Bermusafir hadiri Bengkel Penyediaan Protokol Veterinar Malaysia - Cerita Ita                                                             Bermusafir hadiri Bengkel Penyediaan Protokol Veterinar Malaysia Langkau ke kandungan utama

Bermusafir hadiri Bengkel Penyediaan Protokol Veterinar Malaysia

Bermusafir hadiri Bengkel Penyediaan Protokol Veterinar Malaysia 

assalamualaikum semua,  sejak dari semalam aku bermusafir lagi.. kali ni ke Putrajaya lagi untuk hadiri bengkel penyediaan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) .. tajuk aku kena buat kali ni ialah Bovine Viral Diarrhoea atau BVD.. dulu pernah sertai sekali bengkel yang sama dan masa tu dibuat di Tanjung Piai, Johor.. kali ni dibuat di Putrajaya pulak.. aku menginap di Bangi sepanjang bengkel ni.. 

Bermusafir hadiri Bengkel Penyediaan Protokol Veterinar Malaysia 


Bermusafir hadiri Bengkel Penyediaan Protokol Veterinar Malaysia 

aku akan tinggalkan keluarga sampai hari Khamis ni insyaAllah..  korang bantu doakan semua urusan aku kat sini dan keluarga yang ditinggalkan tu dipermudahkan ya.. bukan apa.. bila umur makin meningkat aku rasa kadang-kadang sangat lelah bila kena kerja luar macam ni.. ye la.. umur aku akan genap 40 tahun depan.. dah cecah umur pertengahan dah pun.. kalau ikut umur Nabi Muhammad SAW tinggal tak sampai pun 20 tahun lagi nak hidup.. itu pun kalau panjang umur kan.. 

aku sekarang ni menginap di 9 Square Hotel kat Bangi... nanti la aku ceritakan pasal hotel ni.. ok jugak la menginap kat sini untuk tujuan kerja camni.. agak berbaloi harga yang dibayar... ok la aku nak gerak cepat jap lagi.. kena bersiap dulu ni.. semoga hari korang jugak lebih baik hari ni.. 

Ceritaita


Ulasan

  1. tu yang kita dapat jumpa kan...

    harap dapat jumpa lagi di acara yang lain..

    BalasPadam
  2. Selamat berkenaan Dan menimba ilmu ita

    BalasPadam
  3. Peluang kerja kat Putrajaya nie lah kita dapat jumpa kan Ita. Memang pun, bila umur dah meningkat nie memang cepat letih sikit.. Tak boleh lasak macam muda dulu dah.. hehehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...