Anak-anak dan anak bulu, serasikah bersama? - Cerita Ita                                                             Anak-anak dan anak bulu, serasikah bersama? Langkau ke kandungan utama

Anak-anak dan anak bulu, serasikah bersama?

Assalamualaikum semua,

hari ni aku nak cerita kisah anak-anak di rumah ni.. bukan setakat anak kami yang berempat tu aje tau tapi sekali dengan anak berdua yang berbulu.. haa.. siapa pulak anak bulu tu kan? 


adik hadi dan wani


tak lain tak bukan anak bulu tu ialah anak kucing kesayangan kami kat rumah ni.. dari awal kami bela sejak bulan 8 tahun lepas sampailah sekarang ni.. dah 8 bulan dah pun dalam jagaan kami.. masa kami ambik diorang ni dulu umurnya dalam 2 ke 3 bulan macam tu la..

entah kenapa waktu tu anak-anak kat rumah ni teringin sangat nak bela kucing.. sampaikan setiap kali jumpa kucing kat tepi jalan atau memana kedai makan mesti mintak kami bawak balik rumah.. dan entah macamana pulak kami masa tu boleh rasa lembut hati nak ikutkan kemahuan anak-anak..

dan secara rasminya aku dan shah gigih kumpul duit jugak nak beli sangkar kucing.. dah lama betul aku tak ambik tau pasal benda gini.. tetiba pulak aku jadi orang yang rajin tengok orang iklan kucing untuk adoption.. abis semua group kucing aku masuk.. kebetulan pulak ada la sorang misi yang nak bagi percuma je kucing dia.. kami dah memang rancang kalau ada yang bagi kami nak 2 ekor supaya dia boleh berkawan dan bermain sama-sama.. anak-anak masa ni tak tau lagi plan kami.. tiap hari tetap merengek nak bela..

sampai la hari yang dijanjikan nak ambik tu.. 26 Ogos 2016, aku dengan shah pergi ke kedai haiwan kesayangan kat Indera Mahkota dan 2 atau 3 kedai lagi nak cari sangkar yang sesuai dan harga yang sesuai dengan bajet kami masa tu.. dapatlah sangkar 3 tingkat dengan harga RM200++ alhamdulillah rezeki kucing tu agaknya.. siap dapat satu beg kristal bead percuma.. beli la jugak bekas pasir, pasir, bekas makanan dan minuman dia.. hati dah rasa berkobar-kobar dah nak bela masa ni..

petang tu kami pun pegi la ke rumah misi yang nak bagi ni.. nak ambik kucing yang dijanjikan.. anak-anak dah teruja abis masa ni.. tapi.. bila kami datang nak ambik.. kedua-dua anak kucing tu macam takut dengan kami.. diorang bukan jenis yang manja-manja datang kat orang sambil mengiau tu.. siap yang warna kelabu tu merengus je bila anak-anak datang dekat.. siap ada kejadian lari bawah sofa dan sekeliling rumah.. muka anak-anak masa tu dah kecewa gila.. ye la memasing dah bayangkan anak kucing comel berlari-lari datang nak bermain dengan kami.. bila sebaliknya tentulah reaksi anak-anak jadi lain kan..

aku ok je.. memang dah agak jadi macam tu bila kucing dijaga secara indoor je.. dan kami terpaksa bawak balik dalam kotak tertutup.. awalnya kami simpan dia dalam sangkar di dalam rumah.. lama jugaklah nak serasi dengan kami.. makan bulan jugak tempohnya.. tapi alhamdulillah sekarang ni nampaknya makin serasi dan dah kenal sangat kami sebagai keluarganya..

ni la budak berdua ni masa hari kami ambik


eh lupa bagitau nama diorang ni.. ada 2 ekor kan? seekor yang kelabu tu namanya Remy.. itupun ntah bape kali tukar nama ntah.. hahaha.. Robin la.. apa ntah lagi.. tapi akhirnya lekatlah nama Remy.. alhamdulillah mujur.. kalau tak mungkin kucing tu pening dan konpius agaknya apalah namanya sebenar.. haa.. yang kelabu ni jantan.. dan yang putih hitam tu betina.. abg long beri nama Wani.. dia kata sebab dia betina kita bagi nama Wani iaitu singkatan pada Wanita.. hahaha.. ikut awak la anak oii..

kami beri dia makan Power Cat.. rasanya setakat ni Remy dan Wani sangat suka Power Cat ni la.. kalau bagi jenama lain memang perasan diorang ni tak bape suka.. tapi aku rasa sedap kot sebab adik hadi pernah makan sikit dulu bila dia tengok Remy dan Wani makan macam sedap je agaknya.. aku sempatlah tanya dia pun jawab sedap katanya.. hahaha.. macam-macam la awak ni adik..

tapi Power Cat tinggi jugak peratusan protein dia.. dan memang terbukti pun bulu diorang ni jarang sangat jumpa gugur memana bila makan Power Cat ni.. nampak cantik dan berkilat jugak.. Kadang-kadang aku bagi jugak makan ikan rebus atau goreng tapi jarang-jarang la sebab tak larat bau najis dia lebih kuat bila bagi ikan rebus tu.. nanti aku kongsikan cara buat wetfood kucing sendiri versi jimat..


abg long dan wani


buat masa sekarang ni Remy dan Wani memang merupakan sebahagian dari keluarga kami.. kalau mereka takde tak tau la kami rasa macamana..mesti sedih gila nanti.. hish tak mau bayangkan la..pasal aku dah pernah kehilangan kucing dulu.. pedih sangat rasanya.. Kuning dan Hitam.. rindu sangat kat dia.. semoga kasih sayang pada haiwan yang kami terapkan kat anak-anak akan buat mereka jadi lebih penyayang dengan semua makhluk Allah di dunia ni.. insyaAllah.. jom layan video anak-anak dengan anak bulu kami..







Ulasan

  1. Anak2 saya suka sgt dgn anak2 bulu tp x serasi...mesti kena serangan asthma nanti :((

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...