Resepi roti jala yang sedap dan lembut
assalamualaikum semua, hari ni konon nak cuti masak nasi.. buat roti jala je.. kejap lagi aku kongsikan resepi roti jala yang sedap dan lembut InsyaAllah sampai petang.. teringat pulak kisah di sebalik menu hari ni.. hari tu masa cari roti canai frozen kat Giant, abg ngah ada sebut nak makan yang atuk wan masak.. atuk wan tu gelaran untuk mak aku buat semua cucu.. masa kat Giant tu abg ngah sibuk cari yang atuk masak tu kat bahagian makanan beku kat Giant tu.. puas dibeleknya semua.. lepas tu tanya.. yang atuk wan buat warna kuning tiga segi tu takde jual ye ummi kat sini?
puaslah aku dengan abg long meneka apa benda la segitiga kuning ni.. siap dia cakap lagi tu sedap atuk wan masak tu.. aku puaslah memikir sambil teka.. aku sebut nugget.. salah.. aku sebut semosa pun salah.. dia siap cakap yang atuk wan goreng.. aduh lagi la buntu kepala ummi dia memikir.. akhirnya dia cakap.. benda kuning segitiga tu kena cicah kari.. terus laju aku teka roti jala.. senyum dia bila aku teka betul.. lekas-lekas pulak tu nak aku buat malam tu jugak..
aku pujuk la dia aku akan buat bila hari cuti.. maklumlah roti jala ni walaupun senang nak buat tapi dia perlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi bila nak berdiri lama menghabiskan adunan tepung yang nak dijala tu.. lebih lagi bila buat tu kang yang makan lagi laju dari yang menjala.. haruslah iman akan diuji.. hehehe.. meh la aku kongsikan resepi roti jala yang aku guna hari ni.. resepi ni aku ambik dari blog Azie Kitchen.. lebih kurang jugak resepi mak aku.. cuma biasalah resepi Cik Jemah ni main agak-agak je jadinya tak boleh sangat nak jadi panduan terutama orang yang baru nak belajar memasak..
Resepi Roti Jala
ihsan Azie Kitchen
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan air (azie letak santan sikit tapi aku tak letak pun)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning telur
2 1/2 sudu besar minyak masak
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blend je.
(aku buat tadi blend semua yang atas tu kecuali minyak masak, minyak masak aku suka campur last sekali bila dah siap blend yang lain)
2.Guna kuali leper atau kuali tahan karat untuk menggoreng (menjala).
3. Lepas tu boleh la mula menjala atas kuali. Kemudian boleh ikut cara mana korang nak, samaada nak gulung atau nak lipat segitiga macam aku buat tu.
4. Masak dengan api perlahan sampai agak masak dan kemudian lipat atau gulung.
5. Dah siap dan boleh dihidangkan dengan lauk kari, kuzi, atau kurma.
Aku nak bagitau untuk buat roti jala ni ada 2 jenis alat tau.. kalau orang lama dulu biasa guna yang jenis macam corong tu.. yang warna kuning.. aku ada satu jugak kat rumah.. macam kat bawah ni..
Lepas tu sekarang aku dah guna yang moden jenis botol je.. lagi mudah aku rasa guna botol ni.. aku beli harga dia dulu dalam RM3 je rasanya.. tapi sekarang tak tau pulak harganya.. dan sebenarnya aku beli dah lama tapi baru sekarang ni aku nak cuba tau.. sebelum ni asyik la lupa nak kerat muncung dia.. sebab kat atas tu ada 3 muncung yang kita kena kerat sendiri ikut besar mana kita nak lubang dia tu.. ala botol ni lebih kurang botol sos atau botol mayonis yang orang jual burger guna tu la.. cuma yang ni ada 3 muncung.. nak guna pun senang tak comot-comot dapur macam guna yang lama kat atas tu..
eh lupa nak bagitau sebenarnya adunan 3 cawan tepung tu cuma dapat hasilkan dalam lebih kurang 48 ke 50 keping roti jala ya.. jadi kalau ada ahli keluarga yang suka sangat dengan makanan berasaskan tepung aku rasa eloklah buat 2 atau 3 adunan.. sebab aku tadi bancuh satu lagi adunan pasal tak sampai setengah jam dah licin semuanya.. haha.. aku buat kari ayam je untuk lawankan makan dengan roti jala ni tadi.. yang senang dan ringkas.. jadi resepi dah ada.. selamat mencuba ya!
Ceritaita
Maklumat lain :
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Gebunya nampak roti jala tu kak ita❤️❤️
BalasPadamBoleh buat bniaga dah ni doc
BalasPadamWah tetiba lapar roti jala lak aku
BalasPadamDah lama tak makan roti jala, thanks untuk resepi ni nanti nak cuba buat...
BalasPadamsdapnya k.ita..:)
BalasPadamMatk resipi ni..nti nak try buat
BalasPadam