Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka - Cerita Ita                                                             Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka Langkau ke kandungan utama

Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka

assalamualaikum semua, cuti sekolah baru ni ada rezeki untuk bawak keluarga ikut sekali masa aku berbengkel untuk penulisan saintifik di Melaka.. kali ni kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka.. alhamdulillah sangat puashati bila menginap di sini..

Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka


hotel ni berada betul-betul di tengah Bandar Melaka.. atau dipanggil Melaka Tengah.. lokasinya terletak bersebelahan dengan Kampung Morten yang merupakan salah satu daripada tarikan di negeri Melaka.. ada banyak kemudahan di hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belah besar iaitu The Shore..  kiranya hotel ni memang berada di lokasi sangat strategik la..

Swiss Garden Hotel Melaka


biliknya agak luas dan sangat selesa untuk kami sekeluarga.. maklumlah kalau ada 4 orang anak yang masih kecil kami masih tak boleh nak tempah bilik lain untuk anak-anak.. masih risau dengan keselamatan anak-anak kalau berlainan bilik.. jadi jalan selamat ialah cari hotel yang ada bilik besar dan selesa.. dan Swiss Garden Hotel Melaka ni memenuhi keperluan kami..

Swiss Garden Hotel Melaka

Swiss Garden Hotel Melaka

Amboi santai model kita ni.. hehe


katilnya bersaiz besar dan boleh sangat nak digunakan untuk 2 orang dewasa bersaiz sederhana macam kami untuk tidur sekali.. selesa la anak-anak tak perlu nak minta tambahan katil.. yang penting kebersihan bilik serta katil sangat baik..

Ada cermin tapi boleh tutup langsir tu

Toiletries

Shower

Saliran udara


bilik air pulak lengkap dengan kemudahan toiletries siap ada berus gigi, air panas dan shower yang besar.. puas nak mandi.. cuma satu je pasal bilik air ni.. exhaust fan untuk bilik airnya tak berapa kuat,  jadi kalau ada sesiapa yang baru menunaikan hajat besar.. baunya akan agak mengganggu orang lain di dalam bilik yang sama.. ambik masa agak lama jugak baru bau akan hilang..

Permandangan dari balkoni luar


Permandangan dari balkoni luar
kemudahan lain dalam bilik pun agak memuaskan.. ada peti sejuk dan tv berserta siaran astro yang berfungsi dengan baik.. dan cerek elektrik serta peralatan membuat air.. ada juga disediakan seterika dan papan alas.. kemudahan wifi pun agak bagus di hotel ni.. yang paling menarik di hotel ni ialah adanya balkoni yang boleh kita duduk untuk tengok permandangan di luar.. kami boleh nampak dengan jelas Selat Melaka dari hotel.. dan suis pendingin hawa akan automatik terpadam kalau kita buka pintu ke balkoni.. mungkin ada sensor penjimatan elektrik agaknya..

sarapan di hari terakhir

sarapan di hari terakhir..


kami sempat juga bersarapan setiap pagi bersama kerana termasuk di dalam harga bilik tapi kami kena tambah untuk bayaran makan anak.. seorang anak dikenakan bayaran RM18 untuk sarapan pagi.. tapi aku rasa sangat berbaloi dengan variasi serta kualiti makanan yang disediakan.. makanan sangat sedap dan banyak pilihan.. sambil dapat tengok permandangan di sekitar Kg Morten dan Sungai Melaka.. kiranya puashati la dengan bayaran tambahan tu..

gymnasium







banyak aktiviti boleh dibuat di hotel ni termasuk mandi mandi di kolam renang hotel yang agak luas dan jugak bersenam di gym.. tapi waktu kami pergi ni kami lupa bawa kasut sukan dan peraturan gym tak membenarkan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun untuk masuk.. kecewa jugaklah tak dapat mengunakan gym.. ada juga disediakan bilik sauna secara percuma untuk sesiapa yang menginap di sini.. tapi disebabkan masa yang aku ada agak terhad jadi tak sempat juga nak merasa bersauna.. semua kemudahan ni berada di tingkat 9 hotel..

restoran di tingkat 41

permandangan dari restoran di tingkat 30


yang uniknya hotel Swiss Garden Hotel Melaka ni ialah mereka ada restoran yang berada di 2 menara mereka.  satu di tingkat 30 dan satu lagi di tingkat 41.. kami cuma sempat meninjau yang berada di tingkat 30 tu je.. yang di tingkat 41 tu kami tak pergi.. hanya ada gambar dari bilik kami je sebab kami gayat.. haha..

kemudahan tempat letak kereta juga disediakan percuma dan kalau nak berjalan ke Pirate Park pun tak berapa jauh..  juga kalau nak naik River Cruise Melaka.. cuma kami je yang tak sempat nak naik disebabkan kepadatan jadual aku masa tu.. kalau tak mau bergerak jauh dari hotel.. boleh juga ke Akuarium, Toy Museum dan 3D Interactive Park yang berada hanya di The Shore..  tapi kami tak pergi semua tempat tu.. nanti aku cerita kat entri lain ya..

Ceritaita

Ulasan

  1. Bila bercuti sekali sekala ni anak-anak yang penting kan..asalkan diorang happy cukup la..boleh tahan hotel swiss garden ni..berapa harga untuk semalam?

    BalasPadam
  2. @Amanda Suria kalau kat agoda harganya masa cuti sekolah aritu rm195 kak.. kalau hari biasa dalam rm160-170

    BalasPadam
  3. Puashati kan dengan bilik nie, besar dan ada kemudahan semua. Pulak tu dekat dengan tempat menarik yang lain kan Ita..

    BalasPadam
  4. Nampak selesa keluarga Ita menginap disitu... Sesuai sangat family ramai seronok anak-anak dengan segala kemudahan yg ada

    BalasPadam
  5. lupa nak info kami pon pernah stay dekat situ... memang best sangat panorama memang menarik...

    BalasPadam
  6. Wah segalanya best lah kat sini. Dari bilik sampai ke makanan Dan pool semuanya best la ita

    BalasPadam
  7. Puas hati sangat dapat bilik besar dan selesa macam nih kak..memang terpeap duduk dalam bilik saya kalau bilik macam nih..hahaha

    BalasPadam
  8. Ana pernah stay sekali dkt sini. Memang bilik dia besar dan selesa sgt. View pun cantik sebab masa tu tu menghadap sg melaka. Nampak lah river cruise lalu.

    BalasPadam
  9. wowww banyak komen bilik best and besar.. next time lehh bwk family ke sini pula :D
    follow sini #597

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat