Beli Drypers dan Susu Dutch Lady murah di 12.12 - Cerita Ita                                                             Beli Drypers dan Susu Dutch Lady murah di 12.12 Langkau ke kandungan utama

Beli Drypers dan Susu Dutch Lady murah di 12.12

Beli Drypers dan Susu Dutch Lady murah di 12.12

assalamualaikum semua, dalam semua orang sibuk-sibuk pasal sale 12.12 semalam aku sibuk jugak.. tetap tak mau ketinggalan.. lagi pulak nampak iklan Lazada yang timbul kat atas blog aku ni kan.. jadi tergoda jugak nak klik.. dan ianya sangat berbaloi tau.. aku dapat beli susu dutch lady dan drypers dengan harga murah di jualan 12.12 untuk adik hadi.. alhamdulillah syukur.. dyrpers kat bawah ni aku beli sebelum jualan 12.12 tu lagi dengan harga RM87 dan semalam rupanya harga dia turun lagi dari penjual yang sama..

Beli Drypers dan Susu Dutch Lady murah di 12.12


kalau korang ada anak dan perlu beli keperluan anak yang utama macam susu dan lampin pakai buang aku rasa memang masa macamlah peluang nak berjimat.. cuma adakalanya kena buat pembelian secara online.. setakat ni ada jugak pengalaman aku membeli secara online ni terima barang tak seperti yang diiklankan.. tapi kebanyakkan penjual dapat dihubungi untuk gantian atau pemulangan duit.. tengok pada keadaan dan rezeki jugaklah.. 

jadi kalau rasa berbaloi buat pembelian secara online dan jauh lebih murah apalah salahnya beli secara macam tu kan.. lebih mudah.. dan macam aku beli ni dahlah harga murah.. siap dapat penghantaran percuma lagi tu..  tengok je la harga drypers kat bawah ni.. cuma RM82++ sekotak bermakna tak lebih RM28 sebeg.. jauh lebih murah dari harga pasaran RM29-32 kalau kat Kuantan ni.. kalau korang nak beli jugak boleh klik Dryper Murah kat Lazada.. 

sekotak cuma RM87


harga Drypers di jualan 12.12 lagi murah


kami dah selamat la stok bulan ni sampai tahun depan.. alhamdulillah.. susu Dutch Lady pun ada offer jugak.. tak lebih RM40 untuk 2 pek dengan penghantaran percuma jugak.. untuk susu korang boleh klik link ni Susu Murah di Lazada banyak jugak la barang budak yang offer dari 12 hingga 14 hb Disember ni.. kalau nak tengok offer lain korang klik banner Lazada kat atas blog aku ni pun ok je.. selamat berjimat!

Ceritaita


Ulasan

  1. Wah berbaloi sangat harga tu Ita, siap sedia dah ya dengan stok sampai tahun depan.. jimat!

    BalasPadam
  2. murah tu kak ita.. berbaloi2 la beli time ni kan..
    dilah follow sini ya.. www.ceriteraibu.com

    BalasPadam
  3. Murah sungguh tu kak. Memang berbaloi beli. Ana nk tgk juga lah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...