Assalamualaikum semua,
kami dalam perjalanan nak jenguk adik shah kat Kem PLKN hari ni.. dia tengah buat latihan Kem PLKN Indera Pahlawan kat Maran, Pahang.. semua anak-anak teruja nak berjalan ni asyik tanya je bila nak sampai..
Kedai 1 Malaysia di Gambang |
tapi biasalah kalau berjalan dengan keluarga dan takde benda sangat yang nak disegerakan ni banyak sangat tempat persinggahannya.. hahaha.. ni berenti kat kedai 1 Malaysia kat Gambang ni.. tadi dah selamat berenti beli pisang..
pisang emas dibawa belayar, masak berbiji-biji dalam plastik.. eh.. |
kalau jalan dengan keluarga yang ada anak-anak kecik ni ginilah.. terutama keluarga aku ok.. bekalan makanan dan minuman mesti cukup lengkap.. itu pun kadang dah siap bekal semua dari rumah masih lagi nak berenti jugak beli apa-apa tengah jalan.. sila bertabah la sesapa yang join rombongan kami.. hehehe.. kalau family aku memang dah fahammm sangat dah.. hahaha..
ni padahal nak gi Maran je pun.. bukan jauh sebab kami gerak dari rumah mak shah.. cuma dalam sejam lebih je la kalau ikutkan tapi dengan perjalanan banyak berenti korang rasa boleh jadi berapa jam? hahaha..
ni tadi aku dah sesiap masak nasi maglubah ayam untuk bekal.. mak pulak masak nasi putih dengan ayam masak gulai kuning pahang, sawi goreng dengan udang masak merah.. peh.. dengar lauk pun best gila kan makan tengahari kami nanti ni..
semuanya sebab adik ipar aku yang sorang ni cakap semua tak sedap la ni.. bayangkan la mak shah dah bangun seawal 5 pagi nak memasak tau.. aku sedar-sedar pukul 5 lebih sebelum azan tu elok je mak tengah basuh ayam nak masak gulai.. itu pun sedar sebab adik hadi merengek ntah apa tak kena.. kalau tak rasanya ntah pukul berapa menantu hantu ni bangun agaknya.. huhuhu..
nanti yang makanan tu aku kongsi entri lain eh? baru best korang baca kan.. cerita makanan je.. haha.. doakan perjalanan pergi dan balik kami selamat ye.. macam bau kuah tumpah je ni..alamak!
bestnya g jalan2..cik nor kalau hr minggu..terbungkang kat rumah jer..haha
BalasPadamLama dah tak singgah kawasan2 plkn ni. last sekali dua tahun yg lalu tgk adik sedara :)
BalasPadam