Selamat dah seorang lagi adik! - Cerita Ita                                                             Selamat dah seorang lagi adik! Langkau ke kandungan utama

Selamat dah seorang lagi adik!

assalamualaikum semua, hai korang.. lamanya aku tak update blog ni.. dah bersawang dah pun.. banyaknya dugaan sejak akhir-akhir ni.. belum lagi dengan adegan berebut hp dengan anak-anak bila sampai rumah.. makanya blog ni la jadi mangsanya.. lama tak berupdate.. padahal punya la banyak aku nak ceritakan kat blog Ceritaita ni.. aku lompat je la pada cerita terbaru ya.. baru ni kami balik kampung untuk meraikan majlis perkahwinan adik lelaki aku yang terakhir berkahwin.. alhamdulillah selesai dah majlisnya hari Sabtu lepas..

selamat pengantin baru Alang! 


adik aku ni kalau ikutkan bukanlah yang bongsu lelaki.. yang bongsu lelaki dah ada anak dah pun.. dah nak masuk 3 orang anaknya.. tapi mungkin sebab perwatakan dia yang agak pemalu tu la lambat sikit bertemu jodoh.. tapi apapun aku syukurlah.. dah selamat kesemua 5 orang adik beradik lelaki dan seorang perempuan.. cuma tinggal adik perempuan kami yang bongsu je sekarang ni masih membujang tu.. itu pun masih setia menjaga mak abah.. salute la dik!

meh sambung cerita hal kahwin aritu la.. kami balik dari Kuantan pada malam hari Khamis jadinya anak-anak terpaksa dicutikan pada hari Jumaat lepas.. sebab akad nikah dijadualkan pada petang hari Jumaat.. ginilah kalau cuti tak sama pada setiap negeri.. aku doalah akan datang semua negeri akan ada cuti hujung minggunya pada hari yang sama.. senang sikit urusan apa-apa pun.. kami sampai rumah mak abah dalam pukul 2 pagi.. dan keesokkannya jam 9 lebih kami dah bertolak ke rumah Alang kat Felda Air Tawar 5.. selesai solat Jumaat kami bertolak ke rumah pengantin perempuan di Felda Lok Heng Timur untuk majlis akad nikah..


kami berarak di tengah panas terik.. 


majlis nikah tu berlangsung dengan baik sebab cuma sekali lafaz je secara rasminya adik kami dah menjadi suami orang.. alhamdulillah.. terjalinlah ikatan suci antara Alang dan Zai.. banyak gak gambar waktu nikah tu.. tapi aku selit mana yang patut je la ek..








akhirnya selesai.. 


selesai nikah, kami dijamu dengan makanan yang sedap.. banyak tau lauknya.. macam-macam ada.. lepas majlis akad nikah kami terus ke rumah homestay yang tak jauh dari situ tapi disebabkan rumah tu agak kecik untuk ahli keluarga kami yang ramai ni,  kami bertukar ke homestay yang lain pulak petang tu jugak.. alhamdulillah homestaynya lebih selesa.. homestay kami terletak di Felda Lok Heng Barat.. kalau nak tau Felda Lok Heng ni adalah gugusan besar.. ada 4 felda dalam gugusan Lok Heng ni.. Timur,  Barat,  Selatan dan Utara.. tapi serius aku memang tak tau mana satu sempadan sebab macam tiba-tiba je dia beralih dari timur tetiba dah sampai barat.. mungkin sebab aku baru kali kedua datang sini.. tak berapa kenal kawasan sekitar ni..

malam tu pulak ada acara malam berinai.. tapi separuh dari kami je yang mampu pergi.. yang lain dah penat tak larat nak pergi.. aku la antara yang tak larat tu.. malam tu macam biasa ada acara karaoke dan jugak makan sup.. rasa rugi gak tak pergi tapi apakan daya.. letih benar rasa badan dah masa tu..

pagi esoknya kami bersarapan di homestay.. banyak kedai ada di depan homestay ni je.. kedai makan.. kedai baju.. pasaraya.. masjid pun dekat je.. yang bestnya roti canai di Felda Lok Heng Barat ni cuma berharga 70 sen sekeping.. lama dah tak jumpa roti canai murah macam ni.. sedap pulak tu.. ada banyak homestay dan kedai di gugusan Lok Heng ni tau.. aku dapat tau yang Felda Lok Heng memang mengalu-alukan sesiapa yang ada tanah lapang untuk bina homestay dan buat perniagaan apa-apa pun di kawasan hadapan homestay.. bagus betul dia punya perancangan pembangunan ekonomi kan?

pagi tu kami luangkan masa bersama keluarga je.. berbual dan anak-anak habiskan masa bermain bersama-sama..  dah rupa family day dah ni sebab semuanya ada kali ni.. alhamdulillah.. syukur sangat semua dapat bersama kali ni.. raya pun tak macam ni tau.. ye la kadang tu ada yang giliran raya kat rumah mertua jadi memang tak dapat jumpa sekali la macam ni.. jam 2 petang kami bersiap keluar dari homestay untuk majlis persandingan jam 2.30 petang tu jugak.. cantik mempelai hari tu..





kalau ikutkan kesihatan abah dan mak tak berapa baik sekarang ni.. tapi alhamdulillah dapat berkumpul semua anak-beranak macam ni terus nampak semangat abah dan mak macam kuat sikit.. semoga abah dan mak terus sihat hendaknya.. gambar kat pelamin tu tak muat.. tu pasal kena bagi 2 versi tu.. ada versi generasi kedua dan ketiga tu.. hahaha

buat pasangan pengantin,  semoga dipermudahkan menjalani ujian kehidupan yang baru bersama dan dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat.. amin..

Ceritaita


Ulasan

  1. Alhamdullilah, tahniah pengantin n kakak pengantin..

    BalasPadam
  2. Meriahnya suasana majlis kt kampung kan...dah lama tak rasa majlis mcm ni sbb x sempat turut serta almaklumlah dgn husabd yg dok kerap outstation .apa2 tahniah Ita dpt adik ipar..😁

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..semoga adik sis bhgia sampai ke jannah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...