Cuti Persekolahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 - Cerita Ita                                                             Cuti Persekolahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 Langkau ke kandungan utama

Cuti Persekolahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Cuti Persekolahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

assalamualaikum semua, sekarang ni dah heboh orang tanya sana sini pasal cuti persekolahan sempena hari raya Aidilfitri 2017.. semua orang bertanya bila sekolah mula bercuti untuk berhari raya.. padahal sekolah pun belum bermula dan masih lagi bercuti selama 2 minggu sekarang ni.. hehehe.. 

cuti sekolah 2017
Cuti Persekolahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017


tapi kalau ikutkan aku pun tercari-cari jadual cuti ni sebenarnya.. tak payah nak cakap pasal orang lain sangat.. haha.. sebab apa tau.. sebab nak rancang cuti sendiri la nanti.. supaya senang uruskan anak-anak terutamanya bila menjelang hari raya tu haa.. maklumlah anak-anak kami kan duduk  kat rumah pengasuh dan transit buat masa sekarang ni.. mana la tau karang tetiba je pengasuh atau transit bagitau nak cuti awal sebelum raya tu.. jadi sekurang-kurangnya kami dah bersedia la dulu..

aku percaya semua mak bapak memang akan aturkan cuti mengikut cuti sekolah macam kami jugak kan? sebab tu ramai yang sibuk cari jadual cuti sekolah ni.. yang merancang nak balik kampung untuk berhari raya dalam jangkamasa yang panjang, tentunya sangat nak ambik tau pasal cuti ni.. 

jadual cuti sekolah yang ada ni bukan untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri je tapi untuk semua cuti perayaan utama kat Malaysia ni.. dan korang boleh la jugak gunakan cuti sempena perayaan Deepavali akan datang.. ye la mana tau ada yang bercuti pulak ke? psstt.. ada promosi AirAsia jugak tau sekarang ni.. apa pun rancang la cuti korang dengan bijak supaya tak akan ada ketidakpuasan hati pulak kemudian nanti.. hehe.. 


Ulasan

  1. bukan anak2 jek yang akan suka dengan entri nih, tapi mak ayah yang melompat lebih lebih nanti.. hee~ selamat berpuasa kak ita !!

    BalasPadam
  2. bestnya...kalau lah jadual kerja sama mcm ni..bahagia mummy. hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat