Selamat Hari Lahir Yang ke 10 Sayang
assalamualaikum semua, aku dah ada di Kota Bharu sekarang ni.. pagi tadi bertolak sebab ada kursus di sini sehingga Khamis.. tapi cuma nak jugak buat entri ucapan Selamat Hari Lahir buat anak yang tersayang..
Birthday boy dengan keknya |
Selamat hari lahir abg long sayang.. walau ummi takde bersama dengan awak waktu ni di hari ni.. tapi ketahuilah doa ummi sentiasa mengiringi..
semoga anak yang diberi nama Ahmad Haziq Hakimi menjadi anak yang soleh, dirahmati Allah di mana jua abg long berada, dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh yang baik, ditetapkan iman dan berjaya menjadi umat Islam yang cemerlang satu hari nanti..
walau ummi tau awak amat mengharapkan ummi ada untuk awak meraikan hari istimewa ini.. kerana sejak dari awal bulan awak menghitung hari untuk sampai ke tanggal 17 April 2017.. ummi faham dan sangat faham harapan seorang anak.. terutama muka sedih awak semalam dan pagi tadi bila ummi cakap ummi terpaksa pergi.. ketahuilah saat ini pun ummi masih terasa sebak dan berat sangat dada ni..
kek ditempah dari kawan setaman |
tunggu ummi balik untuk sambutan yang sebenar ye nak.. maafkan ummi kerana berada jauh dari awak hari ni.. kalau satu hari nanti blog ini masih wujud dan awak boleh memahami.. fahamlah bahawa sesuatu yang kita nak tak semestinya selalu kita dapat dalam hidup ni.. banyak perkara kita kena korbankan.. cuma berharap dan berdoalah supaya pengorbanan tu tak jadi sesuatu yang sia-sia..
Selamat hari jadi haziq!
BalasPadamselamat hari lahir dik
BalasPadamSelamat hari lahir Abg Long, semoga suatu hari nanti kamu menjadi pemimpin besar hendaknya.
BalasPadamhappy belated birthday abang long.. :)
BalasPadamse;amat hari lahir abang haziq
BalasPadamSelamat Hari Lahir Abang Long.. semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia, akhirat..aamiin ya rabb..
BalasPadam