Assalamualaikum semua, semalam aku masih berhempas pulas menyiapkan laporan kursus EDP yang aku pergi bulan lepas tu.. gigih menyiapkan di saat-saat akhir di samping kerja-kerja hakiki yang menimbun.. dan semalam akhirnya siap jugak laporan tu.. tinggal nak cari tempat nak print je ni..
McFlurry Durian |
jadi bila dah siap tu haruslah bagi reward dengan diri sendiri kan? hihihi.. alasan.. sebenarnya aku lebih teruja bila tau McDonald jual aiskrim durian tau.. macam best je.. macam sedap je.. tu yang teringin nak rasa..
jadinya semalam bila shah tanya nak makan kat mana aku terus ajak ke McDonald baru kat Taman Esplanade Kuantan tu.. pasal tu yang paling dekat dari tempat kerja aku kat area Seri Kemunting tu haa.. nampak tak kegigihan mak yang balik malam-malam hari untuk siapkan report? anak-anak pun terheret sama.. huhuhu maaf ye nak..
bergambar dengan McDonald~perasan tak budak kecik yang duduk jauh tu.. huhuhu.. dia takut |
tapi muka masing-masing ceria la bila dah dapat makan McDonald dan dapat mainan masing-masing.. macam aku sendiri sebenarnya agak kecewa bila tengok burger Korea McD tu dah takde.. baru teringin nak rasa tetiba dah takde pulak.. rupanya burger bermusim eh burger Korea tu.. yang ada semalam burger untuk sukan SEA pulak.. Burger SYOK McDonald katanya.. aku macam biasa orang yang mudah terpengaruh dengan review ni memang tak mau dah cuba tapi shah nak cuba pulak.. jadi kami ambik satu set la jugak..
Burger Syok McDonald |
burger sebenar |
pada aku rasanya agak unik sebab ada rasa rangup pada ayam tu.. ok la jugak.. macam ayam yang digoreng dengan madu gitu.. ada rasa rangup dan manis-manis sikit yang tak terlampau manis.. ada sos pedas kat dalam dia yang kalau kami makan tak terasa pun pedasnya sangat.. ada rasa macam masam-masam manis sikit.. jadinya kami kena tambah sos cili untuk rasa pedas yang lebih mengancam.. kesimpulannya ok la burger tu walaupun tak dapat menandingi burger Big Mac kesukaan kami zaman berzaman.. hahaha.. aku bagi rating 3.5 bintang dari 5.. eh kena ingat eh.. ini rating bagi orang tak berapa gemar burger ayam..
aiskrim durian Mcdonald |
McFlurry Durian McDonald |
untuk aiskrim durian pulak.. eh McFlurry durian.. haaa.. yang ni aku bagi rating 5 bintang dari 5 ok! Sangat-sangat sedap ok.. rugi kami datang dah malam.. kalau makan waktu siang lelagi kalau tengah panas tu aku rasa memang kalau duduk sebelah orang jual durian pun orang berjual tu boleh mintak sikit la.. hahaha.. jadi sesiapa nak cuba sila la cuba ok.. memang terbaik!
tapi sebenarnya ada cerita lain di sebalik kunjungan kami di McDonald Esplanade Kuantan semalam.. kami ada order jugak sundae coklat macam biasa tapi semalam aku rasa kuantiti sundae dalam bekas tu sangat la sikitnya.. tengok je la gambar kat bawah ni..
ambik gambar dari tepi macam tak ketara sangat pulak |
dan aku panggil la seorang staff yang ada kat situ untuk tengok.. bukan sundae coklat tu aje yang kuantitinya sikit tapi McFlurry Durian kami pun hanya separuh je dari cawan McFlurry tu.. tapi alhamdulillah bila kami tanya elok je staff tu pergi tambahkan mana yang kurang tu.. terima kasih ya staff McDonald Esplanade Kuantan.. maaf.. lupa pulak nak tengok nama staff tu..
bila dah tambah melimpah ruah pulak.. terima kasih awak! hihi |
wowww, nampak macam best. rasa die ok tak?
BalasPadamSaya suka cuba menu yang baru di McD tapi nampaknya kali ni saya kalah sebab saya bukan penggemar durian. Harapnya menu tu menu bermusim. Huhuhu..
BalasPadamAmboi sana sini orang dok viral Sundae durian tu.. Kak Sue belum cuba lagi nie..
BalasPadamMencik betul laaa kat sini tak ada McD. Cravinggg dah nii! Dah la skrg ni pi mcd memana penuh dengan org.
BalasPadamBelum try pun McFlurry Doyan nih hah..ramai cko sedap
BalasPadamLupa nak gtau..done follow
BalasPadamrmi dh pi try durian mcflurry...sedap...chocolate sundae fav dlu kini selamanya...nasibaik komplen ckp skit tu ye..dpt diorang tmbh
BalasPadam