assalamualaikum semua, baru ni kami sekeluarga berpeluang merasai suasana berbuka puasa melalui Bufet Ramadan di Hotel Bangi-Putrajaya.. alhamdulillah sangat meriah dan menarik hidangan yang disediakan.. kami sangat seronok sebab satu keluarga dapat menikmati makanan yang disajikan dengan suasana yang sangat selesa.. dekorasi yang simple tapi menyenangkan mata.. dan yang penting kawasan yang luas dan sangat selesa untuk keluarga besar macam kami ni..
|
Bufet Ramadan di Hotel Bangi-Putrajaya |
kalau korang nakkan suasana berbuka yang selesa dan pilihan makanan yang terbaik aku cadangkan korang cuba tempah bufet ramadan di sini.. hotel ni kalau dari ibu negara Kuala Lumpur tu cuma ambik masa dalam setengah jam perjalanan dengan berkereta dan untuk orang yang berada di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Cheras dan Kajang tu memang sangat sesuai la.. cuma dalam 15 hingga 20 minit je memandu dah boleh sampai..
|
roda berpusing yang istimewa |
|
tengoklah.. bukan roda kosong tapi ada isi tau |
korang patut cuba sebab bufet ramadan di Hotel Bangi-Putrajaya ni menawarkan pelbagai pilihan hidangan dengan cara yang agak unik.. nak tau kenapa aku kata unik? sebabnya kat Funtasia, lokasi bufet ramadan di Hotel Bangi-Putrajaya ni siap ada roda berpusing (Ferris Wheel) yang ada hidangan pembuka yang menyelerakan.. hahaha.. unik kan? selalu korang tengok ferris wheel tu bawak orang je kan.. kali ni dia bawak makanan.. unik tu! Leka la anak-anak aku memilih apa benda diorg nak makan dari roda yang tengah berpusing tu.. memang sangat unik bagi budak-budak.. diorang asyik la duduk situ tak gerak-gerak.. haha..
|
barisan food truck |
ok tak gerak tu aku tipu.. hehe.. pasal diorang asyik la ulang alik ambik makanan yang bermacam jenis dihidangkan kat bufet ramadan di Hotel Bangi-Putrajaya ni.. bayang la ada lebih 200 hidangan tau.. rambang mata dan tekak jugaklah.. tambahan pulak ada gerai yang dibuat stail food truck.. haa.. yang ni menarik jugak.. masuk-masuk je jalan nak ke Funtasia tu korang akan terserempak dengan gerai ala food truck ni dulu tau.. ada food truck sate, Mongolian BBQ, nasi ayam, nasi itik, nasi kandar dan pelbagai sup.. aku haruslah nak cari yang best.. sup kambing!.. eh lupa.. food truck kambing golek pun ada.. memang ni pun yang selalu orang cari kan.. macam syurga pulak bila dapat berbuka puasa dengan kambing golek..
|
food truck nasi ayam dan nasi itik |
|
food truck sup |
|
sup kambing |
|
food truck sate |
|
sate |
|
station kambing panggang |
|
murtabak, roti canai dan nasi kandar |
|
kambing panggang golek |
kalau korang yang suka nasi berlauk.. ada gak disediakan di sebelah dalam Funtasia tu.. ada bermacam lauk kampung disediakan.. bagi yang suka berbuka dengan masakan western atau makanan barat boleh jugak layan set spaghetti bolognese atau cabonara.. pizza pun ada.. kalau anak-anak aku kan ala-ala mat saleh jadinya memang diorang layan sangatlah pizza kat sini.. ada jugak pilihan pelbagai mee dan laksa.. aku suka makanan macam ni kalau berbuka.. simple tapi boleh ulang banyak kali sampai tak sedar tetiba kau banyak makan.. hahaha.. haru wei..
|
nasi goreng seminit siap! yang ni unik.. guna mesin elektrik |
|
pasta |
|
pizza |
|
station mee |
|
rojak pasembor |
|
pilihan nasi |
|
pilihan lauk untuk nasi berlauk |
|
udang butter |
|
laksa penang |
pilihan air pun ada banyak.. tambahan pulak ada pilihan aiskrim, abc dan cendol.. ini memang orang carilah kalau berbuka lelagi kalau tengah musim panas macam sekarang ni kan.. belum lagi dengan pencuci mulut yang lejen macam pulut serawa durian.. yang ni memang payah cari.. tapi aku memang rekemen kalau korang nak buat acara gathering sambil berbuka puasa kat sini sebab kawasan dia yang luas tu.. dapur pulak diiktiraf oleh JAKIM dengan sijil halal, kawasan letak kereta percuma dan kemudahan surau disediakan di tingkat 2 hotel..
|
manisan dan pencuci mulut |
|
pelbagai pencuci mulut lagi |
|
puding roti |
|
station Abc, cendol dan aiskrim |
|
kuih manis dan pelbagai kurma |
|
pilihan kuih-muih |
|
pulut kukus dengan serawa durian |
|
pilihan buah-buahan |
|
pilihan buah-buahan |
sesiapa yang berhajat nak berbuka kat bufet ramadan di Hotel Bangi-Putrajaya ni korang boleh la tempah seawal 24 jam sebelum tarikh yang korang nak pergi tu ya.. nanti boleh dapat harga istimewa RM90 bersih untuk dewasa dan RM45 bersih untuk kanak-kanak.. harga biasa dalam RM120 bersih untuk dewasa dan RM60 bersih untuk kanak-kanak.. kanak-kanak dikira dalam umur 4 hingga 12 tahun..
|
lihat je la muka 2 model gembira ni haha |
dan untuk sesiapa yang suka menderma, satu lagi berita baik buat korang.. Hotel Bangi-Putrajaya dan Funtasia akan terus memberi sokongan terhadap kempen "Care for Hunger" dengan menyumbangkan RM3.50 bagi setiap bayaran iftar dewasa kepada kempen ini.. tahun ni hotel sasarkan menyumbang minimum RM25,000 bersempena ulang tahun ke 10 kerjasama bersama Islamic Relief Malaysia.. hebatkan? boleh sambil menderma di bulan mulia.. Islamic Relief Malaysia pun akan buka booth mereka di tingkat satu nanti..
|
Jom Iftar di Funtasia! |
untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi :
FUNTASIA : 03-8210 2222
email : fb_reservation@hotelbangi-putrajaya.com
Ceritaita
sdapnya..macm2 ada..:)
BalasPadamMacam-macam pilihan kan Ita, tak tau nak pilih yang mana dah. Kuah durian tu memang sedap tau..
BalasPadam