assalamualaikum semua, hari ni terasa nak tulis pulak pasal kerja.. entah kenapa pulak.. mungkin disebabkan kerja yang berlambak tak abis-abis kat depan mata ni kot.. kerja aku bukalah takat jadi doktor haiwan yang buat postmortem dan diagnosis penyakit je setiap hari.. sebagai pegawai kerajaan kami pun terbelenggu dengan tugas-tugas pentadbiran jugak.. jadi dari kita stress marilah kita tulis blog.. biar blog je yang stress.. haha
Pengalaman memberi ceramah |
sebenarnya nak cerita.. minggu lepas ada kursus dalaman mengenai ISO 17025 kat makmal kami ni haa.. tapi cuma kursus kecil-kecilan la.. aku yang cadang nak buat pastu aku yang buat semua sudahnya sebab terlupa nak lantik AJK bagai.. nasiblah.. ni semua gara-gara jadual yang agak padat bulan September ni.. dari awal bulan aku ke KL sampai tengah bulan ke Ipoh pulak.. dan akhirnya baru balik ke makmal.. dan kena buat kursus.. jadi kelam kabut pun ada..
dan lebih best lagi aku la kena jadi penceramah pasal tak sempat nak cari penceramah bertauliah la kesnya.. dan pulun la aku mencari bahan untuk ceramah tu.. dan buat slaid dalam Power Point bagai.. mujurlah zaman sekarang ni teknologinya makin canggih kan.. jadinya laju je la siapkan powerpoint tu sebab semua benda di hujung jari je.. hehehe.. alhamdulillah..
antara persediaan aku sebagai penceramah masa tu ialah :
- cari bahan yang sesuai termasuk rujukan yang berkualiti
- sediakan slaid pembentangan yang sesuai (termasuk pemilihan latarbelakang, yang ni aku masih belajar)
- cuba baca slaid pembentangan sepintas lalu atau buat latihan percakapan
- tidur secukupnya (kalau boleh)
- doa supaya dipermudahkan urusan (aku siap telefon mak mintak doakan sama)
sampai la ke hari kejadian.. sebenarnya aku siapkan slaid cuma dalam 30 lebih muka surat je tau.. dan aku agak panik sebab aturcara majlis dari pagi sampai tengahari.. bermula jam 8.30 pagi sampai 1 tengahari.. ada la masa pendaftaran dalam setengah jam pastu rehat dalam sejam lagi gitu.. jadinya masa aku kena membebel ni ada 3 jam.. ok.. aku dah cemas dah..
terima kasih CC yang tolong ambik gambar |
walaupun hakikatnya yang datang dengar ni cuma kawan-kawan sekerja tapi dah namanya kau kena bentang sesuatu haruslah ada perasaan cemas tu kan.. pulak tu kau ada rasa pulak yang kau ni langsung bukan orang yang layak untuk jadi penceramah bagi topik tu pun.. aku sebenarnya beranikan diri je berbekalkan pengalaman menjadi Pengurus Kualiti kat makmal ni selama 7 tahun.. kalau ikut kelayakan langsung takde tau..
lagipun aku cuma fikir aku kena buat sesuatu untuk mantapkan kemahiran rakan-rakan sekerja.. ala bukan ramai pun.. tak sampai pun 30 orang.. sekurang-kurangnya bagi mereka yang baru dapatlah manfaat sikit-sikit dari apa yang aku kongsikan.. dan berdoa jugak ni supaya aku tak bagi ajaran sesat.. hahaha.. ikut bulat-bulat dari semua kitab pedoman dari Jabatan Standard Malaysia tau.. punyalah gigih..
antara barisan pendengar setia sampai ke akhirnya.. |
antara barisan pendengar setia sampai ke akhirnya.. |
alhamdulillah walaupun cuma berbekalkan 36 mukasurat slaid pembentangan lebih kurang, aku dapat la jugak menyampaikan sesuatu buat rakan-rakan sekerja.. siap terlajak masa sampai pukul 1 lebih tu.. huhu.. semoga ada yang sanggup ganti tempat aku sebagai QM tahun depan.. ini memang doa aku setiap hari.. semoga Allah lapangkan urusan.. dan buka hati orang lain pulak nak terima tanggungjawab ni.. dan minggu depan ada satu lagi kursus.. yang ni ada 2 sesi pulak.. adoii..
tapi apa pun aku terima dengan hati terbuka setiap tanggungjawab diberi.. insyaAllah aku cuba sehabis baik.. dan kalau ikutkan sebenarnya aku sendiri banyak belajar kemahiran bila ada peluang macam ni.. antaranya..
- aku belajar untuk tarik perhatian pendengar - susah woo yang ni
- aku belajar untuk buat persembahan yang lebih baik
- aku belajar jugak dalam penghasilan setiap slaid dari pembacaan masa mengumpul bahan
- aku belajar macamana nak bercakap dengan baik dan teratur depan orang - ini pun sangat susah
- aku belajar bahagikan masa untuk setiap slaid dengan betul
- dan yang paling penting aku belajar jugak tingkatkan keyakinan diri
setiap hari kita akan ada cabaran baru kan? cabaran korang macamana pulak?
bila kena buat benda baru baru ada pengalaman baru...
BalasPadamkena bergerak seiring kemajuan
kipidap kak
minta emak doakan memang trbaik..doa ibu aset yang tidak ternilai harganya
BalasPadamWahh hebat la ko ita. Semoga terus sukses. Ko mmg qm komited
BalasPadamNk buat pembentangan mmg kena ada persediaan mental n fizikal kn. Lg2 krsus sis ni mmg penting..sy klu ngadap krsus ni confirm pening..
BalasPadamBab mengajar ok, bab bentang2 ni gegel wo kepala lututtt
BalasPadamwaa.. bangga ngna kak ita !!! hee~ kalau atie, berdiri depan orang ramai memang gigil sungguh.. tantah satu hape pun tak boleh nak cakap..
BalasPadam