Assalamualaikum semua, hari ni aku cuti.. cuti secara tiba-tiba.. plan asal aku akan ke pameran Lab Asia 2017 di PWTC.. banyak peralatan makmal yang ada dipamerkan kat sana.. pameran ni bersekali dengan seminar berkaitan makmal yang berlangsung dari semalam 10 Oktober sampai esok 12 Oktober.. kira memang kalau orang makmal memang patut berkunjung ke pameran macam ni untuk tau apa saja teknologi terbaru yang terdapat di dunia..
Shah di DMMC |
tapi sejak Isnin baru ni shah dah dimasukkan ke hospital.. di Darul Makmur Medical Center (DMMC).. maka aku kena jalankan tanggungjawab buat insan yang tersayang ni pulak.. alhamdulillah.. masih Allah bagi peluang lagi.. tapi bukan mudah untuk aku sebenarnya..
semuanya sebab selama ni shah la tulang belakang aku dalam segala hal.. baik penjagaan anak-anak, hal rumah.. semuanya dia bantu.. kalau dia takde mula la semuanya jadi tunggang langgang.. ni pun tengahari tadi aku baru je kerjakan kain baju kat dobi.. kebetulan pulak masa sekarang ni tengah musim hujan.. baju bersidai tak kering-kering.. terpaksalah aku bantu sikit industri dobi layan diri.. baik kan hati aku.. hehehe..
bukan main senyum orang sakit tu.. |
dah 2 hari lepas aku uruskan anak-anak pergi nak balik sekolah.. bak kata ibu pengasuh adik hadi dan kakak husna.. mujur tau bawak keta.. kalau tak macamanalah agaknya ntah.. bila aku fikir balik.. ye jugak.. walau tak selalu bawak dan kadang-kadang rasa tak yakin tapi beranikan diri la jugak untuk uruskan anak-anak..
terus buat aku teringat kisah kawan satu pejabat dengan aku sekarang ni.. kawan aku tu ada lesen tapi berpuluh tahun tak pernah memandu.. bila tetiba ditimpa musibah suaminya meninggal dunia secara tiba-tiba terus kawan tu terpaksa bawak kereta sendiri.. terpaksa la jugak beberapa kali belajar memandu semula dengan bantuan kawan-kawan.. alhamdulillah mungkin sebab nak uruskan 4 orang anak-anaknya agaknya dapat semangat terus pandai memandu..
ada kawan ajarkan baca doa ni setiap kali ditimpa kesusahan..
Doa ketika ditimpa bencana atau kesusahan
kejap lagi kena keluar pulak ambik kakak husna dan adik hadi.. pastu ambik abg long sekali kot.. tadi aku siap bekal kain konon nak lipat sementara tunggu shah.. tapi ni dah turun pulak teman shah buat fisioterapi.. dah bape malam ni kami berkampung sampai pukul 10 kat hospital.. sebelum tu aku bawak abg long dan abg ngah mandi dulu bila balik dari sekolah.. mujur jugak tak jauh dengan rumah.. lebih kurang 10 minit je dari rumah.. lupa nak bagitau.. shah datang sini sebab sakit lama dia datang balik.. sakit belakang dia tu dulu.. semalam dah buat MRI dah pun.. jadi ni tengah buat fisioterapi dulu kemudian tengok apa saranan doktor.. sementara tu kami kenalah amalkan baca doa untuk sakit yang tak pasti dapat sembuh atau tak ni..
Doa Sakit Yang Tak Pasti Sembuh
esok ada majlis konvokesyen kakak husna pulak untuk tadika dia.. tengah nak tengok macamana aku nak atur jadual esok sebab pukul 8.30 pagi dah sepatutnya ada kat sana.. bukan mudah nak jadi iron women atau iron lady ni kan..?
Memang tak mudah kita sebagai seorang wanita nak buat semua perkara dalam satu masa, tapi ianya tak mustahil juga. Sebab tu kita ni superwomen
BalasPadamMemang bukan mudah uruskan hal rumahtangga sendirian ye Ta. Dengan kerja lagi, anak anak lagi, suami lagi, hal rumah lagi.... sabar ajelah Ta....
BalasPadamMoga Shah cepat sembuh dan boleh pulih mcm selalu.
Semoga dipermudahkan urusan ko sekeluarga ita. Bukan mudah nak jd super mommy waktu2 mcm ni
BalasPadamSemoga kak Ita terus tabah !
BalasPadamAssalam, Dr Ita. kenapa dgn suami Ita? Mcm terlepas ketapi plak rasanya ni. Apapun semoga dia cepat smbuh & dipermudahkan segala urusan Dr Ita sekeluarga
BalasPadamSemoga En. Shah cepat sembuh..
BalasPadamBertabah Kak, semoga segala urusan dipermudahkan..
Semoga suami Ita cepat sembuh dan semoga kita Ita terus tabah dan dipermudahkan semua urusan ya.. amiin ya rabb..
BalasPadam