Persiapan hari raya 2017 - Cerita Ita                                                             Persiapan hari raya 2017 Langkau ke kandungan utama

Persiapan hari raya 2017

assalamualaikum semua, semua orang sibuk pasal persiapan hari raya yang makin menjelang tiba.. kami ni pun sama sibuk jugak tapi bukan sibuk apa sangat.. lebih kepada sibuk siapkan persiapan untuk anak-anak je la.. maklum la tahun ni abg ngah baru belajar berpuasa.. kenalah hargai usaha anak-anak.. memang kebanyakan pun orang cakap raya ni cukup seronok sebenarnya untuk anak-anak berbanding dengan orang dewasa..

deretan baju raya


aku tak mau ulas lanjut pasal sambutan raya ni pasal ada orang ada pendapat dia sendiri dan mereka pun bebas mempertahankan pendapat masing-masing.. cuma pada aku kalau kita orang dewasa hendak berduka dengan apa pun jua dengan pengalaman hidup kita, agak tak adil bila kita heret anak-anak sama dalam kedukaan tu.. mereka ada hak untuk merasai kegembiraan menyambut hari raya macam orang lain..

atas sebab tu kami memang cuba sedaya upaya mengadakan jugak keperluan anak-anak setiap tahun.. bukan tanda bermewah-mewah tapi berbelanja seadanya mengikut kemampuan.. kami tak beli pun barangan berjenama tapi cukup sekadar istilah "Ganti yang baru".. dan istilah ni tak terpakai pun pada perabut dan peralatan rumah.. walau tahun ni aku memang beli tv baru.. itu pun sebab nak gantikan tv kami yang dah berusia hampir 12 tahun.. istilah 'Ganti yang baru" cuma terpakai pada baju anak-anak je.. termasuklah baju melayu, baju kurung dan baju untuk dibawa berjalan.. walaupun kadang-kadang kami cuma mampu gantikan dengan baju yang harganya cuma RM10 sehelai yang dibeli di pasar malam.. itu pun dah cukup buat anak-anak menguntumkan senyuman sepanjang hari tau.. 

insyaAllah bila kita terapkan perasaan sentiasa bersyukur pada diri anak-anak.. mereka akan hargai setiap usaha yang kita buat.. kami pun masih banyak kena belajar dan diajar tentang cara didik anak-anak.. banyak perkara yang nampak simple pada sesetengah orang tapi kami masih belum mampu nak kawal.. terutama la adab anak-anak dengan orang tua.. banyak betul cabaran besarkan anak-anak ni sebenarnya..

pasal baju raya pulak.. disebabkan kami rasa dengan cara menempah baju untuk setiap orang tu akan menyebabkan bajet kami makin bertambah jadinya kami selalu beli baju yang dah siap je la.. tiap tahun kami main terjah je mana-mana kedai yang ada dan buat pilihan ikut stok yang ada kat kedai tu je la.. dan tiap tahun biasanya kami akan pergi ke satu kedai di Kluang.. Butik Azizah ni terletak di Jalan Dato' Rauf besebelahan dengan RHB Bank Kluang.. kami suka sangat ke sini sebab banyak pilihan baik untuk lelaki atau perempuan.. kiranya boleh beli untuk satu keluarga la.. dan dah banyak tahun pun Butik Azizah jadi pilihan.. 

cuma tahun ni aku nakkan konsep lain dengan kaka husna.. jadinya baju kami tak dibeli kat sini.. kami terpaksa cari di bazaar ramadhan pulak.. hahaha.. gigih.. cuma warnanya agak berbeza dengan 4 hero dalam keluarga kami la.. meh aku tunjuk kemeriahan mencari baju raya dengan anak-anak ni.. siap hilang dalam susunan baju lagi tau.. huhuhu..


pilihan warna baju raya yang ada ~ ni sebelah lelaki

muka setia tunggu baju raya dibungkus

belah sana tu ada koleksi baju perempuan pulak ~ tokey dah jadi entiti.. huhuhu

pandangan kedai dari arah depan


lepas kami dapat cari baju sedondon.. kami cari pulak songkok untuk 4 hero lagi.. alhamdulillah dapat jugak beli dengan pembuat songkok homemade yang kami memang selesa membeli dengan diorang ni setiap tahun.. tak lain tak bukan ialah Sinar Songkok Melayu.. antara sebab kami memang jadi pelanggan tetap setiap tahun ialah kualiti songkoknya.. walaupun harga songkok kanak-kanak cuma RM10 tapi pembuatannya yang kemas dan tahan lasak tu memang aku puji.. kalau korang nak beli pun aku sangat recommend dan takkan menyesal.. diorang boleh jugak buat songkok custom made ikut spesifikasi yang korang nak tau.. samping anak-anak pun aku beli kat sini je sekali..


masing-masing mencuba songkok masa ni

ntah bape kali bukak pasang ntah.. hahaha

deretan songkok.. ~ sementara tunggu tebuk lubang atas songkok


kasut pulak kebetulan bila aku balik kampung sabtu baru ni aku singgah nak beli barang untuk masak dekat Rompin.. kat Tunas Manja Rompin lebih spesifiknya.. tetiba masa aku nak cari wayar untuk powerbank kami ternampak ada satu kedai kasut tu macam ada banyak kasut menarik.. aku pun singgah la jenguk apa pilihan yang ada.. sekali ternampak harga dia cuma dalam RM20 sepasang untuk banyak pilihan kasut bebudak yang cantik-cantik.. cepat je la aku heret anak-anak dan memasing boleh cuba dan pilih.. alhamdulillah dapat la kasut raya molek dengan harga yang agak murah.. lega bila satu hal dah selesai.. siap dapat kasut tumit untuk kakak husna si anak dara cerewet tu.. 

ok habislah cerita persiapan pasal baju,kasut, songkok dan samping.. tinggal nak fokus untuk persediaan untuk masak juadah raya je nanti.. yang tu aku cerita lain kali pulak ye.. selamat berpuasa korang!

Ulasan

  1. Kaler apa ita ko sekeluarga tahun ni? Dah setel la ye belinbakubraya semua.. kalau aku jmpankedai kasut rm20 sure aku pn heret gak Syafi tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...