Kes sedih yang mengemparkan negara - Cerita Ita                                                             Kes sedih yang mengemparkan negara Langkau ke kandungan utama

Kes sedih yang mengemparkan negara

Kes sedih yang mengemparkan negara


assalamualaikum semua, selamat pagi.. makin menghampiri tarikh 18hb 0gos 2017.. satu negara dan mungkin satu dunia akan menyaksikan dan mengikuti perbicaraan kes paling keji pernah dilaporkan dalam sejarah jenayah Malaysia.. kes perbicaraan seorang ayah yang tergamak merogol dan meliwat anak sendiri..

semoga ada sinar buat mangsa


aku rasa ramai lagi rakyat Malaysia yang tak boleh nak 'move on' dengan kejadian ni.. semua tentunya dibayangi rasa tak percaya dengan apa yang si ayah sanggup buat terhadap anaknya sendiri yang sepatutnya dilindungi dari perkara semacam ini.. ianya tentunya menimbulkan rasa marah yang berapi-api pada si ayah.. 

tak kurang jugak ada yang menyalahkan si ibu dan mangsa tu sendiri.. macam-macam spekulasi yang keluar tanya mengira perasaan waris terutama si ibu dan mangsa.. aku sendiri pada awalnya tersangat marah bila dengar berita tu pada hari pertama kes disebut di mahkamah.. terdiam tanpa ada perkataan yang mampu nak diucapkan.. cuma di hati terdetik persoalan.. mengapa sampai tahap itu si ayah tergamak memperlakukan anaknya sendiri? Allah.. kuatnya dugaan manusia di akhir zaman ni.. padanlah kalau Rasulullah pun saat akhir pemergiannya masih menyebut mengenai umatnya.. sedih tak terkata rasa bila mendengar berita macam ni.. 

ada jugak kes yang dibacarakan sebelum tu seorang abang yang jugak merogol adiknya sendiri.. Allah.. apa lagi yang boleh diharapkan jika ayah dan abang yang merupakan insan yang sepatutnya melindungi tapi sebaliknya yang berlaku.. seperti peribahasa menyebut.. harapkan pegar, pegar makan padi.. 

di hari kedua pulak aku mula rasa sayu hati.. sebagai seorang ibu, berita macam ni sangat menyentuh hati seorang ibu.. mesti akan terbit rasa bersalah di hati ibu tu jugak..  baik kes haruan makan anak atau si abang yang mengerjakan adik-adiknya.. sampai aku share kat facebook apa yang aku rasa.. semoga ada yang akan membantu si ibu dan anak tu nanti.. trauma yang mereka lalui tu pun akan jadi pengajaran pada orang lain..



tapi waktu semua orang menyalahkan si ayah dan memikirkan hukuman yang setimpal untuknya atas apa yang dilakukan, timbul satu ayat dari sahabat kami, Rodzianah.. 

"Doakanlah dia insaf & bertaubat..bila dia insaf.. sesalan tu lah akan jadi hukuman yang paling berat buat dia.."

Rodzi, ayat kau ni sangat betul.. kita tak selayaknya menghukum sapa saja begitu saja.. semuanya perlu pengadilan.. dan jika si ayah benar bersalah, diharapkan hukuman buatnya nanti akan jadikan dia insaf dan sesalan tulah akan jadi hukuman terberat buatnya.. ok aku terpaksa berenti menulis.. sesak rasanya dada menulis cerita sebegini.. :'(

Ulasan

  1. sangat marah bila baca kes nie

    BalasPadam
  2. salam..singgah pagi isnin..
    yela...bila baca kisah tu dlm paper..
    ya Allah..sanggup tu...
    sepatutnya jadi pelindung..tapi..xleh nak ckp laaa...
    minta dijauhi perkara-perkara seperti itu dlm family dan keturunan kita..

    BalasPadam
  3. Kes paling jijik setakat ni. Ayah sepatutnya jd seorang pelindung bukan nya seperti haruan makan anak. Semoga kita dijauhkan dr perkara sebegini.

    BalasPadam
  4. Allahuakbar sedih dgn berita ni.semoga kaum keluarga kita dijauhkan dr perkara seperti itu.

    BalasPadam
  5. mrs pip baca juga berita ni, mula mula memang marah dan tak boleh move on,
    then slowly mrs pip terfikir, siapa kita untuk mengadili semua ini.
    semoga si pemangsa akan menyesal kelak,
    dan si mangsa akan sentiasa mendapat lindungan dari yang maha kuasa ...

    BalasPadam
  6. semoga anak tu tabah dan berjaya dalam hidup..semoga masyarakat sekeliling dan pihak bertanggungjawab turut membantu supaya budak tu tidak terus fobia dan tersilap langkah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...