GST Mansuh 1 Jun 2018 - Cerita Ita                                                             GST Mansuh 1 Jun 2018 Langkau ke kandungan utama

GST Mansuh 1 Jun 2018

assalamualaikum semua,  GST mansuh 1 Jun 2018?  satu berita gembira dalam berita hari ni.. GST dikurangkan kepada sifar pada 1 Jun 2018 nanti..  alhamdulillah aku rasa ini merupakan berita yang memang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia.. berita GST diturunkan kepada sifar pada 1 Jun 2018 ni sebenarnya disertai dengan debaran bagi semua orang aku rasalah.. sebab masing-masing tentunya menanti apa yang berlaku bila GST dimansuhkan ni nanti.. 

GST Mansuh 1 Jun 2018


Berita ni dah disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui hebahan di facebook mereka.. tapi satu persoalan bermain sekarang ni.. adakah harga barangan akan tetap kekal atau makin turun harganya?  kita sama-sama tunggu dan nantikan la..  kalau sebelum ni kebanyakkan penjual menaikkan harga disebabkan kenaikkan kos barangan katanya disebabkan GST diharap kali ni akan ada perubahan yang baik dari segi harga barangan.. 

Dah disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia


mesti ada yang nak tanya kenapa penting sangat ke harga barangan ni? pada aku penting.. sedia maklum kami ni duduk di ibu negeri Pahang yang belum pun diiktiraf sebagai bandaraya pun lagi.. tapi kos sara hidup kat sini sangat tinggi.. harga barangan sangat tinggi di mana-mana pun kecuali bahan asas yang harganya terkawal.. kalau bahan basah pulak walaupun kami berada dekat dengan laut tapi kami jarang-jarang sekali dapat makan ikan segar.. sebabnya harga yang perlu dibayar tu kadang-kadang sangat mahal.. itu belum lagi makan makanan laut.. bagi kami makanan laut tu adalah untuk orang yang ada-ada je.. bagi yang berpendapatan sederhana dengan anak yang ramai, perlu fikir banyak kali kalau teringin nak makan makanan laut.. 

itu baru barang basah.. cuba bayangkan pulak barangan proses dan keperluan rumah yang lain.. tak aku nafikan kalau kat sini ramai yang beratur di kedai ECO RM2.12 berbanding pasaraya yang lain.. kecuali jika ada promosi jualan murah.. 

bukan aku mengeluh nasib tapi cuma menceritakan kisah seharian kami dah golongan sederhana ni yang makin rasa terhimpit sejak GST diperkenalkan.. diharapkan dengan berita yang diterima mengenai GST mansuh 1 Jun 2018 nanti akan memberikan sedikit sinar harapan buat kami.. adakah kedatangan Aidilfitri tahun ni akan lebih bermakna?  sesamalah kita doakan..  InsyaAllah..

Ceritaita

Ulasan

  1. Di kurangkan je, kan? Boleh naik,kan macam ni?

    BalasPadam
  2. @Azlinda Azman

    itulah linda.. akak pun fikir yang sama... mungkin akan naik balik dengan nilai lain atau betul2 mansuh mana tau..

    BalasPadam
  3. saya dengar dari Menteri kewangan GST akan dimansuh setelah kajian terperinci dalam masa terdekat..

    cuma saya keliru..

    sifar GST atau mansuhkan GST..

    yang saya tahu kedua-duanya tidak pasti lagi untuk 1 Jun.

    sama-sama kita dapat kepastian pada 1 Jun nanti

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat