Mari berzumba pulak! - Cerita Ita                                                             Mari berzumba pulak! Langkau ke kandungan utama

Mari berzumba pulak!

assalamualaikum semua,  minggu lepas kami ada buat program gotong-royong.. sambil tu biasanya kami akan buat senaman aerobik sendiri setiap kali ada program gotong royong.. dan kali ni semua orang nak kelainan.. makanya kali ni kami jemput seorang cikgu zumba datang pulak.. terima kasih buat sahabat yang sudi menaja bayaran untuk cikgu ni.. alhamdulillah murah rezeki.. 

kami berzumba pulak


lama jugak kami luangkan masa berzumba kali ni.. untuk cergaskan badan katanya.. elok jugak walau ini kali pertama aku berzumba.. nampaknya macam mudah.. atau mungkin cikgu zumba yang buatkan langkah yang mudah-mudah agar anak muridnya tak terkejut sangat ke.. hahaha.. mana tau kan.. 

lepas abis zumba hari tu ada gak cikgu ajak join kelas zumba dia kat Cenderawasih.. tapi aku fikir jauh pulak la nak berulang dengan mikir masa tu la masa aku nak ambik anak-anak.. memang tak jadi la join sebab banyak sangat halangannya.. kalau korang berminat boleh la contact Pn Ju untuk maklumat lanjut.. pm aku kalau nak nombor dia ok.. 

selfie sementara tunggu orang set up


lepas tu ada pulak kawan kongsikan yang ada kelas zumba kat taman aku ni jugak.. dekat.. tapi lagi sekali waktu nak ambik anak balik sekolah.. macamanalah tu.. kita tengok la nanti kot masa cuti sekolah dapat luangkan masa ke kan.. gi sekali seminggu pun dah kira ok la jugak untuk permulaan rasanya kan.. eh ke tak boleh?  

Ulasan

  1. Aku dua Kali try Zumba mmg surrender la. Maybe coach Tu laju sgt... X sesuai utk beginner

    BalasPadam
  2. sakan berpeluh bersumba ni. jenuh follow step. siapa yang konsisten tu memang hebat.

    BalasPadam
  3. Kak Sue belum pernah berzumba, dok zumba dalam rumah nie je Ita.. hahaha..

    BalasPadam
  4. berzumba ni mmg tak pernah walau teringin la jugak..tapi bila kawan ajak..ada jer halangan..hehe

    BalasPadam
  5. teringin nk berzumba jugak tapi tak pernah nak dapat join sebab kekangan kerja dan macam-macam pulak yg timbul bila kawan ajak..hehe

    BalasPadam
  6. Rajinnya berzumba. Mai teringin tapi takda geng. Seronoknya keluarkan peluh sambil happy2. Tak la terasa sangat.

    BalasPadam
  7. selalunya ema zumba kat rumah je pasang youtube. dulu asben teman, skrg kita selow sikit sbb asben taknak teman dh. hehehe

    BalasPadam
  8. Seronoknya berzumba...

    Kat rumah berzumba dengan anak-anak je. Best juga

    BalasPadam
  9. Dah lama tak berzumba..Syok sukan jenis ni, tak cepat bosan..heheh

    BalasPadam
  10. dulu waktu study suka zumba..sekrg sushnya lahai..haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...