Pengalaman best bercuti di ERYA by SURIA Hot Spring Bentong! - Cerita Ita                                                             Pengalaman best bercuti di ERYA by SURIA Hot Spring Bentong! Langkau ke kandungan utama

Pengalaman best bercuti di ERYA by SURIA Hot Spring Bentong!

Pengalaman best bercuti di ERYA by SURIA Hot Spring Bentong!

Assalamualaikum semua, baru-baru ni kami sekeluarga berpeluang luangkan masa bersama untuk bercuti.. seronok la terutama bila kau dah tinggalkan keluarga untuk masa yang agak lama untuk urusan kerja.. jadinya tak salah kalau bagi sedikit penghargaan buat mereka yang tersayang dengan bercuti bersama kan? Kali ni tempat pilihan kami sekeluarga ialah ERYAbySURIA Hot Spring Bentong!


Bergambar kenangan di lobi ERYAbySURIA Hot Spring Bentong

mesti korang pelik kenapalah ERYAbySURIA Hot Spring di Bentong ni yang menjadi pilihan kamu kan? Antaranya ialah mereka ada kolam renang yang best! dan paling best lagi kawasan yang jauh dari kesibukan kota metropolitan.. sangat aman damai tau.. sepanjang perjalanan boleh hayati permandangan yang hijau saujana mata memandang dan jugak air terjun yang cantik! Tapi jangan terkejut sebenarnya jarak resort dan hotel ni cuma 69km je dari Kuala Lumpur..



air terjun yang cantik


masa kami baru je datang dah terpersona tengok permandangan sekitar hotel ni.. terutama suasana dalam bilik dan kolam renang dia yang sangat luas.. oh lupa.. diorang ada jugak kolam air panas tau.. haha.. ini yang paling istimewa tentang ERYAbySURIA Hot Spring Bentong ni.. teruja bila tengok kolam air panas tu masa baru sampai.. huhu.. rasa tak sabar nak celup kaki dan badan sekali la.. haha.. tapi sabar.. meh kita tengok bilik yang disediakan dulu..
















cantik dan luas kan bilik dia? ada beberapa pilihan bilik yang lain jugak dan villa macam kat bawah ni tau.. boleh je korang pilih mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan masing-masing.. harga bilik di sini adalah dari RM230 hingga ke RM580 sahaja..
















dan tengok bilik kan.. mari kita tengok kemudahan yang ada kat sini.. antara yang disediakan adalah beberapa dewan dengan kemudahan tandas dan surau di kawasan berdekatan.. best ni tau.. korang boleh pilih nak dewan yang berada di luar bangunan utama hotel atau yang berada di dalam bangunan utama.. 

Dewan Alamanda


Kemudahan surau

Pakej seminar yang ditawarkan di sini


ada jugak disediakan kawasan untuk menjalankan aktiviti team building.. korang boleh pilih sama ada menggunakan jurulatih yang disediakan oleh pihak hotel atau menggunakan jurulatih korang sendiri pun boleh.. takde masalah.. kalau korang rasa berminat nak adakan kursus sebegini boleh je rujuk promosi yang hotel tawarkan macam kat bawah ni.. eh aku letak sekali la kawasan untuk aktiviti tu ya..





Pakej team building


pakej team building



dan... ini yang paling menarik kat resort ni tau.. Kolam renang! 

waktu siang


waktu malam ~gambar ni diambil dari bilik kami


kolam air panas


notis di kolam air panas




pandangan dari Bunga Padi Restaurant 






haha.. jangan cakap anak la.. dengan mak bapak sekali teruja ni.. waktu sampai tu je kami dah berebut nak mandi tau.. mulanya agak kecewa bila kami sampai dah agak lewat petang.. tapi bila tanya staff hotel yang kolam dibuka kepada pengunjung hotel sehingga jam 12 tengahmalam.. hati terus rasa.. wahhhh.. bestnya! hahaha.. malam pun kami terjun sudahnya.. meh layan gambar kami mandi kolam di malam hari.. hehe..





pagi esoknya kami menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel di Cafe.. alhamdulillah sedap dan sangat berbaloi bagi kami anak beranak.. lepas je makan memang anak-anak tak sabar la nak pusing-pusing kawasan hotel dan mandi kolam sekali lagi tentunya.. bagi sesiapa yang nak merasa pengalaman berbasikal di sekitar kawasan hotel ada disediakan basikal untuk disewa tau.. boleh rujuk kaunter hotel untuk maklumat lanjut..

basikal untuk disewa




ada yang agak menarik perhatian kami di resort ni waktu kami sampai di lobi hotel ni.. kami ternampak rak dengan susunan buku-buku yang tertulis Library.. ok.. buat pencinta buku macam aku dan anak-anak.. benda macam ni sangat mengujakan ok! terbaiklah ERYAbySURIA Hot Spring Bentong!





lepas tu tentulah aktiviti kami bersama keluarga di kolam renang.. eh.. kami main jugak di taman permainan bersama anak-anak tau.. pasal taman permainan dia best dan anak-anak boleh main sepuasnya.. hihi.. meh tengok gambar dan video kat bawah ni..
















kami berpeluang jugak merasa air tangan chef di Bunga Padi Restaurant yang menghidangkan kami makanan tengahari.. serius sangat sedap dan banyak sangat ok.. rasa nak tapau bawak balik tau.. haha.. ayam masak kicap dia tu sedapnya lahai.. korang nak? layan je la gambar kami ni ye.. hihi.. opss.. lupa.. restoran ni miliki pengikhtirafan sijil halal tau.. dan pakej makanan yang disediakan di sini..




pakej makan 

Bunga Padi Restaurant yang ada sijil halal





















nampak tak pekerja yangrajin sedang bersihkan kerusi di belakang tu? terbaik!














eh aku lupa nak bagitau waktu malam kami sampai tu pun kami pesan makanan melalui room service je.. sebab harga dia agak berbaloi berbanding kami cari makanan di luar.. dan bila dah rasa makanannya memang walla! Berbaloi wei! Terima kasih ERYAbySURIA Hot Spring Bentong untuk kenangan terindah ni..














buat korang yang teringin dan datang sini untuk buat majlis, kursus, latihan, family day atau sekadar nak datang berbulan madu yang dah ke sepuluh kalinya macam kami ni boleh la korang hubungi ERYAbySURIA Hot Spring Bentong untuk maklumat lanjut.. boleh dihubungi melalui website dan facebook mereka..

laman webcom


telefon : 09-2210200


dan ini untuk berminat dengan pakej berbulan madu yang terdapat di sini.. dan juga family day..


Pakej Bulan Madu


pakej Family day



Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...