Assalamualaikum semua, nak kongsikan pengalaman kami merasa pizza Dominos yang terbaru baru-baru ni.. semuanya sebelum anak-anak bujang bersunat aritu.. dapat pulak kod diskaun untuk pizza regular dengan harga lebih murah.. dan kebetulan memang lama tak makan jadi aku terus tempah di website dan set akan ambik di Dominos Taman Tas..
Cheese Tarik Crust di Dominos |
mesti ada yang tanya kenapa mesti ambik kat Dominos cawangan Taman Tas dan tak ambik je di Cawangan di bandar atau di Indera Mahkota kan? sebenarnya kami pernah jugak beberapa kali membeli di cawangan bandar dan IM tapi agak mengecewakan hasil pizzanya berbanding yang disediakan di cawangan Taman Tas.. lebih sedap rasanya kalau yang di Taman Tas.. cuma sekali la pernah terkena pizza yang agak rentung di Taman Tas bila kami order New York crust..
dan kali ni kami cuba pizza terbaru Dominos yang ada tambahan cheese pada dohnya.. atau dipanggil cheese tarik pizza.. macam mengancam bila tengok gambar tu kan.. tapi apa nak buat.. cheddar cheese dah habis cuma tinggal morazella cheese je masa kami pergi tu..
kami order Barbeque chicken dan chicken pepperoni |
tengok la morazella dalam crust tu.. 😍 |
tapi alhamdulillah rasanya tak menghampakan la.. kami bagi 4.5 bintang dari 5 sebab tak dapat cheese yang kami nak je.. yang lain memang sedap sangat tau.. dohnya lembut semakin lembut dengan limpahan cheese dalam doh tu.. sampai sekarang bebudak sunat pun nak lagi.. haha.. jadi sesiapa yang nak cuba boleh ke mana-mana cawangan Dominos kesukaan korang ok..
Ceritaita
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.