Lawatan ke Taman Herba di Ipoh, Perak - Cerita Ita                                                             Lawatan ke Taman Herba di Ipoh, Perak Langkau ke kandungan utama

Lawatan ke Taman Herba di Ipoh, Perak

assalamualaikum semua, hari ni tetiba pulak rasa nak kongsikan pengalaman melawat ke negeri orang.. coretan macam ni kena jugak tulis kat blog walau dah sekian lama berlalu.. salah satu sebabnya supaya boleh jadi kenangan buat kami terutama anak-anak bila semakin dewasa nanti.. kisah kami ni dipanjangkan dari kisah kami sekeluarga berjalan ke Ipoh, Perak hari tu.. dan kali ni kami berpeluang membuat lawatan ke Taman Herba di Ipoh, Perak pulak.. Taman Herba Negeri Perak..

Lawatan ke Taman Herba di Ipoh, Perak


mesti ada kawan-kawan nak tau apa je ada kat dalam taman herba ni kan? aku rasa tak ramai nak berkunjung ke tempat macam ni, lagi-lagi la orang tempatan.. tak payah cakap orang lain la.. aku sendiri pun macam tu.. kalau tempat rekreasi tu dekat je dengan kami cukup payah kami nak pergi.. kononnya alasan dekat je bila-bila pun boleh pergi.. tapi hakikatnya lama-lama tak terpergi jugak.. hehehe.. masih banyak pun tempat di Kuantan ni sendiri yang kami belum dapat jejakkan kaki lagi.. tapi itu cerita Kuantan.. kali ni kita nak cerita pasal Taman Herba di Ipoh ok.. jom jalan-jalan bersama kami!

Taman Herba Negeri Perak - sumber Majlis Daerah Batu Gajah


Taman Herba Negeri Perak nama sebenar diberi pada taman herba ni.. cukup besar tau kawasan dia sebenarnya.. 22 hektar tu.. asal kawasan ni katanya adalah bekas lombong.. memang puas berjalan kalau korang berjalan kaki di sekitar kawasan ni.. kiranya jam korang yang ada fungsi pedometer tu memang takkan keluarkan alarm la hari tu pasal korang dah lebih dari capai target rasanya kalau berjalan di sekitar kawasan Taman Herba ni.. Taman Herba ni telah diubahsuai sampai cantik macam sekarang ni sejak dari tahun 2002 lagi tau.. dan dah ada lebih 500 spesies tumbuhan yang terdapat di Taman Herba ni sekarang.. bangga pulak tengok betapa usaha yang gigih dilakukan Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk memperkenalkan dan mempopularkan tumbuhan herba yang ada di Malaysia ni..


Cari pejabat ni - sumber Taman Herba


Bagi sesiapa yang mencari tempat untuk bawa anak-anak yang tak memerlukan belanja yang banyak bolehlah masukkan Taman Herba Ipoh ni dalam senarai patut pergi.. sebab apa tau? sebab bayaran masuk ke Taman Herba ni sangat murah.. RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.. macam bayaran masuk ke Zoo Johor jugak ni.. antara tempat pilihan kami anak-beranak jugak.. jangan terkejut kalau masuk dalam Taman Herba ni korang rasa macam takde orang sangat ya.. kalau dari pondok jaga tu jangan pulak korang berhenti kat situ ye.. korang boleh pandu terus masuk ke dalam kawasan Taman Herba tu merentasi tasik yang ada di kiri kereta korang tau.. terus je sampai ada nampak simpang bersimpang-simpang.. hahaha.. akau bagi tau macam ni pasal aku tak tau ada berapa simpang kat situ.. tapi kat tengah-tengah simpang tu ada pejabat Taman Herba ni.. jadi korang boleh berhenti dan buat bayaran di kaunter dalam pejabat tu.. aku rasa konsep yang digunapakai kat sini ialah konsep percaya.. takde orang nak periksa pun korang ada tiket ke tak aku tengok.. kalau korang rasa korang jujur silalah ke pejabat dan buat bayaran untuk tiket.. kalau tak.. lu fikir la sendiri.. hehehe.. dibuka setiap hari.. Isnin hingga Jumaat 8 pagi hingga 5 petang.. dan hari Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi hingga 3 petang..


nampak tak buku panduan kat tangan abg long tu.. dalam tu ada peta kawasan


lepas je buat bayaran, staf kat situ akan bagi peta kawasan untuk panduan korang tinjau kawasan Taman Herba yang luas ni.. dia sebenarnya ialah konsep taman dalam taman.. ada bermacam taman la yang ada dalam ni.. dan itulah sebenarnya yang menjadikan Taman Herba ni menarik pada aku.. staf jugak bagitau yang pelawat boleh bawa kenderaan sendiri untuk mengelilingi kawasan taman ni.. menarik kan? dah la nak masuk murah tak perlu jalan jauh dari parking dan seksa menapak sampai tempat rekreasi.. dan ini merupakan bukan pilihan yang baik untuk mereka yang berangan nak kurus ok..


dah aku bagitau awal tadi ada bermacam jenis taman dalam Taman Herba ni kan.. mari kita tengok peta kawasan dan lokasinya.. 


Taman Herba Ipoh
Peta Taman Herba Negeri Perak



Ada 9 bahagian utama dalam Taman Herba ni yang terdiri daripada Laman Warisan 1, Laman Warisan 2, Laman Warisan 3, Tapak Semaian, Laman Aromatik, Laman Kosmetik, Laman Perubatan, Laman Ulaman dan Laman Perubatan (gambar kat bawah ni semuanya sumber dari laman web Taman Herba)dan kat bawah ni aku sertakan panduan nak berjalan atau dipanggil 'Herba Trekking' yang aku salin dari laman web rasmi Taman Herba..



Taman Warisan 1

Laman Warisan 2

Laman Warisan 3

Laman Aromatik

Laman Kosmetik


Laman Perubatan

Laman Ulaman

Laman Mempelai



Herbal Trekking (Trek 1) | Jangka Perjalanan : ½ -1 jam


A. Tiang Bendera - Herbal Trekking bermula di sini. Anda akan diberikan sedikit taklimat ringkas oleh krew taman sebelum anda memulakan langkah ke titik seterusnya

B. Monumen Diraja - Mengimbau sejarah awal Taman Herba, lokasi ini memberikan anda peluang untuk mengambil gambar kenangan di Monumen Diraja dan sekitarnya yang mempunyai landskap dan pemandangan yang indah

C. Laman Warisan 1 - Mulakan penerokaan pokok herba di Laman Warisan 1 kerana terdapat pelbagai jenis pokok herba yang dipelihara dan dijaga rapi setiap hari. Kenali lebih dekat dengan mengimbas papan QR untuk mengetahui khasiat dan kegunaan pokok herba yang menyimpan 1001 penawar segala penyakit.

D. Laman Kosmetik - Lakukan aktiviti dengan menyenaraikan seberapa banyak pokok herba di Laman Kosmetik yang digunakan di dalam alat kosmetik yang terdapat di pasaran hari ini. Berapa banyakkah produk kecantikkan dan penjagaan badan yang telah anda gunakan adalah dari bahan asas semula jadi?

E. Laman Warisan 3 - Seperti di Laman Warisan 1, anda boleh mengambil gambar dan membaca setiap khasiat dan kegunaan pokok herba yang terdapat di situ. Anda boleh melalui laluan khas yang disediakan oleh pihak taman untuk memudahkan pergerakkan anda.
F. Laman Aromatik - Jadilah orang yang terawal meneroka di Laman Aromatik. Di samping anda mengenalpasti pokok-pokok herba yang digunakan untuk produk wangian, anda juga boleh melakukan aktiviti mengambil dan mengumpul gambar burung-burung taman yang jarang ditemui di luar.
G. Laman Warisan 2 -Rehatkan jiwa dan minda anda. Lakukan aktiviti santai dengan berjalan melalui trek khas di dalam Laman Warisan 2 untuk anda menikmati kehijauan, kecantikkan dan keunikkan pokok herba di laman ini.
H. Tapak Semaian - Pilih, ambil dan bayar pokok herba yang anda gemari. Tapak semaian memberikan perkhidmatan kepada anda dengan memilih sendiri pokok herba yang segar dengan harga yang berpatutan.
I. Kiosk Herba - Perjalanan Herbal Trekking anda berakhir disini. Sebelum pulang, singgahlah ke Kiosk Herba kami yang menjual pelbagai produk herba dan cenderahati menarik sebagai tanda kenang-kenangan di Taman Herba Negeri Perak. Terbaik untuk anda!




Herbal Trekking (Trek 2) | Jangka Perjalanan :1 -2 jam


A. Tiang Bendera - Herbal Trekking bermula di sini. Anda akan diberikan sedikit taklimat ringkas oleh krew taman sebelum anda memulakan langkah ke titik seterusnya

B. Monumen Diraja - Mengimbau sejarah awal Taman Herba, lokasi ini memberikan anda peluang untuk mengambil gambar kenangan di Monumen Diraja dan sekitarnya yang mempunyai landskap dan pemandangan yang indah

C. Laman Ulaman - Anda sedang berada di taman yang indah dan permai. Sambil mengambil gambar pemandangan indah di sekitarnya, anda digalakkan merakam pelbagai jenis pokok herba ulaman yang terdapat di laman ini. Sekiranya anda minat memancing, sila bawa joran kerana bersebelahan laman ini terdapat sebuah kolam yang disediakan untuk anda memancing.

D. Laman Perubatan - Setibanya anda ke Laman Perubatan, anda disarankan membawa alatan melukis dan mewarna. Selain terdapat pelbagai pokok herba perubatan untuk anda pelajari, lokasinya yang terletak di kawasan yang agak tinggi ini sememangnya sesuai untuk anda melukis pemandangan taman herba yang indah.
E. Laman Refleksologi - Lakukan aktiviti berjalan di atas batu yang disusun mengelilingi kolam air pancut. Laman refleksologi menyediakan ruang kesihatan untuk anda sambil menghirup udara segar di tepi kolam yang luas. Anda juga boleh melakukan senaman ringan dan santai bagi mendapatkan kembali kecergasan badan setelah jauh berjalan.
F. Laman Warisan 2 - Rehatkan jiwa dan minda anda. Lakukan aktiviti santai dengan berjalan melalui trek khas di dalam Laman Warisan 2 untuk anda menikmati kehijauan, kecantikkan dan keunikkan pokok herba di laman ini.
G. Laman Aromatik - Jadilah orang yang terawal meneroka di Laman Aromatik. Di samping mengenalpasti pokok-pokok herba yang digunakan untuk produk wangian, anda juga boleh melakukan aktiviti mengambil dan mengumpul gambar burung-burung di taman yang jarang ditemui di luar.
H. Laman Semaian - Pilih, ambil dan bayar pokok herba yang anda gemari. Tapak semaian memberikan perkhidmatan kepada anda untuk memilih sendiri pokok herba segar dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh melihat secara langsung bagaimana pekerja-pekerja taman menanam, menyemai dan menjaga pokok-pokok herba di Laman Semaian.
I. Kiosk Herba - Perjalanan Herbal Trekking anda berakhir disini. Sebelum pulang, singgahlah ke Kiosk Herba kami yang menjual pelbagai produk herba dan cenderahati menarik sebagai tanda kenang-kenangan di Taman Herba Negeri Perak. Terbaik untuk anda!



Di hadapan Tapak Semaian
yang ni dekat depan laman warisan.. dah tutup jugak pintu masuknya masa ni

ada pelbagai herba dipamerkan di atas meja pameran ni


mula-mula kami nak pergi melawat ke pusat semaian tapi memandangkan waktu tu dah sampai waktu rehat dan kawasan tapak semaian ni akan dikunci untuk membolehkan pekerja berehat jadi kami cuma dapat intai je tanaman dari luar dan ambik gambar di sekitar.. kemudian kami ke taman herba.. kami habiskan banyak masa kat sini buktinya biar gambar berkata-kata.. banyak rupanya pelajaran di sini.. antaranya kami tak pernah tau daun kesum boleh digunakan sebagai perawat masalah kelemumur di kepala.. 


di pintu masuk Taman Herba
kami habiskan banyak masa kami kat taman herba ni tau sebenarnya.. tengok gambar kat bawah pun dah tau kan.. aku kongsikan gambar yang aku sempat ambik di sepanjang lawatan.. 












































selesai taman herba... kami ke taman-taman lain yang ada.. dari hujung ke hujung la.. kami sangat gembira sepanjang menghabiskan masa kat sini.. ada orang mungkin kata tempat ni macam takde apa sangat tapi pada kami yang sukakan flora dan fauna.. 






tempat ni memang sangat sesuai untuk habiskan masa bersama keluarga.. kalau senaraikan sebagai lokasi untuk pengantin ambik gambar pun sangat sesuai tau..

Ceritaita


Ulasan

  1. Wah, nmpk mcm menarik lah tempat dia k.ita.nama ja duk perak aina ni, tp tak pernah sampai lg sini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...