Kisah pengalaman mengkhatankan anak-anak - Cerita Ita                                                             Kisah pengalaman mengkhatankan anak-anak Langkau ke kandungan utama

Kisah pengalaman mengkhatankan anak-anak

Kisah pengalaman mengkhatankan anak-anak 

assalamualaikum semua, belum sempat lagi aku nak ceritakan kisah anak-anak bersunat atau berkhatan rupanya.. belum ada kesempatan masa.. maklumlah duduk di rumah ni  bukan boleh bukak laptop sangat.. pegang telefon pun berebut dengan anak-anak.. hari ni la ada masa sikit nak ceritakan.. cerita kisah pengalaman mengkhatankan anak-anak.. 

kisah pengalaman mengkhatankan anak-anak 


alhamdulillah hari rabu baru ni kami selamat khatankan 2 orang anak kami.. abg long dan abg ngah.. abg long tahun ni dah darjah 4 di sekolah dan abg ngah pulak baru darjah 1.. jadi pengalaman berbeza bila sunatkan anak dari peringkat umur yang berbeza.. memang nampak sangat ketara.. 

kami pada awalnya berkira-kira jugak nak sunatkan abg long seorang dulu tapi bila fikirkan kesan pada abg ngah nanti agak banyak nak difikirkan terutama bila nak pujuk abg ngah bersunat sorang-sorang nanti tentu lebih mencabar.. jadinya kami putuskan buat dua-dua sekali serentak walau ramai yang cakap susah nak jaga anak bersunat sekali dua tiga orang.. namun kami kuatkan je la semangat kena hadapi jugak kan nak buat macamana.. 

dan syukur dah masuk hari keempat hari ni.. luka keduanya nampak makin ok.. dah tak rasa sakit macam hari pertama lagi dah.. meh la kita tulis travelog dari hari pertama ya.. buat kenangan kami serta panduan untuk semua yang membaca.. insyaAllah.. 

Hari Pertama 06/12/2017


Masa ni masing-masing memang dah tau yang mereka akan dikhatankan hari ni.. klinik telefon semalam maklum mintak datang dalam jam 5.30 petang..  tapi dapat panggilan lagi pagi tu mintak datang awal sikit dalam jam 4 petang.. jadi sebelum tu kami hiburkan anak-anak dulu.. bawak makan sedap di roti canai Mansor di Kg Peramu Kuantan dulu.. bagi diorang makan puas-puas roti canai telur kesukaan mereka.. 

gembira bermain di Petrosmart yang tak ramai orang


Lepas tu kami bawak pulak anak-anak bermain di Petrosmart Kuantan.. alhamdulillah gembira masing-masing sebab orang tak berapa ramai dibandingkan dengan waktu kali pertama kami berkunjung ke sini aritu.. selesai tu kami bawak pulak diorang berkunjung ke Kuantan City Mall yang baru.. bukan buat apa sangat pun.. saja tinjau-tinjau.. balik dari tu singgah pulak beli kain pelikat yang baru di kedai kain Oli Mohammed di Jalan Besar.. kat sini kain pelikat budak dijual dengan harga RM15 sehelai.. keras sikit la kainnya.. ada kain yang elok dalam RM20-30 sehelai.. belikan je seorang sepasang buat upah bersunat.. adik hadi pun sama sibuk jugak nak sepasang.. 

layan main dam di MBO


lepas tu kami tak ke mana-mana dah.. terus je menghala ke Poliklinik Al Islam di Bukit Rangin sebab jaraknya agak jauh dari rumah jugak.. dalam 20 ke 30 minit jugaklah mengikut arus kenderaan yang sibuk.. alhamdulillah sampai situ sedang elok je jam 4 petang.. nampak ada seorang budak lelaki macam dalam usia 13-15 tahun keluar dari klinik siap memegang kain.. dalam hati terdetik jugak agak lewat budak ni bersunat.. siap daftar semua kami tunggu sekejap.. doktor tengah uruskan ada seorang lagi budak di dalam bilik rawatan.. setau aku klinik ni dia tetapkan berapa orang dalam sehari untuk proses berkhatan sebab itu dinasihatkan untuk datang klinik dan tetapkan tarikh dan masa untuk berkhatan yang sesuai.. aku dapat info pasal klinik ni dari facebook.. dapat tau jugak Doktor Safuan ialah tuan punya klinik ni berkerja jugak di UIAM.. klinik ni menggunakan kaedah laser dan jahit.. bayaran seorang RM100 dan ada jugak disediakan perkhidmatan khatan percuma untuk anak yatim dan miskin.. murah rezeki doktor hendakNya.. 

Poliklinik Al Islam


kami menunggu beberapa minit.. sementara tu anak-anak leka bermain di tempat permainan yang disediakan di sudut klinik.. selesa sangat klinik ni sebab semua pelanggan diminta membuka kasut sebelum masuk jadi persekitaran agak bersih di sini.. setelah menunggu sampai giliran anak-anak kami.. abg long nak masuk dulu.. shah teman abg long masuk.. masa ni kami di luar merasakan masa menunggu tu agak lama.. terutama abg ngah.. dia dah mula tak boleh bermain dah.. duduk sebelah aku cuma tengok tv dan diam.. mungkin takut agaknya.. 


tempat bermain

masa ni abg ngah dah mula takut ~ tak duduk jauh dari aku dah


dalam masa dalam setengah jam abg long keluar tersengih-sengih..  lega agaknya dah selesai.. sampai giliran abg ngah pulak.. dan dia dah siap-siap buat permintaan mintak aku yang teman dia.. katanya abg long ayah yang teman.. saya ummi la yang kena teman.. padahal waktu tu Tuhan je yang tau dalam hati aku ni.. aku ni sebenarnya penakut tau.. sejak dari anak-anak bayi lagi setiap kali ada temujanji cucuk vaksin, memang shah yang akan ikut dan pegang anak-anak tau.. kesemuanya keempat-empat anak kami.. haha.. mesti korang kata kelakar kan.. vet pun penakut jugak.. tapi itulah aku.. aku tak sanggup la tengok muka anak-anak kalau diorang nangis sakit.. tak sampai hati sangat.. ntah kenapa.. 

abg long selesai


jadi permintaan abg ngah yang satu ni sebenarnya sangat berat buat aku.. tapi aku kuatkan jugak semangat dan masuk sama-sama abg ngah.. bila doktor bius tu dan bergenang jugak airmata anak bujang sorang ni.. eh ada satu yang aku risaukan tau.. dalam ramai-ramai anak bujang.. anak yang sorang ni 'buta' pada anunya.. jadi memang aku risau bila mengenangkan takut dia akan rasa sakit yang lebih lagi dari abg long.. ini bila aku dengar-dengar cerita orang la.. katanya jugak payah nak baik berbanding orang yang anunya 'celik'.. tapi doktor Safuan kata ok je.. jangan risau.. insyaAllah tak apa-apa..  ngeri jugak bila tengok cara doktor 'celikkan' yang 'buta' tu.. alhamdulillah semuanya selesai dalam masa lebih kurang setengah jam jugak.. sangat teliti dan kemas hasil kerja Dr.  Safuan ni.. orangnya pun sangat lemah lembut dan bersopan.. sepanjang proses doktor tak henti berselawat dan berzikir.. aku jugak tak henti berselawat dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan Allah.. 

abg ngah selesai jugak


semasa bersunat kami bagi anak-anak menonton kartun atau cerita kegemaran mereka dari telefon bimbit untuk alih perhatian dari mengingat rasa sakit tu kejap.. nampak berhasil tips dari seorang kawan ni.. dalam tak sedar semuanya selesai.. siap semuanya kami belikan jugak ubat tahan sakit yang tak dibekalkan sekali dari klinik.. klinik cuma bagi lebihan kulit dan ubat cuci untuk kami cuci di rumah.. jadi kami belikan jugak ubat tahan sakit berharga RM10 sebotol.. di rumah dah ada dettol cecair dan jugak kapas yang aku guna untuk cuci muka.. kami juga ada tanya Dr untuk gunakan gel.. aku gunakan Lovera magic jelly kat shopee pun ada jual https://shp.ee/tw7tmpp macam gambar kat bawah ni.. sangat membantu untuk penyembuhan dan ianya sejuk.. selesa la sikit bila pakai kat anak-anak.. 

ubatan yang perlu untuk khatan
ubatan yang perlu untuk khatan

Lovera magic gel



tapi baru je dalam 5 minit dalam kereta abg ngah dah mula meraung sakit.. nangis sebab rasa nak terkencing.. terpaksa masuk ke klinik semula untuk kencing.. kami singgah belikan ayam golek untuk anak-anak.. tapi masa ni memang agak drama.. ada lebih 3 kali kami berhenti singgah cari tandas sebab abg ngah tak tahan. sangat sakit dan asyik nak terkencing.. 

mungkin kesan 'celik' buat kali pertama agaknya.. kesian pun ada, gelihati pun ada.. abg ngah.. abg ngah.. hihi.. masa ni terasa jugak ada sikit menyesal sunatkan dia bersekali dengan abg long.. abg long dah agak besar jadi ok je.. diam dan masih boleh kawal rasa sakitnya.. tapi perkara dah jadi kan.. nak buat macamana.. sampai tertidur-tidur abg ngah menangis.. 

tapi sampai je rumah elok pulak dia duduk dan hadap tv.. alhamdulillah mungkin dah lega sikit lepas kami bagi ubat tahan sakit tadi agaknya..  masa makan aku suapkan anak-anak termasuk anak-anak yang lain.. alhamdulillah berselera masing-masing makan.. dan malam tu aku mula berjaga risau sebab masing-masing lasak tidurnya.. risau tertindih dan meraung tengah malam je.. akhirnya berakhir hari yang penuh emosi suka duka kehidupan dalam membesarkan anak-anak..

Hari Kedua 07/12/2017


Hari ni agak mencabar waktu nak cuci luka.. abg ngah meraung sakit.. kami bagi makan ikan selar kuning masak singgang.. dan selangi dengan biskut dan roti serta jejemput bilis untuk kudapan.. 

Hari Ketiga 08/12/2017


Abg ngah masih meraung sakit waktu cuci.. tapi luka masing-masing nampak makin ok.. aku masakkan sup sayur campur dengan bebola ikan hari ni.. berselera jugak masing-masing makan.. hari ni kami dah berhenti bagi ubat tahan sakit.. tengok keadaan macam ok je.. abg long masih tenang dan cakap tak sakit sangat.. cuma rasa geli bila dicuci.. 

Hari Keempat 09/12/2017


Kami nak mandikan anak-anak hari ni setelah selama ni cuma lap-lap macam tu je.. sebenarnya rasa takut sendiri nak kenakan air yang banyak.. risau je terkena air kat bahagian jahitan tu.. walau ramai je bagi cadangan boleh tutup dengan cawan polisterine tapi kami la yang rasa macam tak berapa yakin.. lagi la bila tengok drama abg ngah bila dicuci tu.. kami ingat nak rendam jugak lukanya dengan air suam dan dettol bagi bersih sebelum sapu ubat luka.. 

nanti kita sambung semula kisah travelog ni.. cuma ada beberapa perkara yang aku nak kongsikan sebelum tutup entri ni.. panduan buat ibubapa yang akan mengalami pengalaman yang sama macam kami..

Berkhatan : Panduan untuk ibubapa

  • nampaknya keputusan mengkhatankan anak yang terlalu muda jugak bukanlah satu keputusan bijak, lebih elok kalau tunggu dia sedikit besar sehingga dia tau erti malu dan pandai kawal rasa sakit
  • berkhatan di klinik swasta sebegini mengurangkan rasa resah pada ibu bapa terutama yang jenis cepat melatah atau gemuruh kerana tak perlu menghadapi waktu stress melihat reaksi orang lain,  jugak mengurangkan rasa takut pada anak-anak
  • perlu ambik tau ubatan yang dibekalkan dan apa yang perlu ada untuk proses penjagaan di rumah, perlu ambik tau ubatan yang dibenarkan atau tidak. Doktor tak benarkan kami guna sebarang ubat gamat. 
  • perlu ambik tau apa makanan yang boleh atau tak boleh dimakan kerana dalam proses berpantang anak-anak akan sentiasa lapar
  • perlu ambik tau kesan setiap prosedur berkhatan yang dipilih. samada menggunakan pisau atau laser,  clamp atau jahitan. yang ini terpaling penting. 
  • pastikan anak-anak disediakan dari segi mental dan fizikal untuk dikhatankan 



itu je yang dapat aku kongsikan untuk kali ni.. kalau ada lagi nanti aku tulis semula.. semoga dapat manfaat dari apa yang aku tuliskan ini..  


Ceritaita



Maklumat lain :

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Ulasan

  1. Good sharing Ita.. good boy anak-anak, rasanya anak Ita lagi kuat semangat nie riang ria je muka lepas berkhatan.. semoga cepat sembuh ya anak-anak

    BalasPadam
  2. Tahniah abg long Dan abg ngah. Day bujang mereka berdua.. boleh senyum2 lepas khatanbkira ok la kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat