Senang menang melalui kempen FPX & WIN ! - Cerita Ita                                                             Senang menang melalui kempen FPX & WIN ! Langkau ke kandungan utama

Senang menang melalui kempen FPX & WIN !

Senang menang melalui kempen FPX & WIN !

assalamualaikum semua, baru ni heboh orang cerita pasal jualan 11.11 kan? korang tau tak yang kempen jualan ni masih belum habis lagi di mana-mana kan? haa.. bagi yang tak tau meh aku ceritakan meh.. masih ada lagi jualan berlangsung di sana sini tau.. eh.. lepas tu ada pulak kempen FPX & WIN dan korang boleh menang hadiah menarik sehingga RM75 ribu termasuk sebuah kereta Perodua Axia tau! 

Baca tajuk pun senang menang kan? jadinya nak menang memang sangat senang.. tapi semua orang tau ke FPX tu apa? haa kalau belum meh aku terangkan.. FPX ni ialah Financial Process Exchange atau dalam Bahasa Melayunya, Pertukaran Proses Kewangan.. Ianya merupakan sebuah perkhidmatan pembayaran online menggunakan akaun perbankan internet secara mudah dan selamat.

hadiah Kempen FPX & WIN .. Tak teruja ke tengok hadiah ni?


lepas tengok hadiah mesti teruja nak tau macamana nak menang kan? lelagi bila nampak hadiah kereta tu... aku pun macam wahhhh.. teruja..  terutama untuk korang yang memang selalu shopping dengan online shopping ni.. ini kira macam bonus je tau untuk korang yang FPX nak bagi ni.. meh baca rapat-rapat sikit.. aku nak ajarkan cara macamana nak menang ni tau..

biasanya kalau masa korang buat pembelian tu korang bayar dengan cara apa? al-maklumlah kat Lazada ni kan ada bermacam jenis pilihan cara bayaran kan? jadi korang selalu pilih yang mana untuk kemudahan korang? kalau aku memang aku suka guna pembayaran melalu FPX atau online banking ni.. pada aku lebih mudah dan cepat.. setakat ni pulak nampaknya transaksi yang dibuat adalah selamat..

kalau korang jenis macam aku jugak meh la sertai kempen FPX & Win ni sambil korang berbelanja tu.. nak tau macamana nak sertainya? meh aku tunjukkan caranya..


Cara menyertai kempen FPX & Win 


1. Kenalpasti barang yang korang nak beli tu ya.. boleh je kalau nak buat pembelian melalui web ataupun aplikasi telefon tapi kena pastikan jumlah pembelian kena melebihi RM30 ok.



pembelian melalui web


pembelian melalui aplikasi

2. Lepas tu masukkan ke dalam troli.


pembelian melalui web



pembelian melalui aplikasi


3. Lepas tu korang kena sahkan pembelian tu.



pembelian melalui web


pembelian melalui aplikasi


4. Isi butir-butir diri dan alamat penghantaran. Atau korang login je kalau dah pernah daftar. 



pembelian melalui web



pembelian melalui aplikasi

5. Pilih pulak cara korang nak bayar. 




pembelian melalui web



pembelian melalui aplikasi


6. Pastikan korang pilih pembayaran melalui FPX atau online banking untuk melayakkan diri menyertai kempen ni tau. Kalau tak sia-sia je korang baca sampai bahagian ni.


pembelian melalui aplikasi


7. Klik dekat 'Place order' untuk teruskan proses pembayaran.




pembelian melalui aplikasi


8. Ingat ambik gambar FPX secara kreatif dan rekodkan Order ID korang nanti tau. 

ambik gambar FPX secara kreatif - contoh macam gambar yang aku ambik ni


9. Pastikan korang upload gambar tu di Facebook atau Instagram pada hari yang sama dengan pembelian yang korang beli. Dan jangan lupa letak sekali no order ID dan caption kenapa korang suka bayar guna FPX ni tau.. macam kat bawah ni ya.. 




3 benda yang aku gariskan tu mesti letak tau.. jangan lupa!


senang je kan? cuma ikut je 9 langkah mudah ni.. lepas tu boleh sandarkan harapan untuk menang kereta.. eh aku lupa nak bagitau ada kategori tau.. untuk melayakkan diri menyertai kempen ni korang kena buat pembelian sehingga RM30 untuk hadiah harian dan mingguan dan mana-mana pembelian yang paling dekat dengan RM111 akan layak untuk hadiah istimewa.. manakala pembelian RM100 layak untuk penyertaan hadiah utama.. huhuhu.. apa tunggu lagi? Kempen FPX & Win ni berlangsung dari 6 November hingga 3 Disember 2017 ni tau.. jadinya sempat lagi ni.. cepatlah sertai!

eh lupa.. kalau masih tak faham lagi macamana cara nak sertai kempen ni korang boleh jugak tengok maklumat lanjut dalam website http://www.molpay.com/fpxmolpaylazada dan tengok video kat bawah ni jugak ya..




selamat menyertai dan menang BESAR ok! dah menang jangan pulak lupa aku yang bagitau ni ye.. hehehe..


Ulasan

  1. ok nice. boleh la try ni

    jom la join n meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  2. banyak sangat promosi sekarang ni..

    BalasPadam
  3. Ala dah terlepas la. Baru je order dengan Lazada aritu. Tak sampai RM30 pun hmm. Kena shopping lagi la ye

    BalasPadam
  4. Good luck ita.. best kalau menang keta nih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...