assalamualaikum semua, dah hujung tahun ni ada je dapat undangan ke majlis perkahwinan kat sana sini.. memang kenalah dengan cuti sekolah.. biasalah orang kita kan akan cari masa sesuai macam cuti sekolah atau cuti yang panjang untuk raikan majlis-maljis macam ni kan.. eh cerita pasal kenduri ni ada ke antara pembaca Ceritaita ni yang tengah ada rancangan nak mendirikan rumahtangga dalam tahun 2018 nanti? kalau ada la yang tengah mencari-cari info atau tengah merancang-rancang atau tengah berangan-angan nak jadi bakal pengantin patut tau pasal JOM REWANG 2018 ni..
Bakal Pengantin patut tau pasal JOM REWANG 2018 |
untung pasangan yang akan berkahwin zaman sekarang ni.. sebab banyak sangat kemudahan yang boleh dicari samaada di hujung jari ataupun di pameran perkahwinan yang dibuat setiap tahun.. jadi untuk merancang dalam menghasilkan majlis yang sempurna tentulah tak susah sangat dah.. cuma perlukan duit untuk belanja je la tentunya.. dan semestinya kalau nak langsungkan hari istimewa seperti majlis perkahwinan ni memerlukan cuti yang banyak nanti jadi apa kata jangan lepaskan peluang kalau dah ada semua benda dihidangkan depan mata dalam satu event yang sama macam ni.. tapi mesti nanti akan ada yang tanya apa ada dengan Jom Rewang 2018 ni kan? Jadi meh la aku terang pasal pameran ni pulak..
JOM REWANG 2018 sebenarnya merupakan pameran pengantin yang diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam dari 26 hingga 28 Januari 2018 yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin.. tapi bukan hanya untuk bakal pengantin je tau.. terbuka jugak untuk semua la.. terutama ibubapa dan keluarga pengantin yang turut sama dalam penyumbangan idea dan pemilihan konsep untuk bakal pengantin tu nanti..
Apa yang menarik di Jom Rewang 2018 |
Apa yang menarik di JOM REWANG 2018?
- Diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam dari 26 hingga 28 Januari 2018
- Ada Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
- Ada 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana. Nampak tak? Lagi jimat cuti kalau macam ni kan? kalau masa aku nak kahwin dulu-dulu.. banyak cuti sebenarnya dihabiskan untuk persiapan je tau..
- Ada kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral. Yang ni aku pastilah orang paling suka.. duduklah berapa lama pun habiskan masa untuk tinjau semua keperluan dalam pameran ni tanpa merungsingkan fikiran pasal bayaran parking kereta semata-mata..
- Sesuai sangat untuk mereka yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan tahun berikutnya.
Baiklah.. korang dah boleh masukkan tarikh penting ni dalam kalender dan pastikan hadir untuk mendapatkan servis terbaik dari semua syarikat yang ada di sana nanti.. untuk maklumat lanjut mengenai Pameran Jom Rewang 2018 ni terutama vendor yang berminat untuk sertai pameran ini boleh hubungi facebook, instagram dan email yang tertera di bawah ni ok..
Pameran Jom Rewang 2018
26 - 28 Januari 2018
Plaza Alam Sentral Shah Alam
Hubungi:
Email: puspawangieventmanagement@gmail.com
bakal pengantin wajib terjah pameran jom rewang ni. banyak boleh buat pilihan tu :)
BalasPadamJom rewang banyak pilihan untuk bakal raja sehari tu ;)
BalasPadamLa.. ingatkan rewang nak kenduri.. hehehe..
BalasPadamTeringat zaman nak kawen dulu, semua pameran kitorang nak pergi hehehe.
BalasPadamBuat semua bakal pengantin memang bagus pergi jom rewang nih
BalasPadambakal2 pengantin bole la pi Jom Rewang ni tgk pakej2 yg menarik kn
BalasPadamSalam Kendal dari awak.
BalasPadamSekarang segala durian perkahwinan lebih mudah kerana senang nak mendapat pelbagai kemudahan.
Bakal pengantin kena datang sini, mesti banyak pilihan dan boleh buat perbandingan. Senang kerja kan semua kat satu tempat, jimat kos minyak.. ehehe..
BalasPadamBakal pengantin wajib terjah pameran ni..
BalasPadam