Assalamualaikum semua, alhamdulillah semalam selesai la misi aku menghantar laporan ke JPA dan jugak HQ DVS.. lega dah beban dah selesai.. akhirnya.. dan hari ni aku dah mula bercuti dah pun..
Laporan EDP 2017 |
meh aku ceritakan kisah perjalanan kami semalam.. awalnya kami bergerak dari Kuantan jam 7 pagi.. kami singgah bersarapan di Restoran Zaman.. sempat la aku makan nasi lemak yang sangat popular di restoran ni.. tapi penuh ranjau tau nak makan sebungkus nasi lemak je pun.. hahaha.. nanti la aku ceritakan kisahnya..
lepas makan sarapan kami teruskan perjalanan dan kami singgah berhenti rehat untuk buang air, rehatkan badan pemandu sekejap dan jugak rehatkan kenderaan yang kami naik tu di R&R Genting Sempah.. maklum la kami naik kereta yang berusia lebih 20 tahun.. uzur sangat dah kereta Pajero tu nak mendaki Lebuhraya Karak selepas tu..
ubi keledek jepun kukus |
sempat la aku singgah beli ubi keledek jepun yang manis kat tepi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah tu.. sedap keledeknya.. ada jugak la auntie tu bagi aku cuba rasa buah berangan yang dipanggangnya.. sedap.. tapi aku tak beli pulak buah berangan tu.. rasanya macam makan biji cempedak yang dah digoreng..
molek isinya |
lepas tu kami sambung perjalanan ke misi sebenar untuk hantar laporan ke JPA.. sampai kat situ pegawai yang sepatutnya aku jumpa bercuti jadinya aku tinggalkan pada pegawai yang lain.. dah selesai aku ke HQ jabatan aku pulak untuk hantar lagu satu salinan tu.. selesai semua aku sempatlah curi masa gi jumpa blogger Anil Wanina pulak sebelum balik..
sempat jumpa anil! |
tapi kami tak terus balik, kami ke Petaling Jaya kejap ambik barang untuk pejabat.. kemudian baru balik ke Kuantan.. abis la perjalanan sehari kami dalam misi menghantar laporan.. hehehe
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.