemah di sini bolehlah datang berkunjung ke Gunung Belumut yang terletak di Jalan Kiambang, Felda Ulu Dengar, Kluang, Johor..  


Jalan Kiambang menuju ke air terjun


senang sangat nak pegi - ada je kemudah signboard sepanjang jalan ke Gunung Belumut.. nampak tak papan tanda warna coklat tu?


pastikan jugak korang cukup pengalaman untuk mendaki tu ye.. sebab dah ramai jugak yang sesat bila mendaki kat sini.. yang paling hot dulu cerita zaman aku sekolah rendah, orang tempatan bawa pendaki dari Singapura kalau tak salah dan mereka sesat selama lebih dari 2 minggu rasanya la.. akhirnya dijumpai di hutan di daerah lain di Kota Tinggi rasanya.. aku pun dah agak lupa cerita ni.. dan mujur mereka selamat sebab mereka sebenarnya secara tak sedar dah merentas 2 puncak gunung tau ! 

dan yang terbaru kisah orang kampung sendiri yang hilang dan terus tak ditemui sampai la sekarang ni.. tak dapat nak diandaikan ke mana kehilangan pakcik tu.. ada berbagai cerita mistik yang dikaitkan tapi takde sapa pun tau sebab yang lebih tepat.. tapi nampaknya cerita-cerita macam ni tetap tidak menjejaskan jumlah pengunjung yang datang ke sini pun.. macam kami ni la.. hehehe.. 


waktu operasi - kat tepi tu tong sampah untuk sampah yang korang kumpul kat dalam tu


opss lupa nak bagitau.. kalau ada yang teringin datang korang kena tau yang waktu operasi di sini ialah dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 petang tau.. sebenarnya 3.30 petang la sebab 4.30 tu memang dah tak dibenarkan masuk lagi dah.. dan pukul 5 akan ada bunyi siren menandakan semua orang diminta keluar dari kawasan rekreaksi.. macam pelik jugak memula dengar sebab tak pernah ada sebelum ni.. hehe.. tapi aku puji jugak ni salah satu cara nak kawal kejadian tak diingini macam orang hilang tu berlaku lagi.. sebab lepas jam 6 kawasan ni memang dah agak gelap.. dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.. Isnin tutup tau..

antara kemudahan lain yang ada kat sini ialah kemudahan tandas yang dikenakan bayaran 20 sen sekali masuk dan kemudahan surau.. setakat ni memang ada je lot kedai yang disediakan tapi disebabkan lama pusat rekreasi ni lama ditutup jadi peniaga yang sebelum ni meniaga di sini pun dah takde.. jadi jangan lupa sediakan bekalan makanan dan minuman secukupnya sebelum datang ke sini ye.. ada jugak disediakan tempat meletakkan kereta yang luas jugak secara percuma.. korang kena jalan kaki lebih kurang dalam 50-100 meter untuk sampai ke kawasan air terjun.. tapi jangan risau terutama untuk yang bawa ahli keluarga yang menggunakan alat khas macam wheel chair sebagainya tu.. yang bawak stroller anak pun boleh je sorong ke dalam ikut denai yang disediakan.. dan pondok-pondok rehat ada disediakan jugak untuk keselesaan pengunjung..


berjalan dari tempat parking ke air terjun

denai  untuk perjalan kaki - ada taman herba tau kat tepi tu


semoga maklumat yang aku bagi ni dapat membantu korang yang nak berkunjung ke sini ye.. kalau ada lagi pertanyaan boleh la korang tanya je kat komen.. mana yang aku boleh jawab aku jawab insyaAllah.. cuma bantu Jabatan Hutan yang jaga kawasan ni je.. siapa lagi nak promosi tempat sendiri kecuali anak tempatan kan? jom layan gambar kami di sini..


gembira anak-anak mandi air yang sejuk

aku tak mandi sebab lupa bawak baju.. rugi betul!

tengok la budak kecik yang tak takut langsung tu

ada kawasan yang agak dalam.. jadi hati-hati ye

yang baju hitam tu along aku - dan ada 2 orang lagi tu anak along aku..

bagi sesiapa yang masih tak tau nak pegi mana waktu cuti sekolah ni boleh la bawak anak-anak korang ke sini..




Ulasan

  1. back to nature, sedap mata mmandang tgk view alam semulajadi ni =)

    BalasPadam
  2. Assalam... dibuka setiap hari kan... berminat nak g minggu ni... 😊

    BalasPadam
  3. Nk tanya...boleh tak buat barbeque kt pusat rekreasi ni?

    BalasPadam
  4. @zana70 boleh rasanya tp ada bayaran deposit sampah yang jabatan perhutanan kenakan rasanya.. dan kena bersihkan selepas guna kemudahan.. arang dan sebagainya tak disediakan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...