Keputusan Temuduga Program Pembangunan Eksekutif EDP di NHI Korea, berjaya atau tak? - Cerita Ita                                                             Keputusan Temuduga Program Pembangunan Eksekutif EDP di NHI Korea, berjaya atau tak? Langkau ke kandungan utama

Keputusan Temuduga Program Pembangunan Eksekutif EDP di NHI Korea, berjaya atau tak?

Keputusan Temuduga  Program Pembangunan Eksekutif EDP di NHI Korea, berjaya atau tak?

assalamualaikum semua, dari malam tadi aku berkira-kira nak tulis atau tak entri ni.. tapi akhirnya aku ambik keputusan nak tulis supaya ada kenangan yang aku coretkan di blog ni dan jugak secara tak langsung panduan untuk sesiapa je yang memerlukannya satu hari nanti.. aku sebenarnya nak bagitau Keputusan Temuduga Program Pembangunan Eksekutif atau program EDP di NHI Korea yang aku pergi temuduganya bulan lepas..

Keputusan Temuduga Program Pembangunan Eksekutif di NHI Korea


kisah temuduga tu ada aku tuliskan di Persediaan Untuk Temuduga COTI dan Temuduga COTI dan Soalan Yang Ditanya.. masa lepas temuduga tu adalah panel tu bagitau katanya calon ada lebih kurang 200 lebih yang dipanggil untuk temuduga.. dalam 250 jugak la bila aku tanya pada urusetia yang jaga kehadiran calon tu.. tapi aku tak pasti la semua datang atau tak di hari temuduga sebab diorang buat 2 hari untuk sesi temuduga bagi Gred 41 - 44 ni dan aku ditemuduga pada hari pertama.. ada pulak kawan yang hadir sama kata ada calon yang patutnya kena temuduga hari pertama tu tapi mereka memilih untuk tangguh ke hari kedua atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan.. 

ok sekarang ni bukan nak ceritakan cerita yang berlaku pada hari temuduga tu lagi dah.. kalau nak baca aku ada tulis dalam entri sebelum ni.. kali ni aku nak ceritakan pasal keputusan yang aku terima ni.. sama ada berjaya atau tak aku ke Korea ni sebenarnya..

eh aku lupa nak bagitau.. sejak minggu lepas lagi sebenarnya aku dah mula rasa mata kanan aku ni asyik la bergerak-gerak.. ntah apa yang nak ditengoknya ntah.. kata orang selalunya nak tengok benda baik.. tapi ada jugak ustaz pesan.. jangan terlalu percaya sangat dengan kaedah kata orang tu.. sebab itu pun boleh memalingkan akidah kita sebagai umat Islam.. sebabnya bila kita terlalu sangat percaya dengan benda-benda gitu lama-lama kita akan cakap.. asal mata bergerak je ada berita baik.. dah umpama ramalan dah tu.. sangat bahaya untuk akidah kita..

tapi ntah nape kebetulan yang berlaku pada aku sejak dari awal hari pertama berpuasa lagi tau.. memang nyata bergerak-gerak mata kanan sampaikan aku jadi tak selesa.. terfikir jugak nak tengok keputusan NHI di laman web JPA tapi tak terbuat jugak.. sampailah aku dapat mesej macam kat bawah ni melalui telefon semalam.. mesej automatik dari pemberitahuan untuk menyemak keputusan temuduga..

mesej sebelum ni yang panggil temuduga tu pun ada lagi.. hahaha


aku cuba klik melalui telefon tapi nampaknya link yang diberi tak dapat dikesan pulak.. jadi aku cuba semak melalui komputer di pejabat.. aku terus ke laman web www.esilav2.jpa.gov.my untuk tengok keputusannya.. memula macam biasa dia akan pergi ke muka depan Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan dan aku pun tengok dekat semakan keputusan di bawah sekali belah kiri.. dan nampak macam kat bawah ni... jadi aku terus klik yang dalam kotak berwarna merah tu.. 

klik yang dalam kotak merah tu


bila aku klik dia akan pergi ke page seterusnya di mana korang dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.. bila aku isi je dan log masuk dia terus keluar keputusan macam kat bawah ni...

keputusan Permohonan Program NHI 2017


Allah.. terkedu terus aku baca tulisan hijau kecik bawah nama program yang aku mohon tu wei.. aku BERJAYA.. alhamdulillah.. macam tak percaya rasanya.. sebab diorang cuma akan ambik 20 calon je dari calon-calon yang hadir temuduga bulan lepas tu.. gugup terus bila terfikir aku antara 20 yang tersenarai.. Ya Allah.. terima kasih Ya Allah.. rasa nak menangis pun ada.. siapa boleh jangka rezeki macam ni kan? kalau aku sendiri memang tak jangka la.. bermula dari awal hantar borang tu pun aku tak jangkakan aku ada rezeki.. tapi memang terasa Allah permudahkan urusan aku dari awal sampai la ke hari temuduga hari tu.. walaupun aku cuma dapat tau pada minggu terakhir patut hantar borang permohonan aritu.. jadinya semalam aku memang sangat gembira rasanya.. sampaikan aku terajin pulak masakkan kue tiaw tomyam untuk hidangan berbuka.. hehehe..

buat masa sekarang ni aku masih berada terawang-awang.. antara percaya dengan tidak lagi.. tak pernah aku terfikir dapat peluang ke negara orang dengan sepenuh tajaan macam ni.. tapi aku dah mula nak buat list apa yang patut buat atas nasihat kawan-kawan.. antara sebabnya ialah tarikh nak pergi tu dah tak lama dah.. dalam sebulan lebih je lagi.. jadi aku kena siapkan semua keperluan yang perlu untuk dibawa nanti dan jugak untuk persediaan ahli keluarga yang ditinggalkan nanti.. aku kena pastikan kesihatan aku juga baik dan bersedia untuk perjalanan dan berada di Korea nanti.. harap semua urusan akan dipermudahkan nanti.. insyaAllah.. 

sesiapa yang ada hadir ke temuduga aritu korang boleh semak keputusan samaada berjaya atau tidak berjaya di laman web esilav2 tu yang dibuka sehingga 3 Jun 2017 ni je tau.. lepas dari tarikh tu diorang akan padam link tu nanti.. jadi sila semak dengan kadar segera.. ingat sebelum 3 Jun 2017 hari Sabtu ni.. bagi yang berjaya tu pun kena sahkan samaada menerima atau menolak tawaran sebelum 3 Jun 2017 jugak..

pemilihan tawaran


yang pentingnya sekarang ni aku kena sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk sesi taklimat pada 7 Jun 2017 iaitu hari Rabu depan ni.. banyak jugak yang dia mintak.. antara dokumen yang perlu dilengkapkan dan dibawa ialah:

1. Salinan Buku Akaun Bank/e-banking (aktif)
2. Salinan Passport Antarabangsa
3. Satu gambar berukuran passport
4. Borang penerimaan elaun pakaian panas
5. Salinan kelulusan ke luar negara
6. Surat penerimaan hadiah latihan
7. Bayaran alumni berjumlah RM110

yang jadi masalahnya sekarang ni aku dah mohon cuti seminggu minggu depan dengan harapan nak balik berpuasa dengan keluarga di Johor bersempena cuti sekolah anak-anak sekali ni.. kena la aku aturkan balik semuanya sekali nampaknya.. kesian mak abah dah berharap kami nak balik.. anak-anak pun asyik la bertanya.. semalam masa abg long sama-sama baca keputusan temuduga ni terus dia cakap.. "saya nak ikut" alahai anak.. insyaAllah ada peluang nanti kita akan pergi sama-sama ye nak.. harapnya dipermudahkan la apa pun rancangan kami kemudian nanti.. korang doakan ek.. terima kasih juga buat doa-doa korang sebelum ni.. nanti apa pun perkembangan aku akan update kat blog.. insyaAllah.. 



Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...