Simpan RM500 boleh dapat percuma RM500?
assalamualaikum semua, baru ni kan kawan-kawan kat group whatsapp ada sibuk-sibuk cerita pasal Simpan RM500 boleh dapat percuma RM500 di SSPN1M.. menarik je bunyinya kan.. mana taknya.. simpan RM500 boleh dapat percuma RM500 lagi.. jadinya boleh dapat RM1000 untuk keseluruhan simpanan.. bila aku baca pasal ni terus aku nak tau lanjut macamana boleh dapat percuma dan apa syarat yang SSPN1M nak.. kalau melibatkan kebaikkan pada anak-anak, yang ni sebagai ibubapa haruslah kena ambik tau.. korang dah tau belum? kalau belum meh la terus baca..
Simpan RM500 boleh dapat percuma RM500? |
dulu masa PTPTN diperkenalkan aku macam tak ambik tau sangat sebab aku rasa aku tak perlukan.. tapi sejak 1 Januari 2012 bila diletakkan syarat yang mana semua pelajar yang nak memohon tajaan pendidikan dari PTPTN diwajibkan untuk mempunyai akaun SSPN1M-i dengan simpanan minima yang ditetapkan oleh PTPTN terus aku ambik tau la apa dia SSPN1M-i ni.. sebenarnya SSPN1M-i ni ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M-i).. tapi kita lebih kenal dia dengan nama SSPN je sebelum ni.. ni kira penjenamaan semula la.. dan ianya merupakan satu skim simpanan khas yang diwujudkan untuk tujuan pendidikan tinggi.. skim ni patuh syariah dan pendeposit secara tak langsung melantik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menguruskan deposit yang ada dalam skim ni untuk tujuan perlaburan.. ada banyak jugak manfaat lain tau.. perlindungan takaful sehingga RM1,000, khairat kematian untuk pendeposit, pasangan dan 3 orang anak.. kiranya kalau kita menyimpan di SSPN1M ni, simpanan tu terjamin untuk kegunaan anak-anak di masa hadapan.. korang boleh tengok jugak kelebihan menyimpan kat dalam gambar kat bawah ni..
kelebihan menyimpan di SSPN1M-i |
dan disebabkan kepentingan masa depan anak-anak dan keperluan pendidikan anak-anak nanti kami dah buat pun akaun untuk anak-anak yang tengah bersekolah sekarang ni.. nak buat akaun sekarang ni dah senang sangat.. kalau dulu memang nak kena pergi ke PTPTN untuk uruskan kan.. tapi sekarang ni jauh mudah.. macam kami, untuk akaun anak-anak kami buka dan daftarkan di sekolah je bila ada kakitangan dari PTPTN yang datang ke sekolah.. tulis borang dengan butiran yang perlu dan terus diuruskan oleh kakitangan pada masa tu jugak.. kalau sekarang ni lagi mudah sebab korang boleh pergi je ke Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank untuk bukak akaun.. yang ni prosesnya lebih cepat dari daftar di sekolah macam aku cakap tadi.. meh la aku senaraikan cara nak buka akaun SSPN1M-i ni.. boleh pilih semua cara yang ada kat bawah ni.. :
Pembukaan akaun SSPN1M-i boleh dibuat melalui cara berikut:
- Pembukaan akaun secara online. SSPN1M.com.
- Kaunter PTPTN
- Kaunter ejen SSPN1M-i
senang sangat nak buat sebab cuma borang pembukaan akaun je diperlukan untuk pembukaan akaun baru di SSPN1M-i.. tapi korang kena pastikan buka akaun hanya dengan kakitangan atau kaunter ejen yang dilantik je tau..
salah satu yang best pasal menyimpan di SSPN1M-i ni sebenarnya ialah sebab boleh dapat pelepasan cukai.. sekarang ni pulak tengah sibuk pasal pengisian e-filing untuk cukai pendapatan kan? ada sesiapa dah isi e-filing? kalau sesiapa yang biasa isi e-filing tiap tahun mesti korang akan nampak ada satu ruangan untuk simpanan di SSPN1M tu kan? haa.. ini yang paling aku suka.. mana nak cari tempat korang boleh buat simpanan untuk anak-anak dan kemudiannya akan dapat pengecualian cukai kan? banyak pulak tu.. korang boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM6,000 bergantung dengan jumlah simpanan pada tahun semasa tau.. pada aku pelepasan cukai macam ni sangat bagus dan secara tak langsung boleh la menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk pendidikan tinggi anak-anak..
kami jadikan simpanan ni sebagai tabungan untuk anak-anak |
Lepas tu ada pulak diperkenalkan insentif untuk sesiapa yang menyimpan dalam SSPN1M ni tau.. insentif ni dipanggil Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500.. haa.. ini yang kena dengan tajuk ni sebenarnya.. dan ini jugaklah yang dibincangkan oleh kawan-kawan aku di group whatsapp baru ni.. ini yang dengan senang hati aku nak kongsikan dengan korang semua.. mulai 1 Januari 2018 baru ni, sesiapa yang membuat simpanan bersih sejumlah RM500 pada tahun 2018, layak mendapat insentif GS500 ni.. bermakna korang boleh dapat RM500 percuma dengan simpanan bersih sejumlah RM500 dalam tahun 2018.. pemberian insentif ni bergantung kepada RM250 juta atau 500,000 akaun terawal sahaja.. dan duit tu akan masuk pada bulan yang sama bila simpanan cukup RM500.. ada jugak syarat yang lain tau.. mesti dah mempunyai akaun SSPN1M dan mestilah berumur antara 7 hingga 12 tahun pada tahun 2018 ni.. kiranya penerima insentif ni kena anak yang sedang belajar di sekolah rendah la ni.. elok sangat la ni untuk abg long, abg ngah dan kakak husna..
syarat Insentif Geran Sepadan RM500 atau GS500 |
Ada satu lagi yang aku rasa aku patut kongsikan.. tentunya benda baik ni.. selain perlindungan takaful, khairat kematian, pelepasan cukai dan pemberian insentif tu ada satu lagi yang menarik tengah berlangsung sekarang ni.. Go Cashless & Win iaitu cabutan bertuah bulanan.. yang ni sebenarnya kempen untuk galakkan pendeposit menabung secara dalam talian.. terbuka untuk semua peminjam PTPTN atau pendeposit SSPN1M yang membuat transaksi secara dalam talian sekurang-kurangnya RM100 bersamaan dengan satu cabutan.. hadiah bulan kad petrol sebanyak RM500 dengan hadiah keseluruhan sehingga RM100,000 tau!
Hadiah disediakan bagi dua kategori cabutan seperti berikut :-
Kategori Bayaran Balik Pinjaman
- 20x Kad Petrol bernilai RM500 setiap bulan
Kategori Deposit SSPN1M
- 20x Kad Petrol bernilai RM500 setiap bulan
Peraduan ni sedang berlangsung dari Februari 2018 hingga Jun 2018 ni.. jadi kalau korang nak merasa jadi pemenang boleh la cuba jugak buat deposit secara online.. #OnlineLagiSenang.. nak tau lanjut pasal ni boleh klik Go Cashless & Win ok..
Go Cashless & Win |
Banyak manfaat dari menabung di SSPN1M ni.. nak deposit secara online pun boleh.. semuanya untuk memastikan anak-anak kita dapat semua manfaat dan kemudahan di hari muka.. jadi buat korang, janganlah tunggu lagi.. jom menabung!
Ceritaita
Untungnya ita.. simpan duit dpt lagi duit
BalasPadamBagus ye boleh menabung serendah rm30 je sebulan. Tak lah rasa terbeban pada ibu bapa. Penting menabung ni utk anak2.
BalasPadamBagus lah kak sspn ni ya utk masa depan anak.
BalasPadamBagus sungguh ada info macam ni... untuk hebahan pada parents semua... berkenaan SSPN
BalasPadam