Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Pertama - Cerita Ita                                                             Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Pertama Langkau ke kandungan utama

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Pertama

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Pertama

assalamualaikum semua, hari ni aku nak mula menulis pengalaman kami ketika mengikuti kursus Executive Development Program atau panggilan pendeknya ialah EDP.. kalau dulu dipanggil COTI dan baru je diubah menjadi EDP dalam 2 tahun kebelakangan ni rasanya.. 

bergambar dengan peserta lain EDP79


kalau diikutkan jadual kami akan bermula pada 17 Julai 2017 atau 17.07.17 cantik kan tarikh tu? hehe.. sempat lagi.. tapi kami dijadualkan untuk bergerak lebih awal dari tarikh bermulanya kursus.. dan jadual penerbangan adalah pada 15.07.17 iaitu 2 hari lebih awal dari jadual sebenar.. berkenalan buat kali pertama pada pertemuan pertama pada 7/6/17 dan pertemuan kedua pada  di Bangunan JPA, Putrajaya menampakkan kesemua peserta adalah mereka yang benar-benar terpilih dan mempunyai kerjasama yang baik.. tengok je la gambar kami kat atas tu.. yang tu gambar pada pertemuan kedua, yang bawah ni pada pertemuan pertama..

bergambar kali pertama.. semua macam sopan je.. haha


jadinya pada 15.07.17, aku bergerak dari Kuantan dengan menaiki penerbangan MAS pada jam 10.30 pagi.. eh lupa nak bagitau.. berat beg aku masa ni dalam 24 kilogram tau.. rasa menyesal pun ada bawak banyak-banyak barang.. tapi masa ni manalah aku tau.. dan masa ni jugak dah agak sebak sebab nak tinggalkan keluarga walaupun pada sesetengah orang tu 2 minggu tu taklah lama mana pun.. tapi pada aku yang memang tak pernah berjauhan ke luar negara sebelum ni memang terasa agak berat hati waktu tu.. kena pulak adik hadi terus peluk kaki aku masa aku nak masuk kat ruangan departure tu.. Allah.. tuhan je yang tau hati aku masa tu.. dahlah airport Kuantan tu kecik je jadinya masa kami berjalan ke kapal terbang tu memang nampak dengan jelaslah keluarga yang tinggal tu melambai sampailah aku masuk dalam kapal.. sedih woo.. tapi kebetulan pulak penerbangan lewat dari Kuantan.. penerbangan MH1269 berlepas jam 11.15 pagi dari Kuantan pagi tu.. meh tengok gambar ketika kejadian yang mana dapat diselamatkan sebelum sd card dalam hp aku crash.. huhu..




bila dah sampai kat KLIA aku lepak-lepak merata dulu sementara tunggu penerbangan ke Incheon pukul 11.30 malam pulak.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa la aku mesti sampai awal benor ke KLIA ni kan? sebabnya masa ni ada kawan seangkatan masih sempat berkunjung ke rumah terbuka lagi ko.. huhu.. maklumlah masa kami pergi ni masih lagi di bulan Syawal dan kemeriahan hari raya tu masih terasa di sana sini.. aku sendiri terlepas nak ikuti program rumah terbuka aidilfitri anjuran sekolah anak-anak.. cuma shah je yang jadi wakil..

eh aku nak cerita kenapa aku sampai awal kan tadi.. melalut dah jadinya.. kami dah berpakat sebelum ni akan berkumpul di KLIA dalam jam 7 hingga 7.30 malam untuk susun semua daftar masuk dalam kumpulan dan semua kotak dan beg kami untuk daftar masuk tu nanti.. jadinya kami dah set untuk jumpa paling kurang 3 jam sebelum penerbangan.. dan penerbangan dari Kuantan pulak terhad, cuma ada 3 kali je sehari.. pukul 6.30 pagi, pukul 10.30 pagi dan 7.50 malam.. kalau aku ambik pukul 7.50 malam tu aku akan sampai lebih kurang pukul 8.40 macam tu.. aku tak rasa yang aku akan sempat untuk uruskan bersama kumpulan dalam masa yang ditetapkan.. tu belum kira lagi kalau penerbangan jadi lewat dari masanya.. macam yang aku kena pagi tu.. tentunya nanti aku cuma akan menyebabkan kesulitan pada ahli kumpulan yang lain..

betul yang macam kami jangkakan.. disebabkan banyak sangat cenderahati yang kami nak bawak sekali la dengan beg barang keperluan masing-masing.. kami agak kelam kabut nak uruskan daftar masuk beg-beg kami tu.. dan akhirnya semuanya selesai diuruskan bila jam dah menghampiri pukul 9.30 malam.. yang aku agak pelik beg yang tadinya seberat 24kg di Kuantan tetiba menjadi 25kg pulak di KLIA padahal memang tak masukkan apa pun yang lain.. pelik kan? dah bertambah lagi sekilo.. lepas tu kami diberi masa sekejap untuk uruskan diri dan cari apa saja keperluan yang masih belum dicari di sekitar KLIA.. dalam jam 10.30 malam kami semua dah selamat berada kat balai berlepas.. tepat jam 11.30 malam kapal terbang MH066 berlepas meninggalkan Lapangan Terbang KLIA menghala ke Lapangan Terbang Incheon yang dijangka tiba jam 7.10 pagi pada waktu tempatan. nanti aku akan sambung pulak perjalanan kami bila sampai ke Incheon ya..

kami sebelum berlepas!

bersambung di hari kedua



Ulasan

  1. seronoknya ramai2 pergi.. hihi CT dulu menyesal jugak bawak barang banyak2 hahaha sebab kat sana
    lagi rambang mata haaa nak memborong =P

    BalasPadam
  2. SERONOK SANGAT NAK PERGI YE ITA, KALAU SA PUN SAMA GAK..TAPI MCM SA DAH BIASA SO PERGI MANA- MANA MEMANG BAWAK BAG GALAS LEPAS TU BAJU DAN KEPERLUAN BRGAN PERIBADI SIKIT..SELEBIHNYA CARI KAT NEGARA TU...HEHEHE..LAGI PEMALAS KAN NAK BAWAK BANYAK BARANG

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat