Jualan #MYCYBERSALE : Dapatkan produk The Olive Tree dengan lebih murah!
Assalamualaikum semua, korang pernah terfikir tak pasal bahan kimia dalam produk syampu yang korang guna hari-hari? secara jujurnya aku memang pernah dengar dan sejak akhir-akhir ni mula mengkaji baik dan buruknya bahan kimia dalam produk yang aku pakai untuk rambut.. antaranya ialah untuk elakkan produk yang mengandungi SLS, SLES dan paraben..
Apa itu SLS dan SLES? |
mesti korang pun nak tau apa dia SLS dan SLES tu kan..? SLS atau Sodium Lauryl Sulfate dan SLES atau Sodium Laureth Sulfate adalah bahan yang banyak digunakan terutama dalam barangan penjagaan diri seperti syampu, mandian badan, ubat gigi dan jugak pembersih industri seperti bahan pencuci lantai.. antara sebab ianya digunakan adalah kerana fungsinya sebagai agen penghasil buih yang bagus..
tetapi dalam fungsi penghasilan buihnya tu jugak terselit kesan yang tidak baik terutamanya untuk badan, kulit dan rambut.. antara kesannya ia boleh menyebabkan kekeringan pada kulit atau rambut dengan menanggalkan minyak semulajadi pada kulit dan rambut, ia jugak akan merosakkan struktur dan kesihatan rambut dan ia juga boleh menyebabkan keracunan toksik pada organ dalaman pengguna jika digunakan dalam jangkamasa yang panjang..
dan antara bahan kimia yang lain yang patut kita elak untuk berada dalam barangan penjagaan diri yang kita guna hari-hari ialah Paraben.. paraben ni aku rasa dah ramai jugak yang sedar tentang kesan buruk Paraben yang antaranya ialah bahan Karsinogenik. Maksud karsinogenik adalah bahan yang boleh mengaktifkan sel-sel kanser.. dan kalau nak tau Paraben ni digunakan dengan agak meluas dalam industri penghasilan syampu dan perapi, pencuci muka, skrub, dan mandian badan.. haa seram kan?
Jualan #MYCYBERSALE : Dapatkan Produk The Olive Tree dengan lebih murah! |
sebab tu jugaklah kita patut amalkan penggunaan barangan penjagaan diri yang bebas dari SLS, SLES dan jugak Paraben ni.. antara alternatif yang aku nak cadangkan adalah menggunakan rangkaian produk yang berasaskan tumbuhan dari The Olive Tree yang tentunya tidak mengandungi :
- Paraben
- Sulphate (SLS atau SLES)
- Pewarna dan pewangi sintetik
- EDTA
- Bahan kimia merbahaya
Didatangkan khas dengan Gift Box (Kotak Hadiah) |
Ada terdapat 3 pilihan produk penjagaan rambut dari The Olive Tree ni tau..
1. Rosemary & Mint Shampoo dan Conditioner (Syampu dan perapi)
- sesuai untuk rambut normal hingga ke rambut halus.
- menjadikan rambut kelihatan lebih berkilat.
- membantu pertumbuhan rambut yang sihat melalui rangsangan pengaliran darah pada kulit kepala.
2. Tea Tree & Mint Shampoo dan Conditioner (Syampu dan perapi)
- sesuai untuk rambut normal ke rambut berminyak, kegatalan kulit kepala dan kelemumur.
- membersihkan kulit kepala.
- menambah nutrisi pada rambut hingga ke akarnya.
- menyegarkan selepas bersyampu.
3. Lavender Bergamot Shampoo and Conditioner (Syampu dan perapi)
- sesuai untuk rambut yang kering dan kerinting.
- dengan penambahan minyak Jojoba untuk melembapkan rambut.
- menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diurus.
Tapi jika korang baru je berhajat nak bertukar ke produk yang natural macam rangkaian produk The Olive Tree ni dinasihatkan mengikuti tips berikut tau..
Tips apabila menggunakan produk rambut berasaskan bahan semulajadi
- Basahkan rambut dengan air sebelum meletakkan syampu.
- Jika nakkan buih yang banyak, letakkan lebih banyak air ketika bersyampu atau bersyampu sebanyak 2 kali.
- Bilas rambut dengan secukupnya.
- Bilas rambut dengan menggunakan Apple Cider Vinegar untuk mengembalikan kestabilan pH rambut.
- Gunakan perapi (conditioner) dan sikat hingga ke hujung rambut. Kemudian bilas secukupnya.
dengan mengikut tips kat atas ni dapat mengurangkan risiko rambut yang kering kesan dari penggunaan barangan penjagaan rambut yang mengandungi bahan kimia sebelum ni..
Ramai pengguna yang berpuashati tau dengan produk penjagaan rambut dari The Olive Tree ni.. antara testimoni :
"Produk yang bagus untuk rambut berminyak. I love the extra light and clean feeling. The shampoo makes my scalp less oily, reduces red rashes and improve my hair texture. Delivary is fast, within 24 hours after purchase. Thank you for bringing this product to Malaysia. My whole family is loving this shampoo. " - Elly Suliana
"Your Tea Tree Shampoo & Conditioner are AMAZING! My hair is growing and no more bald patches. " - Sarah De Souza
teruja bila baca testimoni pelanggan yang macam ni kan..? lebih teruja lagi aku nak bagitau korang yang The Olive Tree jugak akan mengadakan promosi bersempena dengan jualan online terbesar #MYCYBERSALE daripada 9 Oktober hingga ke 13 Oktober 2017 ni tau..
rapat je jangan terpikat :p |
jadi apa je yang akan ditawarkan dalam tempoh ni? meh adik hadi bagitau ya.. sampai dalam tidur pun boleh mimpi tau.. hahaha..
Ya ! Potongan harga sehingga 10% bagi pembelian rangkaian produk The Olive Tree di semua rangkaian kedai serta penghantaran percuma bagi setiap pembelian melebihi RM 100 di seluruh Malaysia!
Best kan..? Jadi apa tunggu lagi.. meh la dapatkan segera ! Untuk maklumat lanjut bolehlah ke link berikut ok :
The Olive Tree website : The Olive Tree
tapi bagi sesiapa je yang nak mencari tawaran produk dan jenama lain berkaitan dengan MYCYBERSALE boleh klik ke website di bawah ni ya :
Jualan Mycybersale : #MYCYBERSALE
MYCYBERSALE dah bermula ! Semua boleh mula berbelanja !
shopping time
BalasPadamBestnya shampoo ni.
BalasPadambagus lah produk ni, lavender bergamot shampoo tu mcm best >>> rambut lebih lembut dan mudah diurus.
BalasPadamShopping time!
BalasPadamklu sudi nak ajak join giveaway nieyl http://seindahcerita.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html
wow...sgt ok nii...ada set!
BalasPadamwah...banyaknya offer mycybersale....bleh tgk produk ni
BalasPadamMisi perabih duit ni
BalasPadamMemang banyak barang keperluan ada bahan yang membahayakan jika kita guna jangka masa panjang. Bagus juga ada alternatif produk macam ni
BalasPadam