Borong ikan murah di Pasar Basah Rengit - Cerita Ita                                                             Borong ikan murah di Pasar Basah Rengit Langkau ke kandungan utama

Borong ikan murah di Pasar Basah Rengit

assalamualaikum semua,  kami masih kat kampung lagi ni.. kat johor.. dari Melaka aritu kami terus balik ke Johor pulak..  dah alang-alang cuti sekolah kan.. dan semalam kami pergi borong ikan murah di Pasar Basah Rengit pulak..  kebetulan masa balik hari tu kami lalu jalan biasa dari Melaka.. nampak banyak gerai jual durian di sepanjang jalan.. rupanya baru tau yang tengah musim durian di sekitar Muar dan Melaka ni.. tapi kami tak lah singgah sebab hari pun dah makin malam.. 

hasil kami borong ikan murah di Pasar Basah Rengit


kononnya nak datang balik semalam untuk jalan-jalan ke Muar pulak tapi tak kesampaian pulak.. semalam kat Kluang, panasnya sampai tak boleh nak buat apa dah.. makan pun tak lalu jadinya.. panas terik.. jadi rasa malas pulak nak le mana-mana jadinya.. tapi bila dah petang tu dalam pukul 4 macam tu baru terasa nak bergerak ke mana-mana.. jadinya tetiba la jadi plan nak ke Pasar Basah Rengit.. yang bestnya abah pun nak pergi.. yeay! 

seronok dapat berjalan dengan dua orang ni - abah bertongkah pun jadi.. hihi


sejak abah tak berapa sihat ni macam tak berapa best bila nak ke mana-mana sebab abah tak larat sangat nak bergerak.. tapi tetiba bila abah kata nak pergi sama semalam, rasa seronok pulak.. kami pun gerak dari rumah dah dalam pukul 5 lebih macam tu.. sampai Pekan Rengit dalam pukul 6.15 petang macam tu.. ada 2 jalan nak ke Pekan Rengit ni sebenarnya.. ni kalau jalan dari Kluang la.. satu jalan dari Kluang ikut laluan Air Hitam ke Parit Botak terus ke Rengit..  satu lagi laluan Simpang Renggam hala ke Benut dan Rengit.. aku semalam masa datang ikut laluan kedua tu.. lagi dekat la aku rasa sebab jalannya lebih elok.. masa balik aku ikut laluan pertama sebab nak singgah bandar Kluang.. laluan Parit Botak tu agak tak molek.. perjalanan jadi lambat sikit.. 

pasar basah rengit..  ada pasar tetap yang dalam proses pembinaan lagi


ok, apa je kami buat kat Rengit ni?  kalau nak tau pekan Rengit ni terkenal dengan jualan perabut terpakai yang dibawa masuk dari Singapura.. ada yang masih elok dan agak mahal.. ada yang elok dan harga berbaloi.. kena pandai pilih la.. tapi kalau sesiapa yang cari barang antik lama-lama memang sesuai la ke sini.. kami pulak sebenarnya datang ni nak cari ikan dan bahan basah lain.. dan kebetulan kami datang hari Khamis malam Jumaat.. dan memang ada jualan bazaar karat di pekan ni..  betul-betul di bertentangan dengan jalan masuk ke pasar basah Rengit ni.. macam-macam ada dijual di sini.. 

bazaar karat Rengit

bazaar karat Rengit

bazaar karat Rengit


awalnya tadi kami dah borong ikan kat pasar basah Rengit.. kami dapat ikan pari besar.. seekor cuma RM20, selonggok ikan pari dan tuka dalam 4 ekor cuma RM5, udang RM12 sekilo,  sotong katak RM9 sekilo,  ikan duri RM8 sekilo kalau tak salah.. lupa pulak harga ni..,  ikan gelama kami borong longgok je.. bercampur dengan ikan lain cuma RM15, banyak lagi la jenis ikan.. ikan senangin,  ikan baji,  ikan manong,  ikan mata besar,  ikan bulus,  ikan apa lagi ntah.. banyak tau.. kami borong dengan harga RM20 je satu tong campur-campur siap dengan tong polisterine putih tu dibagi sekali.. hahaha.. belum lagi kira kerang yang dekat 8 kilo dengan harga RM2.50 je sekilo.. macam syurga dunia dah.. haha.. puashati betul la.. 

sebahagian kerang yang dikendurikan hehe


satu nak kongsikan macamana nak dapat harga murah macam kami..  kena tunggu masa pasar basah ni dah nak tutup tau.. dalam pukul 6 lebih ke atas tu ya.. kalau tak harganya masih macam biasa jugak la..  alhamdulillah senang hati je sejak malam tadi kami berkenduri kerang.. tak sempat bershellout lagi dah.. hehehe.. ni pun kami dalam perjalanan jalan-jalan cari makan jugak ni.. nantikan ceritanya dalam Ceritaita lagi ya.. harap ada yang sudi baca.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. Rengit ni kg arwah mk pak akak.... Kg akak lh juga. Part ikan memang mewah masa duk kg dulu.Seronok kn murah sngat kalau dh petang kala.

    BalasPadam
  2. Wow. Bestnye blk kampung. Msk ramai2

    BalasPadam
  3. Abah konnampak just ita wpun Bertongkqt.. X penah smpai sini lagi la ita.. mmg nampak Segar semua seafood kat sini

    BalasPadam
  4. Wahhh seronoknya nampak segar2.. Sedapnya nampak kerang tu.. Rebus kerang ratah je mesti sedapkan.. Haihhh balik rse nak buat lah.

    BalasPadam
  5. Salam pada penulis blogger kongsi pengalaman ke pasar basah sg.rengit.petikan diatas si penulis ada ada menyatakan harga ikan pari tuka serendah 4 ekor rm5 amat mengujakan saya.Soalan saya bagaimana saya nk dapatkan contact number peniaga2 di pasar basah sg. Rengit itu ya??.saya seorang peniaga ikan bakar di bandar putra kulai. Saya sedang mencari peraih yg blh dptkan bekalan ikan pari tuka.Harap dapat bantuan pada penulis blogger dan pembaca2 di blogger Ini.. Moga urusan saudara/saudari juga akan Dipermudahkan. Terima Kasih.. Assalammualaikum..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat