Menginap di Grand Sentosa Hotel JB - Cerita Ita                                                             Menginap di Grand Sentosa Hotel JB Langkau ke kandungan utama

Menginap di Grand Sentosa Hotel JB

assalamualaikum semua,  minggu lepas aku ke JB atas urusan audit ISO 17025.. jadi aku sempat la survey beberapa hotel di Johor Bahru yang sesuai untuk menginap dalam tempoh 2 malam.. disebabkan aku pergi ni atas urusan kerja dan cuma datang seorang diri jadi antara kriteria yang aku cari tentunya hotel yang harganya bawah RM100, tempat yang selesa dan lokasi yang sesuai.. akhirnya aku pilih untuk menginap di Grand Sentosa Hotel JB.. kenapa aku pilih ni?  Jom baca! 

Hotel Bajet JB
Menginap di Grand Sentosa Hotel JB


lepas aku survey tu aku jumpalah beberapa hotel yang berada dalam bajet.. tapi masa tu konon nak buat pembayaran melalui LO.. maklumlah gaji bulan 3 agak jauh beza hari dari gaji bulan 2 aritu.. jadi selagi boleh berjimat dari gunakan duit sendiri,  cubalah aku nak berjimat jugak.. tapi akan daya bila ada masalah pulak yang tak dijangka dengan sistem pembayaran yang baru ni akhirnya aku terpaksa tempah sendiri jugak.. 

jadi pilihan aku adalah gunakan aplikasi hotel dalam hp aku ni.. ada pulak kawan yang bersekali buat audit datang dari Pulau Pinang ajak aku untuk duduk satu hotel dengan dia.. dia cadangkan untuk kami menginap di Grand Sentosa Hotel di Johor Bahru ni.. aku mulanya macam was-was jugaklah pasal nama tu macam asing je.. kami biasanya duduk hotel lain di JB ni.. tapi aku cuba jugaklah.. setelah meninjau melalui aplikasi, aku akhirnya pilih Agoda yang menawarkan lebih murah dari satu lagi aplikasi hotel dalam hp aku ni.. aku dapat harga RM90.31 semalam dengan sarapan untuk 2 orang.. murah kan?  harga hotel ni kalau rate walk in ialah serendah RM150 semalam.. ada jugak pilihan bilik family dengan harga berbeza macam kat bawah ni.. 

Harga Bilik biasa  di Grand Sentosa Hotel JB

Jenis bilik terdapat di Grand Sentosa Hotel JB


bilik dia pulak tak mengecewakan tau.. bilik yang agak luas.. kiranya kalau macam kami yang selalu bercuti ke mana-mana bawak anak-anak sekali ni memang agak selesa la.. ada disediakan tv dengan siaran astro yang utama macam HBO.. disediakan jugak kemudahan meja tulis, plug yang banyak dan jugak fasiliti untuk buat air panas dan disediakan kopi 3 dalam satu.. 

Lobby Hotel di Tingkat 2

Gambar dalam Bilik Hotel 

Gambar dalam bilik hotel

kemudahan dalam bilik hotel


eh wifi kat Grand Sentosa Hotel ni pun ada disediakan tau.. dan agak laju pulak tu.. senang je hati aku layan astro go dan youtube.. bilik air pun bersih dan selesa.. dan masa aku booking tu aku siap tulis catatan nakkan non-smoking room.. memang itu pun antara kriteria yang aku akan tulis tiap kali tempah hotel.. dan nak tau tak?  hotel ni sediakan zon yang berbeza untuk non-smoking room tau.. saya suka sangat!

bilik air di Grand Sentosa Hotel JB

bilik air di Grand Sentosa Hotel JB

bilik air di Grand Sentosa Hotel JB


non-smoking zone


cuma ada dua la kelemahan Grand Sentosa Hotel ni.. cuma ada 3 lif di tengah bahagian bilik lorong bilik hotel.. dan kalau dapat bilik hujung macam yang aku dapat makanya korang kena bersedia menapak dari lif ke bilik hotel.. kiranya orang nak kurus ni memang sesuai la.. dan satu lagi kelemahan hotel ni ialah kemudahan menggosok dia berada di bahagian luar bilik dan perlu dikongsi bersama.. hanya ada satu je pulak di sepanjang koridor bilik hotel dia.. jadi agak jauh jugak dengan bilik aku duduk tu.. kira-kira macam 200 meter gak la.. mungkin masa tempah boleh tulis request berdekatan dengan lif agaknya lepas ni.. 

jarak dari sebelah kiri selepas keluar dari lif hotel..
(bilik aku yang 4 bilik terakhir tu) 


sarapan kat hotel ni pulak pada aku berbaloi sangat dengan harga.. tapi kena tengok jugak korang tempah dengan aplikasi Agoda dalam hp atau melalui web ya.. sebab harga dia ada beza.. kawan aku tempah melalui web tu dapat harga RM95 tanpa sarapan.. meh la kita tengok sarapan yang ada restoran yang menghidangkan sarapan di Grand Sentosa Hotel JB ni.. 

restoran menghidangkan sarapan pagi di Grand Sentosa Hotel JB

Restoran di Grand Sentosa Hotel JB

Restoran di Grand Sentosa Hotel JB

Ruangan air

tempat telur atau sup

sarapan hari pertama - ada nasi lemak dan mee goreng mamak jugak

sarapan hari kedua

restoran mempunyai sijil halal dan Type A

Restoran di Grand Sentosa Hotel JB


dari segi lokasi pulak Grand Sentosa Hotel JB ni terletak dalam bangunan yang sama dengan Plaza Sentosa di Taman Sentosa JB.. kawasan ni cukup lengkap dengan kemudahan kedai serbaguna dan kedai makan.. ada jugak Gerai Makan Bubur No 1 Istimewa JB.. aku dah pergi, nanti aku ceritakan ok.. terdapat jugak gerai makanan lain termasuk sate, dihidangkan di gerai makanan ini.. dan pada aku lokasi dia agak strategik sebab kalau aku nak ke tempat kami nak audit di Kawasan Perindustrian Tampoi JB tu cuma ambik masa selama lebih kurang 15 minit dengan tak menempuh kesesakkan dalam JB.. best kan?

lokasi Grand Sentosa Hotel JB


Keseluruhannya aku berpuashati tinggal di Grand Sentosa Hotel JB ni.. Lepas ni boleh masukkan Grand Sentosa Hotel dalam list penginapan bajet di JB.. 

nampak tak itu muka ada senyum?  


Ceritaita



Ulasan

  1. Berbaloi tu Ita. Bilik cantik, breakfast pun boleh tahan.

    BalasPadam
  2. saya pernah menginap kat hotel ni masa nak gi USS beberapa tahun lepas..okey la hotel dia..dlm pasaraya..nk beli brg pun senang..

    BalasPadam
  3. Ok juga...
    ok boleh masuk dlm list...

    BalasPadam
  4. Murah sangat ni kak..berbaloi rasanya

    BalasPadam
  5. Berbaloi lah dgn harga k.ita. Bilik nampak cantik & selasa, makanan pun nampak sedap.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat