assalamualaikum semua, semalam kami abiskan masa seharian di sambutan hari Keluarga sekolah kakak.. Family Day Tabika ni diadakan di tempat yang agak popular buat kami iaitu Kempville Resort Kempadang.. aku rasa dah banyak jugak majlis kami berlangsung kat sini.. dah masuk kali ke 3 la kiranya kami di sini.. ada aku ceritakan dalam entri family day makmal dan family day PASTI..
|
kami bergambar beramai-ramai :) cuba cari kat mana family kami.. |
dan semalam acara dimulakan pada jam 10 pagi sampai la menghampiri jam 4 petang.. seharian tu.. hahaha.. sebenarnya jadi lama tu sebab ada rehat masa tengahari tu dari jam 12.30 tengahari sampai 2 petang macam tu baru mula balik acara.. konsep dia macam ala-ala piknik gitu.. semua keluarga bawak tikar dan makanan masing-masing.. siap disediakan chalet lagi untuk kemudahan tandas dan tempat solat..
kami masuk je semua acara kecuali acara bapa kena kendong anak tadika, kemudian ibu dan bapa kena lari sambil tarik pelepah kelapa.. yang ni memang kami serah diri awal la sebab shah memang tak daya nak dukung-dukung anak-anak sebab sakit belakang dia tu.. jadi kami memang tak masuk langsung la acara ni.. ada banyak jugak acara lain yang kami masuk macam lari berganti-ganti bawak air dalam cawan, tiup belon, pertandingan makan roti sampai habis, rebut gula-gula dalam tepung, pindahkan getah guna straw, tapi yang berjaya menang cuma isi air dengan mata tertutup, makan biskut yang diletak di dahi (yang ni abg long menang) dan kumpul sampah terbanyak (dapat nombor 6, abg long jugak yang gigih masa ni)..
|
suka abg long menang hadiah |
disebabkan abg long yang sangat gigih dalam semua acara maka selayaknya la muka dia je yang ambik hadiah kat atas pentas tu.. hihi.. memang macam biasa kalau acara sukaneka ni biasanya abg long memang aktif dan bersemangat betul.. dan akhirnya dapatlah kami bawak balik hadiah yang berupa barangan dapur.. oh lupa nak bagitau, sebelum hari keluarga ni cikgu ada mintak sumbangan dari setiap keluarga macam yang dipersetujui dalam mesyuarat untuk bawak 2 barangan dapur sebagai hadiah untuk hari keluarga ni.. barangan ni dicabut secara undian oleh anak-anak.. bagus idea cikgu ni pada aku dan dapat mengurangkan budaya bagi hamper makanan ringan yang selalu sangat kita dapat bila adanya family day kan..
|
hadiah yang kami menang.. rare kan? |
marilah aku tunjuk pulak gambar kami sepanjang hari di sambutan Hari Keluarga ni.. terutama adik hadi yang tak reti duduk diam sampai ke minit terakhir.. mujurlah kawasan ni dalam pagar dan anak-anak tak lari jauh dari kawasan pagar.. hehehe..
|
baju T shirt yang kami pakai di hari kejadian
|
|
kakak husna dipanggil menghadap.. hee |
|
dua duta kecik baru abis melawat kandang kuda |
|
sempat anak dara ni main sebat pokok sebelum balik ~ kami bentang tikar kat bawah pokok depan tu la |
|
alamak kakak terpandang kamera orang lain.. 4 orang cikgu yang baik hati.. |
bestnya family day..
BalasPadamwow..meriahnyaaa...dpt megeratkan silaturahim
BalasPadammemang rare hadiah nyer.
BalasPadamtapi best. kalau aida, suka dpt gitu :)
berguna sesgt, ita...
Meriahnya ita. Mmg bestlah sebab libatkan family sekali
BalasPadamHadiah tu memang rare...bagus sebab boleh digunakan...
BalasPadam