assalamualaikum semua, aku baru je balik dari sukan jabatan yang baru je berakhir hari Selasa baru ni.. setelah kami pulun berlatih batu seremban sebelum ni sehinggalah sukan DVS atau Department of Veterinary Services yang banyak meninggalkan kenangan.. meh la aku ceritakan cerita di sepanjang sukan DVS kali ni.. sebab yang tahun 2016 tu aku tangguh-tangguh sampai terus tak tercoret kenangan pada waktu tu..
Sukan DVS 2018 dalam kenangan |
sukan kali ni dianjurkan di Kelantan.. satu lagi negeri di Pantai Timur.. kami di Pahang ni telah disediakan bas yang disumbangkan oleh SUK Pahang.. bas baru lagi tu.. MB pun belum rasmi katanya.. alhamdulillah rezeki kami dapat berjalan dengan bas baru.. eh sebelum tu kami ada hari pengumpulan untuk penyerahan watikah dari Pengarah Negeri untuk membawa amanat negeri untuk berjuang di Sukan DVS kali ni.. penyerahan diadakan pada hari Khamis.. siap dengan sesi ambil gambar semua wakil sukan kali ni..
selepas tu, kami bergerak dari Ibu Pejabat DVS Negeri Pahang pada pagi Sabtu 3 Februari 2018 dengan penuh harapan.. aku tinggalkan jugak adik hadi yang sedang menangis sebab nak ikut ummi naik basa waktu tu.. sayu jugak rasa hati tapi apakan daya.. ada tanggungjawab perlu digalas..
adik hadi dah mula nak menangis |
hari pertama, hari sabtu tu kami belum ada perlawanan bagi sukan batu seremban.. tapi kami hadirkan diri jugak di gelanggang perlawanan untuk tengok tempat dan kumpulan lain yang bertanding.. ada la buat latihan sikit.. keesokkan harinya ada majlis perasmian dan perarakkan bagi semua kontinjen dari semua negeri yang bertanding.. agak meriah diselingi dengan senam aerobik dari negeri penganjur..
dan kami terus ke tempat perlawanan selepas itu sebab perlawanan akan diadakan pada jam 12 tengahari.. perlawanan pertama kami menentang Pasukan dari Negeri Perlis.. malangnya kami tewas dengan 12 berbalas 4 mata.. entah kenapa semua pemain macam hilang arah pulak kali ni.. mungkin disebabkan antara kami ramai pemain baru.. aku je pemain lama.. tapi entah kenapa bila bertembung dengan juara batu seremban pada tahun 2016 dulu ni kami jadi gugup.. huhu..
perlawanan kemudian pula kami menang tanpa bertanding dengan pasukan dari Johor kerana mereka tidak dapat hadirkan diri hingga ke saat akhir.. secara tak langsung melayakkan kami ke suku akhir tapi akhirnya kami tewas jua dengan pasukan dari Putrajaya.. nampaknya tak dapat nak mengekalkan kedudukan di tempat keempat yang dimenangi pada tahun 2016.. bila acara dah habis pada hari ahad tu aku tetap kena tunggu sehingga hari rabu pagi untuk balik semula ke Kuantan sebab kami naik bas..
pasukan penyokong yang ada dimana-mana saja.. haha |
jadi kami habiskan masa untuk menyokong semua perlawanan yang melibatkan pasukan dari Pahang.. cuma hari terakhir je bila dah takde pasukan yang nak disokong dari Pahang, aku tempelkan diri untuk sokong pasukan bola tampar dari Perak dan jugak Terengganu.. yang pastinya sukan kali ni meninggalkan kenangan.. mungkin jugak aku akan datang lagi dalam sukan yang akan datang.. dan mungkin jugak tak akan hadir dah lepas ni.. masa je menentukan..
Ceritaita
lama dah tak rasa benda2 macam nih
BalasPadamhehe
Seronoknya mesti dgn penuh semangat kesukanan korang kan
BalasPadamxde rezeki nak jumpa k.ita..huhu
BalasPadamray suke event cmni. its fun
BalasPadamWah nampak meriah dan semangat masing masing kan.
BalasPadam