Pengalaman berbeza di Shopee - Cerita Ita                                                             Pengalaman berbeza di Shopee Langkau ke kandungan utama

Pengalaman berbeza di Shopee

Pengalaman berbeza dengan Shopee


assalamualaikum semua, semalam kan aku ada kongsikan kat facebook dan instagram aku pasal wall decor sticker 3D yang cantik-cantik kan? tapi sebenarnya bukan pasal pengalaman beli wall decor sticker 3D tu yang aku nak ceritakan.. tapi masih pengalaman membeli-belah dengan Shopee..

Shopee di aplikasi


masa aku mula-mula tau pasal Shopee ni tengah sibuk viral pasal Fidget Spinner.. apa dia fidget spinner tu? aku memula dengar pun macam pelik.. apa benda la agaknya la benda ni.. bila dengar spinner, aku ingatkan ianya gasing.. tapi apa pelik benor gasing rupa macam-macam.. tapi yang pastinya dia memang boleh berpusing la.. hahaha.. 

fidget spinner


tapi bila google akhirnya tau.. ooo.. rupanya Fidget Spinner ni sejenis permainan dan diperkenalkan dalam tahun 1990an dan diiklankan  sebagai permainan yang dapat membantu mereka yang menghidapi ADHD.. tapi kemudiannya ada pulak kajian yang kata ianya tak membantu sangat pun.. ianya hanya sejenis "Stress Toy" untuk membantu menghilangkan tekanan.. 

jadi bila dah tau pasal tu.. aku teringin pulak nak try.. dan dapat pulak tau pasal Shopee yang menawarkan harga Fidget Spinner yang agak murah.. cuma bawah RM4 je satu tu.. banyak jugak pilihan warna.. tengah-tengah pilih boleh pulak ter"add" ke "Cart".. eh.. ter add gitu.. hahaha.. ok dan sekarang ni aku masih dalam proses menunggu fidget spinnner tu sampai ke rumah.. 

barang yang aku pesan masih dalam perjalanan dari China tu..


eh belum cerita macamana aku beli tu kan? senang je wei.. aku download dulu aplikasi Shopee di Playstore.. percuma je! bila dah ada tu boleh la korang daftar dan kemudiannya buat pilihan untuk bahasa yang korang suka.. ada Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.. mudah sangat..


Aplikasi Shopee

pilihan bahasa


dan boleh terus cari je apa yang korang nak.. macam aku aritu memang terus cari fidget spinner la.. dan macam semalam yang aku tunjuk kat facebook dan instagram tu aku terus cari wall decor sticker.. sekejap je jumpa dan boleh beli dah.. 

eh jap.. belum abis lagi tau.. apa yang bestnya Shopee ni? kat sini korang bukan saja boleh membeli malah korang boleh menjual jugak tau.. haa.. menarik kan? tapi part tu aku belum explore lagi.. nanti aku tengok balik.. 

dan korang jugak boleh chat dengan seller untuk bertanyakan apa saja pasal barang yang korang nak beli tu.. nak tanya dah sampai belum, betul ikut spesifikasi yang korang nak ke tak.. semua korang boleh tanya je kat ruangan chat dengan seller..


chat bersama penjual

peluang menjual di Shopee

eh tetiba ada barang pulak lagi kat cart tu..


dan yang ni lagi best.. dengan bersempena dengan kedatangan raya akan datang ni kan.. Shopee ada menganjurkan Cahaya Raya Bersama Shopee yang menarik tau.. ianya dah bermula dari semalam 15 Mei 2017 sehingga 30 Jun 2017 nanti.. ada pelbagai tawaran menarik yang menanti semua pengguna Shopee.. jadi korang boleh la mula mencari keperluan hari raya korang dengan mudah di Shopee ni.. antara yang menarik aku nampak ialah.. set baju ibu dan anak yang macam kat bawah ni.. cantik kan? 


Cahaya Raya Bersama Shopee

pilihan baju raya terdapat di Shopee


ada pelbagai peraduan lain jugak tau.. macam Make A Wish For Mom, Berbuka Snap, dan Berapa Duit Raya.. ada hadiah bernilai sehingga RM50,000 tau.. berpinar mata dengar.. hahaha.. jadi jangan lepaskan peluang ye.. download aplikasi Shopee di Playstore korang.. aku nak sambung tengok wall decor sticker yang lawo-lawo ni.. huhuhu...










Ulasan

  1. Menarik juga shopping kat sini kak ita yek..

    BalasPadam
  2. Lepas ni tak shopping kat web lain dah....Shopee lah pula.

    BalasPadam
  3. Banyak barang best dan murah kat Shopee ni, memang berbaloi beli!

    BalasPadam
  4. fidget spinner tu.. huhuh budak budak semua nak menda tu skrg....mujor ada online. boleh survey rega yer

    BalasPadam
  5. semua tgh dok pulun cari fidget spinner tuh... termasuklah hero kat rumah tu haaa

    BalasPadam
  6. Wahhh bestnya bershopee hari-hari nak masuk web nih...

    BalasPadam
  7. memang best shopee ni. Boleh ralit dok skroll je hehhee

    BalasPadam
  8. atie baru shopping kat shoppee dua hari lepas.. beli fidget spinner.. murah gile..

    BalasPadam
  9. Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

    BalasPadam
  10. Boleh dikatakan.. setiap bulan saya shopping di sini..

    BalasPadam
  11. aida lom pernah shopping sini.
    hmmmm nanti mlm, free, mau lah try try jenjalan kat website nyer :)

    BalasPadam
  12. Bestla shopee ni kan...murah2...nak shoping raya la kat sini

    BalasPadam
  13. Bestla shopee ni kan...murah2...nak shoping raya la kat sini

    BalasPadam
  14. Murah-murah tapi tak reti nak guna. hahahhaha... hakikatnya tak explore lagi. thank you sharing.

    BalasPadam
  15. Hari-hari dok bukak web shopee ni. Dok intai2 je ni. Hihi

    BalasPadam
  16. shopee ni kalau dah buka..ralit terus hehehe

    BalasPadam
  17. Nanti Kak Sue nak intai juga barang kat sini..

    BalasPadam
  18. Duk tengok jugak duk lalu kat wall. Tapi buat dunno jer. Tapi bila kak ita citer, macam best pulak. Nak install shopee ni pulak la...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...