Tak puas bercuti ke Planetarium Negara - Cerita Ita                                                             Tak puas bercuti ke Planetarium Negara Langkau ke kandungan utama

Tak puas bercuti ke Planetarium Negara

assalamualaikum semua,

ada satu lagi kisah percutian tak terancang kami tahun lepas.. kami secara tak sengajanya singgah beriadah di Planetarium Negara! Tempat yang mesti pergi kalau bercuti di Kuala Lumpur..

kami dah sampai ke Planetarium Negara !


haha.. jangan tanya kenapa boleh sampai sini ok.. antara sebabnya ialah lepas kami berulang alik ke hospital kami cadang nak bagi anak-anak gembira sikit sebelum kami balik ke Kuantan.. jadinya hari terakhir kami di Kuala Lumpur tu kami singgah la sekejap di Planetarium Negara..

ceritanya sebab aku dengan shah tak berapa ada bajet duit yang banyak nak bawak anak-anak berjalan.. jadi aku cuma survey je la tempat yang cuma akan guna bajet minimum tapi dapat beri kepuasan pada anak-anak.. 



peta ke Planetarium Negara


dan lepas aku google dan cari maklumat terbaca la pasal Planetarium Negara ni.. macam best sebab tak pernah pergi lagi.. terus cadang kat shah untuk pergi sini.. macam biasa shah memang dah banyak cerita.. dia jenis ikut je asal ok je tempat tu.. 

dan sejak cakap dengan anak-anak nanti nak ke Planetarium terus asyik sebut je.. sampaikan abg long siap cakap dengan moksu dia yang ummi nak bawak diorang pergi Planet.. tapi dia tak ingat Planet apa.. masa tu aku dah terlupa tau sebenarnya.. terus jadi teringat balik..hahaha.. nampak tak ingatan anak-anak? kau jangan la janji bukan-bukan kalau kau rasa tak dapat nak penuhi..

ok sambung.. maka hari tu kami keluar pagi-pagi.  tak la pagi sangat.. sebab kena singgah tampal tayar kereta kami yang bocor pada malam sebelum tu dulu kat kedai tayar.. selepas tu kami terus la hala ke Planetarium Negara yang terdapat di Jalan Perdana..




Kawasan dia ni atas bukit.. dekat dengan Tasik Perdana, Muzium Negara, Taman Rama-rama, Taman Burung dan banyak lagi la tempat menarik kat sekitar tu.. pejabat TV Al Hijrah pun ada kat atas bukit ni tau..

dan kami tersesat jugak memula.. maklumlah orang tak berapa tau jalan.. termasuk sekejap dekat parking Muzium Negara lepas keliru dengan arah yang GPS tunjukkan..

dan akhirnya kami sampai jua ke Planetarium! meh aku cerita pulak apa yang menarik ada kat sini sampai anak-anak rasa tak nak balik pulak lepas tu..


nampak tak aku gigih nak mendaki tu?

nak jugak shah selfie. ini luar biasa ok..haha


masa kami sampai tu dah tengahari jugak jadinya kami terus je daki tangga yang tinggi melanggit ni untuk masuk ke Planetarium.. fuhh.. lepas abis daki tangga ni aku rasa macam kurus sikit badan aku la.. hahaha.. rasa macam daki Batu Caves pun ada..

bila sampai atas terus aku pergi ke tempat nak beli tiket.. tiket nak masuk Planetarium ni PERCUMA je tau.. cuma kena bayar untuk tengok tayangan 3D dia je yang agak murah jugak cuma RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun..

dah siap beli tiket dan tanya pasal masa tayangan bagai kami pun terus la masuk dalam.. ada ramai jugak pengunjung.. mungkin sebab cuti sekolah agaknya.. kami pun ronda setiap kawasan pameran.. 

kalau ikutkan Planetarium ni tak la seluas Petrosains atau Pusat Sains Negara.. eh aku belum cerita agaknya la.. nanti la insyaAllah aku cerita pasal lawatan kami ke dua tempat tu nanti..

walaupun tempatnya tak luas tapi bermacam aktiviti boleh dibuat di Planetarium ni.. setiap kawasan pameran ada menampilkan aktiviti yang berbeza.. contohnya macam yang kat bawah ni.. visualnya berganti-ganti menunjukkan rupa muka bumi yang kita duduk ni..


muka bumi


banyak lagi la aktiviti.. ada jugak game untuk anak-anak lebih mengenali sains dengan meneka apa yang terkandung dalam satu-satu benda.. yang ni menarik dan banyak info aku tak tau rupanya..







dan bila dah masuk dekat bahagian angkasa lepas.. haaa.. anak-anak memang teruja abis la.. dari awal sampai akhir kat konon-konon bahagian dalam kapal angkasa tu..seronok betul anak-anak..






dan yang paling best bila sampai part tayangan 3 D tu.. best gila! tapi aku tak banyak ambik gambar kat sini.. gambar 3D tu pun aku tak ambik jugak sebab khusyuk sangat tengok tayangan.. masa kami masuk tu tengah tayangan pasal Penghantaran alat penyiasatan ke semua Planet yang ada di Galaxy kita.. menarik betul!


bilik tayangan teater angkasa



dalam bilik tayangan.. gelap betul wei aku rakam video satu apa tak nampak pun..haha


maklumat waktu tayangan


lepas tu pulak kami tengok orang sibuk beratur bila keluar dari tempat tayangan tu untuk masuk ke mesin simulasi roller coaster yang ada berdekatan dengan pintu masuk.. baru tau rupanya tiket tayangan yang kita dah bayar dan tengok tadi tu boleh kita gunakan untuk masuk ke mesin simulasi ni.. wah.. aku ingatkan apa benda la mesin ni masa masuk tadi.. rupanya salah satu aktiviti menarik yang boleh kita cuba rupanya.. tapi kali ni aku tak masuk.. macam biasa abg long yang sangat berani pulak cuba.. dia masuk dengan shah.. aku tak masuk sebab risau tudung tersingkap-singkap sebab ada terbalik-terbalik macam tu..


mesin simulasi roller coaster
kita kat luar boleh nampak macam ni


yang info pasal gunakan tiket tayangan untuk masuk ke mesin simulasi ni orang kaunter memang takde cerita tau.. aku pun tak tau kenapa tapi kami baru tau lepas bertanya dengan staf yang menjaga mesin simulasi tu je tau.. korang kena cop kat belakang tiket lepas dari korang tengok tayangan untuk layakkan diri masuk ke dalam mesin simulasi tu tau.. dan paling penting bukan semua orang yang tonton tayangan tu dapat tengok tau.. ada had pulak tu.. kalau tak salah aku cuma dalam 10 hingga 12 orang je yang dapat setiap kali lepas tayangan.. jadi memang kena cepat la lepas tengok tayangan dan dapatkan cop tu.. kami ni kira rezeki dapat naik walaupun tak tau pada awalnya.


ada sejarah penerokaan angkasa yang best


lepas tu kami pergi pulak naik ke menara tinjau yang berada kat tingkat atas Planetarium ni.. kat sini best sebab boleh nampak dengan jelas semua kawasan sekitar yang berada di sekeliling Planetarium ni.. best betul! tapi rasa gayat pun ada.. hahaha... ada jugak dipamerkan berbagai info di tingkat dimana diorang buat jugak peneropongan anak bulan di sini..
ini tangga yang gigih aku naik tadi. huhu

kubah masih dalam proses baikpulih


belakang shah dan anak-anak tu taman burung kuala lumpur tau

nampak menara kl kat belakang tu? abg ngah tu dah kenapa nak oiii

pandangan Kuala Lumpur dari Planetarium Negara


akhirnya kami meninggalkan Planetarium Negara dalam hujan lebat dengan penuh kepuasan sambil simpan azam nak datang lagi di lainkali ! kalau sesiapa yang nak bercuti ke Kuala Lumpur tapi tak ada bajet yang tinggi boleh masukkan Planetarium Negara ni dalam list wajib pergi korang.. gerenti tak menyesal punya la ..


kami mesti repeat semula datang sini !




Ulasan

  1. Best bawa budak2 ke sini. Banyak yang boleh dipelajari 😊

    BalasPadam
  2. Seronok juga ya bawak anak-anak ke sini..last Kak Sue datang sini masa anak sulung akak kecik lagi..

    BalasPadam
  3. Zura yang duduk shah alam nih pon x sampai2 lagi kat planetarium tuh. ingat nak bawa juga anak2 kesitu. InsyaAllah~

    BalasPadam
  4. aida x pernah g sini.
    tmn burung sebelah tu pernah :)
    menarik ni kalau bwk anak2.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...