assalamualaikum semua, aku nak cerita pasal sesi gathering ASL warrior di Restoran An Nur's Kitchen, Putrajaya baru-baru ni.. meriah tau.. semua geng ASL Warrior dah cerita pun kat blog masing-masing macam Bonde, Kak SA , Mimi dan blogger Ana Suhana .. yang lain pun akan tulis jugak tu nanti.. korang tunggu la nanti.. sebab memang happening la gathering kami yang pertama ni..
|
Gathering ASL warrior di Restoran An-Nur's Kitchen, Putrajaya - Kredit gambar ke Mimi |
eh ye ke yang pertama.. hahaha.. maaf la bukan yang pertama untuk diorang ahli ASL warrior ni semua tapi sebenarnya lebih kepada yang pertama untuk aku join gathering dengan ahli ASL warrior yang sweet-sweet dan sporting semuanya ni tau.. dan lebih lagi manis sebab kenangan gathering pertama ni kami cipta kat tempat gathering yang best jugak.. tak lain tak bukan di Restoran An-Nur's Kitchen di Putrajaya ni..
|
An-Nur's Kitchen di Ayer@8, Putrajaya |
cakap serius ni tempat ni memang sesuai sangat untuk majlis gathering macam ni tau.. sebab tempat dia tu agak luas dan boleh menampung untuk bilangan yang agak ramai dalam satu-satu masa.. macam kami hari tu ahli je ada 7 orang yang dapat hadirkan diri.. campur dengan anak-anak dan pasangan masing-masing kira lebih 20 orang jugak la masa tu.. bayanglah dengan anak-anak kecik memasing.. kalau tak selesa mau mengamuk jadinya.. sebab tu pemilihan tempat yang luas dan selesa macam di Restoran An-Nur's Kitchen ni amat sesuai.. bukan tu je.. permandangan dari dalam restoran ni pun best tau.. boleh tengok tasik yang sejuk je mata memandang sambil menikmati makanan.. kiranya lokasi restoran ni di Ayer@8 ni memang strategik betul la..
|
ini permandangan dari dalam restoran |
bukan kata tempat yang sesuai je jadi keutamaan bila nak buat gathering macam ni kan.. tentunya yang utama kita nak tengok makanan yang dihidangkan kat situ jugak.. ada banyak tau jenis makanan yang disediakan kat sini.. antaranya masakan panas, masakan thai. masakan barat atau western dan jugak seafood lambak.. meh la aku tunjuk gambar-gambar makanan yang ada.. nak bagi korang panas sikit bulan puasa ni.. hehe..
aku tunjuk dulu pilihan seafood lambak yang ada ya.. korang layan je la..
|
Seafood lambak |
sejujurnya inilah kali pertama kami sekeluarga makan seafood lambak ni tau.. kat tempat lain pun tak pernah lagi cuba.. pernah la ada sekali nak cuba kat mana ntah tapi sebab stok seafoodnya dah habis jadi kami tak la merasa.. lepas tu entah kenapa pulak tak cuba lagi ntah.. tapi bila tengok je persembahan makanan seafood lambak ni aku rasa best pulak nak cuba.. terasa seronok macam makan nasi ramai-ramai je dalam dulang.. dahlah banyak pulak tu pilihan seafood yang ada dilambakkan kat depan mata.. sampai jadi rambang mata tak tau nak makan mana dulu..
|
sedapnya.. korang tak tergoda ke tengok ni? |
kalau nak tau tuan punya An-Nur's Kitchen ni jugak ada satu lagi restoran iaitu SEAFOOD Fanatic yang terletak di sebelah An-Nur's Kitchen ni tau.. restoran ni kiranya dah terkenal jugak dalam menyediakan hidangan seafood lambak di Ayer@8 di Putrajaya ni.. kalau korang google SEAFOOD Fanatic tu mesti akan jumpa.. eh.. meh la aku letakkan harga yang ditawarkan bagi setiap hidangan.. pelanggan boleh pilih ikut pakej apa yang korang nak..
|
Senarai harga Seafood Lambak yang disediakan mengikut pakej |
Ada bermacam menu masakan panas yang dihidangkan tau.. tapi untuk hari istimewa ni kami cuma ambik menu yang betul-betul istimewa je la.. serius tau.. ini memang yang betul-betul istimewa je masuk dalam senarai.. kalau tak caya meh tengok orang pegang udang Lobster kat bawah ni haaa.. istimewa kan..?
|
sedapnya tau.. tak sabar nak makan |
|
tengok depan sambil acah-acah cakap.. kau ada? ;P |
Bukan lobster yang menawan je ni yang ada tau.. ada banyak lagi makanan masakan thai dan masakan panas macam kat bawah ni..
|
Tomyam - wajib kena ada la kan.. |
|
Sotong goreng tepung - sedap tau |
|
Udang masak telur masin - sedap! |
|
kalau takde sayur tak sah kan.. |
|
ikan siakap 3 rasa |
|
Telur bungkus |
|
Harga menu masakan thai |
|
Harga menu masakan thai |
dan kalau ada yang tak berminat dengan konsep Seafood Lambak tapi masih nak makan seafood jangan risau tau.. korang boleh je order yang dalam pinggan.. macam kat bawah ni haa.. masih lagi mengekalkan konsep makan seafood atau makanan laut tapi dalam pinggan la.. tapi jangan risau tau.. langsung tak menjejaskan rasa dia yang tetap sedap..
|
Sotong, Udang, Ketam dan Lala dalam satu pinggan hidangan |
|
Baby Lobster masak butter - sedap dan masih teringat-ingat rasanya |
|
Lobster yang sangat menggoda |
Korang boleh jugak merasa makanan barat kat sini tau.. itulah uniknya An-Nur's Kitchen ni.. semua jenis makanan pun ada.. ada bermacam pilihan.. untuk majlis gathering yang ada budak-budak ni haruslah kena utamakan budak-budak yang ada ni kan.. jadi ada jugak la hidangan tak pedas tentunya dan yang sesuai untuk anak-anak macam kat bawah ni..
|
French Fries, Nugget dan Ayam goreng |
|
Roti John |
|
Fish and chip |
|
Chicken chop |
|
Lamb chop |
|
Spaghetti Cabonara |
|
Harga menu makanan barat |
ada bermacam jenis minuman jugak dihidangkan kat sini.. tapi kami ambik keputusan nak cuba air dalam Jug je untuk kami semua yang ada... senang keja kan.. habis boleh tambah-tambah je..
|
harga air |
seronok tau acara makan beramai-ramai ni.. masing-masing laju je menikmati hidangan sambil kami berborak dan layan keluarga masing masing..
|
licin pinggan haa.. kredit gambar buat Mimi |
|
dah kenyang tapi sibuk tengok apa lagi boleh dimakan.. haha - kredit gambar buat Mimi jugak |
lepas acara makan-makan tu anak-anak dihidangkan pulak dengan aiskrim dalam kon.. sukalah masing-masing dapat aiskrim.. dapatlah anak-anak diam sementara mak-mak diorang pulak sibuk nak tukar-tukar hadiah.. memasing sibuk haa.. berebut-rebut nak ambik.. dan paling best aku tercabut nama aku sendiri sampai 2 kali.. hahaha.. kelakar betul!
|
berebut cabut nama untuk cabutan bertuah |
akhirnya aku terpilih untuk dapat hadiah dari Anil dan Nora terima hadiah dari aku.. terima kasih ye anil.. akak suka sangat hadiah yang Anil bagi tu.. alhamdulillah.. semoga makin murah rezeki Anil ya nanti.. buat Nora pulak.. harap suka dengan apa yang akak bagi ya.. dah last minute kelam kabut tak tau nak cari hadiah apa dah lagi.. tengoklah gambar kami kat bawah ni.. belakang Nora tu ada peti aiskrim.. dan luas kan restoran ni?
|
Bagi hadiah ke Nora - sorang pandang lain, sorang pandang lain.. haha |
|
terima hadiah dari Anil |
dan akhirnya majlis makan-makan selesai dengan jayanya.. eh silap.. majlis gathering ASL Warrior telah selesai dengan jayanya... dan kami kekenyangan sampai keesokkan paginya tau.. punyalah banyak makanan.. alhamdulillah.. syukur.. dan buat korang yang teringin nak makan makanan yang sedap dan pelbagai di Restoran An-Nur's Kitchen ni boleh la pergi ke Ayer@8, Putrajaya.. dan boleh je ikut alamat kat bawah ni ya.. untuk tempahan atau pertanyaan pulak korang boleh hubungi nombor telefon yang tertera tu..
Alamat :
An-Nur's Kitchen.
C1-G-5, Kompleks Perniagaan (Ayer@8),
Jalan P8G1 Presint 8,
62100 Putrajaya.
Untuk Tempahan / Pertanyaan :
017-4212649 (Faizeen)
|
sempat bergambar masa muka suci murni lagi |
Ceritaita
meriahnya
BalasPadamurmmmm..makanan yang sedap..sangat meriah semua.
BalasPadam