Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi - Cerita Ita                                                             Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi Langkau ke kandungan utama

Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi

assalamualaikum semua,  lamanya tak kongsikan cerita pasal kehidupan aku kat blog ni.. aku baru je balik hadiri minggu sukan jabatan di Kelantan semalam.. nantilah aku ceritakan pasal sukan tu.. pagi tadi kami sertai gerai jualan bersempena Mesyuarat Agong Puspanita Negeri Pahang.. kami jual susu segar dan pau jugak karipap frozen.. alhamdulillah jualan agak bagus.. cuma tak sangka akan terkena musibah cermin retak di jalan Sungai Soi petang tadi.. 

Musibah cermin retak di Jalan Sungai Soi


selepas jualan tadi, kami putuskan nak lalu jalan dari Indera Sempurna sebab ada hal di sana.. jadi kami kena lalu jalan dari Sungai Soi menghala ke Kampung Kempadang untuk sampai ke rumah kami di Bandar Putra.. sampai di jalan kawasan hadapan Petronas Sungai Soi tu shah dah bunyi,  katanya banyak batu berterabur di sepanjang jalan tu.. shah kata mesti ada lori ni yang bawak dan terjatuh dari lori.. memang nampak pun sepanjang jalan tu banyak batu kasar dan halus..  maklumlah kawasan ni tengah rancak dengan kerja-kerja pembinaan rumah dan pembinaan jambatan kedua di Kg Peramu.. bawah ni jualan kami di puspanita tadi.. 

gerai jualan di Puspanita

susu segar

karipap dan temosa frozen

pau frozen


shah sambung pulak.. ni kalau kereta depan laju atau kita ikut belakang lori ni abislah cermin kereta.. tak lama lepas shah cakap tu dan dia perlahankan kereta, ada sebiji kereta biru kecil yang tiba-tiba sibuk nak memotong kami di garisan berkembar.. jadi shah agak fokus nak elakkan dari tercium kereta ni.. dalam masa yang sama kereta di hadapan kami sebelum tu yang sememangnya memandu agak laju.. tiba-tiba..  "Ketak".. terdengar bunyi agak keras di cermin hadapan di sebelah tempat duduk penumpang.. 

Allah.. aku terus nampak garis kasar di hadapan aku masa tu.. nak nangis pun ada.. terus terfikir.. ujian lagi di kala kami memang sedang diuji dengan berat.. Allah.. hmm..  baru shah sebut tadi tapi rupanya memang dah takdir agaknya kereta kami yang kena sedangkan shah dah bawak kurang dari 40 km/jam tadi.. terpaksa la kena asingkan duit untuk ganti cermin pulak ni.. dugaan betul.. 

Jadi sesiapa yang guna jalan Sungai Soi - Kampung Kempadang tu hati-hati la ya.. malang tak berbau.. terutama motorsikal tu.. kalau motor bebila je boleh tergelincir kalau lalu jalan yang banyak batu macam ni.. jadi hati-hati la ya.. siapa tau kalau jalan berbatu banyak macam ni kita boleh mengadu pada siapa ye untuk bersihkan jalan? 

Ceritaita


Ulasan

  1. Alahai nak makan duit Tu.. sedapnya nampak Susu Tu ita

    BalasPadam
  2. lepas ni kena ambil insurans cerminlah.

    BalasPadam
  3. Kak Sue pernah kena dua kali macam nie, satu tu kena masa kereta berenti kat trafic light. Tau-tau pecah berderai cermin sisi belakang nasib ada tinted, tapi masih nak kena tukar la kan. Yang satu lagi macam kereta Ita nie, tak tau bila n macam mana.. Tau-tau retak cermin depan, sekarang nak kena tukar dah panjang gila dah retaknya..

    BalasPadam
  4. salam ziarah & follow sini..mmg bahaya follow lori bawak batu ni..mmg seriau rasanya..kadang2 kita dah cukup berhati2 tp mende nak jadik..x blh elak jugak..syukur sis xde pape...

    BalasPadam
  5. yups
    kadang2 serpihan2 tu kena cermin yang buat leh pecah tu
    apa2 pun nasib semuanya selamat
    ada hikmah tu

    BalasPadam
  6. ray pun oenah kene cmni. tetiba je crack padahal kt traffic light time tu.

    BalasPadam
  7. Cermin kereta sy pernah jd macam nih kak..puncanya kena batu dari lori..makin hari makin merebak retaknya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat