Assalamualaikum semua, masih belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat menyambut Hari Merdeka yang ke 60 buat semua rakan-rakan dan pembaca blog Cerita Ita ni..
salam merdeka dari Cerita Ita |
tiap tahun kami seronok menonton tv untuk tengok perarakan sempena sambutan hari merdeka yang disambut setiap tahun.. yang ni memang aku tak pernah terlepas nak tengok setiap tahun.. entah kenapa kalau ada je cerita pasal sejarah, hati aku ni macam meronta-ronta nak tau.. walaupun sejarah negara orang lain.. haha.. dah tahun lepas kami bertuah dapat sertai sama-sama tengok perarakan merdeka di depan mata masa kami pergi sambutan di Kuantan..
ada jugak anak-anak mengajak nak pergi lagi tahun ni tapi disebabkan kami nak balik kampung bersekali sambutan Hari Raya Aidiladha jadi kami tak berkesempatan nak tengok lagi perarakan secara langsung macam tahun lepas.. seronok tengok reaksi anak-anak terutama bila dapat tengok kenderaan pasukan beruniform yang ada walau cuaca agak panas..insyaAllah kalau ada rezeki lagi kami nak pergi lagi..
semoga sambutan kemerdekaan setiap tahun dapat mencambahkan serta memupuk lebih kecintaan kita terutama anak-anak generasi pelapis kepada negara Malaysia tercinta.. semoga kita terus menghargai keamanan negara dan terus memeliharanya.. insyaAllah.. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
salam merdekaraya
BalasPadamSalam Ita. Salam kemerdekaan ke-60 dan salam Aidiladha buat Ita. Moga bahagia bersama keluarga.
BalasPadam