Statistik blog Cerita Ita di tahun 2017 - Cerita Ita                                                             Statistik blog Cerita Ita di tahun 2017 Langkau ke kandungan utama

Statistik blog Cerita Ita di tahun 2017

assalamualaikum semua, sebagai entri pembuka di tahun 2018 ni, aku nak kongsikan statistik blog bagi tahun 2017 yang lepas.. alhamdulillah walaupun tak banyak mana tapi pada aku banyak sangat peningkatan.. jauh beza dengan tahun 2016.. aku ambik statistik ni dari Google Analytics.. katanya jauh lebih tepat dari yang lain.. harapnya macam tu la.. 

Statistik blog Cerita Ita di tahun 2017 


yang gambar kat atas tu statistik blog Cerita Ita di tahun 2017 berbanding tahun 2016.. tapi eh.. korang yang baca ni jangan salah faham pulak ya.. aku bukan buat entri sebab nak menunjuk atau apa pun.. cuma untuk rekod aku sendiri atas pencapaian aku di blog buat setakat ni.. dan genap 9 tahun pun aku berblog di platform blogger ni.. jadi aku rasanya aku kena majukan diri sentiasa untuk capai kepuasan aku dalam berblog.. 

dalam pada tu pun aku ada jugak tetapkan target untuk tahun 2018 ni supaya aku boleh dapat tingkatkan segalanya yang aku impikan untuk blog Cerita Ita ni.. jadi aku rasakan rekod statistik macam ni amat perlu untuk aku rekodkan sebagai penyuntik semangat aku untuk terus berblog.. takde niat yang lain pun.. tapi kalau ada yang tengok statistik ni terus rasa nak cuba jadikan Cerita Ita sebagai platform review.. aku terima dengan senang hati je.. heee... 

setakat tahun 2017, statistik ni aku screenshot semalam.. jadinya setakat 30 Disember 2017.. alhamdulillah dah dapt lebih setengah juta Pageview bagi tahun 2017.. dengan purata kunjungan sehari cecah 1,300++ menunjukkan rekod lebih dari 100% peningkatan kunjungan blog lebih dari tahun sebelumnya iaitu tahun 2016.. syukur.. nampaknya agak berbaloi aku keluarkan sedikit modal untuk beli domain pada tahun 2015.. nampak perubahan agak ketara.. mungkin tak sekencang orang lain tapi buat aku blogger separuh masa, ini pencapaian yang agak mengujakan.. 

Statistik blog Cerita Ita di tahun 2017


aku nak rakamkan ucapan terima kasih jugak buat semua pengunjung dan pembaca blog Cerita Ita yang sudi singgah dan menjadi para penyumbang kepada pageview blog yang semakin baik ni.. ceewah..dah gaya buat ucapan dapat anugerah pulak dah.. hahaha.. praktis dulu la kan.. mana tau rezeki satu hari nanti.. semoga tahun 2018 ni nanti prestasi blog akan jadi jauh lebih baik dan akan menyumbangkan sesuatu jugak pada diri aku sendiri dan para pembaca Cerita Ita..

Ceritaita


Ulasan

  1. Tahniah ita. Keep it up. Happy for you. Kena menuntut dgn ko ni

    BalasPadam
  2. Wah hebat Ita.. tahniah Ita. Harap satu hari Kak Sue nak macam Ita juga.. ehehe..

    BalasPadam
  3. Wah..peningkatan yang bagus..keep it up..i know u can do it...

    BalasPadam
  4. @Kak Sue

    kak sue pun dah hebat tu.. teruskam usaha kak!

    BalasPadam
  5. @Amanda Suria

    tq kak.. insyaAllah masih berbaki 364 hari ni.. hahhaha

    BalasPadam
  6. Wah ini bikin semangat sy membara untuk tahun 2018 ini... Kasi Up lagi eh.. Good luck!

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Tahniah kak ita. Semoga terus maju dan berjaya dan menjadi inspirasi kepada kami semua. ❤

    BalasPadam
  8. @Ana Suhana sesama kita bagi inspirasi pada satu sama lain ye ana.. semangat!

    BalasPadam
  9. Keep it up.kak ita. AS teringin jugak nak buat statistik macamni, tapi xcukup keyakinan lagi hihi

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah semakin meningkat.. tahniah tahniah..teruskan usaha..

    BalasPadam
  11. peningkatan dr 2016 ke 2017..tahniah..smoga 2018 lebih mantap lg

    BalasPadam
  12. Tahniah k.ita. semoga terus maju jaya.

    BalasPadam
  13. Semoga lebih baik dan berjaya dalam tahun baru

    BalasPadam
  14. Hope tahun nih lebih aummmm drp tahun 2017

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...