Donut Coklat Murah cuma berharga RM2 di Kuantan! - Cerita Ita                                                             Donut Coklat Murah cuma berharga RM2 di Kuantan! Langkau ke kandungan utama

Donut Coklat Murah cuma berharga RM2 di Kuantan!

Donut Coklat Murah di Kuantan!

assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan satu lagi tempat makan best dan wajib pegi kat Kuantan ni.. ianya ialah Donut coklat murah yang cuma berharga RM2 je satu tau.. haa.. teruja nak tau? meh teruskan baca.. mulanya aku terbaca pasal donut ni masa aku tengok paparan di wall facebook masa scroll status kawan-kawan.. tetiba ada iklan pasal satu bakeri ni jual donut murah dan lembut.. teruslah menarik hati kan?

Donut Coklat RM2


pastu baca pulak review dan komen-komen orang lain dalam status facebook yang diiklankan tu memang mengakui yang donut tu sangat sedap dan lembut.. siap ada pulak komen yang kata dia tak sempat beli sebab dah habis.. lagi teruja aku nak cuba rasa.. sedap sangat ke? nampak kan iklan melalui facebook ni sangat mempengaruhi.. buktinya aku dah terpengaruh ni haa.. hahaha..

Donut Coklat RM2


ok meh kita cerita kat mana nak cari donut sedap dan murah ni? kat bawah ni ada gambar kedai bakeri yang diberi nama Sekilau Bakery & Cafe, diusahakan oleh pengusaha Bumiputera dan muslim.. alhamdulillah antara pilihan makanan halal yang baik untuk orang Islam.. patut berterima kasih pada mereka yang berusaha untuk menyediakan pilihan makanan halal untuk kita seperti ni.. memudahkan sangat bagi orang Islam jugak akhirnya..

Sekilau Bakeri & Cafe dari arah depan


ok balik semula pada lokasi kedai.. kedai ni berada di Bukit Sekilau, Kuantan.. kalau nak tau kedudukan sebenar dia ialah di deretan rumah kedai di Bukit Sekilau.. dan kalau nak landmark paling senang korang boleh mark Masjid Bukit Sekilau yang ada kat kiri jalan besar di Bukit Sekilau tu.. dari situ korang boleh terus je sampai penghujung jalan lurus tu dan berjumpa dengan deretan rumah kedai di sebelah kanan.. dan bakeri ni berada dia deretan yang hujung.. nak kata hujung sekali tu tak jugak tapi antara 3@4 kedai yang hujung.. ada signboard kedai warna putih kat atas kedai.. ada jugak blackboard yang tertulis menu yang dijual di luar kedai..

antara pilihan roti yang dijual, lembut dan sedap jugak!

hiasan belakang kaunter ~ belakang tu dapur dia tau

hiasan belakang kaunter ~ sambungan gambar tadi


pada aku dekorasi kedainya agak simple tapi ada jugak owner sediakan meja dan kerusi jugak pilihan air minuman di kedainya.. ada jugak pilihan kek dan roti yang sedap dan lembut di samping donut dan donut coklat yang menjadi viral tu.. jadi sesiapa nak lepak kat kedai ni dan minum-minum sesuai sangat la..


antara pilihan donut coklat yang ada untuk pelanggan


meh kita fokus kat donut yang menjadi kegilaan peminat donut di Kuantan ni.. sampai ada pelanggan yang masa aku datang dah siap bayar untuk tempahan donut pada keesokkan harinya tau.. hebat kan penangan donut coklat ni? Kedai ni menjual donut dengan pelbagai pilihan topping coklat.. ada coklat putih dan coklat yang biasa.. dan pilihan topping kat atas dia pun boleh mintak je nak yang macamana.. 



tengoklah kesan gigitan tu.. lembut sangat tau!


pada pendapat aku sendiri pulak.. donut ni memang sangat terbaik la tau! Dan korang patut sangat cuba! jadikan menu wajib beli bila datang berkunjung ke Kuantan selain dari Kek Mangga Cheese Kula Cakes yang viral tu.. kami kalau datang sini memang akan borong dalam keadaan tak berapa sedar.. hahaha.. pasal nak datang bukan boleh selalu pun.. dan antara sebab yang lain ialah semua donut yang ditayangkan ni dijual dengan harga cuma RM2 je satu tau.. rasanya setanding dengan satu jenama donut yang agak terkenal di merata Malaysia.. memang yang ini aku pasti sangat.. bila gigit satu macam.. ahhh.. tak terasa wei! sedap betul! lembut dan memang sedap la rasanya.. terus buat aku rasa nak mintak kerja part time je kat sini belajar buat donut.. hehehe.. 


donut gula ~ RM1


donut gula dia yang biasa tu pun dijual dengan harga yang sangat murah.. cuma RM1 je tau.. kalau makan yang ni je pun korang dah macam terpukau lagi la kalau makan yang coklat banyak variasi tu haa.. anak-anak kami jangan cakap la.. menghadap macam apa bila tengok banyak betul pilihan donut yang ditawarkan.. memang terbaik la! Masing-masing semua rambang mata dan rasa nak cuba semuanya.. tapi kalau pilihan aku sendiri aku suka sangat donut coklat dengan topping kuaci dan kacang.. dua ni mesti aku beli bila datang.. rasa lemak coklat ditambah dengan rasa rangup kuaci dan kacang tu.. pehhh.. tak yah cakap la.. memang tak ingat orang sebelah dah.. hahaha.. kalau anak-anak lebih suka yang coklat dengan topping coklat urai (chocolate rice) atau coklat cip atau pilihan coklat putih dengan cip coklat atau cheese.. ada berapa banyak atau daaa...


donut coklat pilihan anak-anak ~ RM2


ada satu lagi yang korang kena tau.. waktu jualan donut tu.. kalau donut biasa yang bergula tu mula dijual mulai jam 1 petang, tapi untuk donut coklat ianya hanya mula dijual pada jam 1.30 petang je sampai donut habis.. dan kedai dibuka setiap hari kecuali hari Ahad.. jadi kalau berangan nak makan pada hari Ahad sila lupakan saja.. sebab dia tak jual..

dan satu cadangan aku pada pihak pengurusan bakeri ialah supaya dapat melancarkan sistem pesanan di kaunter.. apa yang aku perhati pada mula-mula datang ke sini pada 3 minggu lepas, aku tengok mereka perlu siapkan beberapa donut coklat untuk tujuan dipamerkan di atas meja sebelum pelanggan memesan.. ada sedikit kelam kabut kat situ aku tengok.. sebab setiap kali jugak la bila ada orang yang tak pernah datang akan ditahan dari mengambil donut yang diletakkan hanya untuk pameran.. pelanggan perlu menunjuk pada donut yang dihajati sebelum pelayan akan menulis pesanan korang pada sehelai kertas dan dibawa ke bahagian dapur dan korang kena menunggu untuk pesanan tu siap.. dan bila aku datang sekali lagi minggu lepas masih menggunakan sistem yang sama..

Jadi apa yang aku nak cadangkan di sini ialah pihak bakeri boleh mengambil gambar setiap satu jenis donut dan dilabelkan dengan nombor atau nama istimewa donut tu dan seterusnya meletakkan gambar tu dalam bentuk poster atau buku menu.. itu lebih mudah untuk pihak anda dan pelanggan untuk masa akan datang rasanya.. tapi ini sekadar cadangan dari seorang pelanggan yang nampak akan kesukaran yang terjadi bila terdapat 4 hingga orang pelanggan yang nak pesan donut coklat dalam kuantiti besar pada waktu yang sama.. semoga dapat perhatian dari pengurusan bakeri hendaknya.. cuma adalah kelemahan bila guna sistem ni.. pelanggan takde la kelebihan sangat nak pesan ikut kegemaran yang lain dari yang dipamerkan.. 

jadi untuk korang yang nak cuba.. jangan risau tau.. memang tak rugi cuba donut terbaik di Kuantan ni! Cuma untuk kami yang ada anak kecik ni tak boleh selalu-selalu wei.. banyak gula tu.. kena jugak seimbangkan makanan sihat untuk anak-anak.. jadi selamat mencuba ye!

Ulasan

  1. aduh malam malam ni tengok pic donut ni rasa lapar pulak. HUHU

    BalasPadam
  2. malam2 tengok gambar donut. aduhaiiiii tak tahann hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...