Assalamualaikum semua, dah lebih kurang seminggu aku balik dari negara Korea Selatan.. bagi sesiapa yang mengikuti mesti tau yang aku dah lama sangat tak update blog sejak berlepas ke Korea Selatan untuk kursus jangkamasa pendek yang ditawarkan JPA bulan lepas.. pasal kursus tu nanti aku cadang nak update hari demi hari pasal banyak sangat perkara menarik nak diceritakan..
dan untuk pemecah kesunyian blog dan pembersih sawang-sawang yang ada kat blog ni aku cuma nak update apa je aktiviti terkini aku dengan anak-anak.. buat masa ni aku baru je naik kerja hari ni.. pada awalnya aku cuma nak ambik cuti sehari je pada hari Isnin 31 Julai aritu tapi aku cuba mohon untuk tambah cuti pulak lepas tu..
mana la tau rupanya ada hikmah aku dapat sambung cuti.. kami terima berita atuk wan meninggal dunia pada pagi hari Selasa.. terus la kami berebut balik kampung hari tu jugak.. tapi banyak sangat perkara berlaku hari tu rupanya.. diringkaskan cerita, jenazah atuk wan selamat dikebumikan di Felda Bukit Easter pada pagi Selasa tu jugak.. agak kecewa bagi kami saudara mara yang setia menunggu jenazah dibawa pulang ke rumah arwah tok wan di Felda Pasak.. tapi apakan daya.. dah tersurat segala takdir olehNya.. semoga roh arwah tok wan tenang di mana jua berada.. semoga kehilangan ni jugak akan membuka mata dan hati sesiapa jua nanti.. walau ada sedikit rasa terkilan di hati..
aku pulak masih rasa agak letih lepas balik dari Korea aritu.. belum ada cukup rehat dan berjalan pulak jauh-jauh.. banyak benda pulak rasa nak buat dan diuruskan.. dengan semua urusan dengan anak-anak yang lama aku tak ikuti.. semuanya kena diaturkan semula.. tapi aku cuba la jugak uruskan satu demi satu.. terutama adik hadi yang agak meragam sejak akhir-akhir ni.. lagi la bila dia mula menangis bila nak dihantar ke rumah pengasuh.. agak menguji jugak tu..
tolong doakan aku cepat pulih dan kembali ke rutin biasa ya korang.. harapnya mood berblog ni pun sama kembali macam biasa hendaknya.. amin.. jumpa lagi nanti!
perubahan cuaca sana dan sini ye..moga sihat-sihat selalu
BalasPadamJanjiKita
Takziah atas pemergian atok ye, moga akak cepat cepat sihat dan kembali aktif seperti dulu ye hee
BalasPadamhttp://www.vitadiary.my/
Takziah...alfatihah
BalasPadamAdik Hadi rindu kat ibunya dah lama x jumpa Tu yg meragam kot. Welcome back ita. Alfatihah buat arwah tuk wan
BalasPadamyeay boleh up cerita Korea.. bestnyaa nak baca ^^
BalasPadamperubahan cuaca = tak sihat is normaly la, ita.
BalasPadamwow, kursus ke korea selatan :)
best nyer.
nanti boleh share experience.