Assalamualaikum semua, minggu sebelum ni aku dapat mesej dari cikgu kakak husna yang bertanya boleh ke kakak masuk untuk fashionshow atau pertunjukan fesyen sempena sambutan minggu perpaduan? masa tu memang agak terkejut la.. maunya tak terkejut.. tiba-tiba je kan..
princess husna di fashionshow! |
tapi aku balas jugak.. takde masalah cikgu.. sebab aku rasa kakak husna pun lebih dari suka tu.. maklumlah memang kegemaran dia pun tu melaram.. bercantik-cantik.. sambil berangan jadi princess.. hahaha.. jadi aku setuju je la.. cuma cikgu pesan la suruh ajar dia berjalan ala catwalk dengan baik kat rumah..
masa awal tu aku ajar la dia jalan sikit-sikit.. tapi lepas tu disebabkan aku agak sibuk dengan persediaan bagi ceramah dan kerja-kerja.. latihan kakak husna agak terabai jugak la.. dan waktu aku balik dari mesyuarat hari jumaat tu pun sangat letih sampai tak mampu nak hadap anak-anak hari sabtu tu.. cuma sempat cari kasut baru kakak je untuk persediaan acara tu..
dan bila sampai masa hari ahad, hari pertunjukan tu.. aku memang tengok kakak husna punya mood lain la.. takut pun ada aku tengok.. eh lupa.. baju dia cikgu yang jahitkan tau.. tema baju moden berasaskan kain dari bendera.. cantik dan kemas jahitan cikgu.. mujur la cikgu tak mintak ummi yang jahitkan.. kalau tak.. cuma mampu huhuhu je la..
ini kasut baru kakak yang kami belikan..
alhamdulillah kakak husna boleh jugak la berjalan elok sampai habis dan buat semua aksi yang diajarkan pada dia.. sekurang-kurangnya boleh la walau ada kejung sikit.. hahaha.. ok la tu kan.. ini pertama kali kot.. lepas ni mungkin dia lebih biasa lagi.. eh ada ke lain kali pulak? hahaha..
dan kami tak tunggu sampai abis acara dan diumumkan pemenang sebab kena tunggu semua acara abis baru diumumkan sekaligus pemenang untuk semua acara yang dipertandingkan hari tu.. ada banyak la jugak selain pertunjukan fesyen ni.. ada menghias kek.. saintis muda.. dan macam-macam lagi la..
tak sangka pulak bila diumumkan kakak husna berjaya dapat tempat ke 5 dari keseluruhan yang ada lebih 20 peserta pada hari tu.. alhamdulillah rezeki kakak.. cikgu mesej bagitau petang tu dan katanya akan bagi hadiah pada kakak bila naik sekolah.. apa lagi bila balik sekolah je sibuklah dia tunjuk hadiah apa yang dia dapat..
Hadiah kakak |
aku pun suka tengok anak-anak gembira macam ni.. insyaAllah selagi boleh aku akan sokong je apa saja minat anak-anak asalkan jangan yang bukan-bukan.. meh kita layan video kakak di hari pertunjukan fesyen tu..
singgah pagi selasa
BalasPadampg nie ada lega skit
boleh la singgah blogwalking
ala comelnya dia
so cute
wah..leh jadi model ni..:)
BalasPadamWahhh cantik, kreatifnya baju bendera...kakak pun cantik..pandai pose
BalasPadam