assalamualaikum semua, GST mansuh 1 Jun 2018? satu berita gembira dalam berita hari ni.. GST dikurangkan kepada sifar pada 1 Jun 2018 nanti.. alhamdulillah aku rasa ini merupakan berita yang memang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia.. berita GST diturunkan kepada sifar pada 1 Jun 2018 ni sebenarnya disertai dengan debaran bagi semua orang aku rasalah.. sebab masing-masing tentunya menanti apa yang berlaku bila GST dimansuhkan ni nanti..
GST Mansuh 1 Jun 2018 |
Berita ni dah disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui hebahan di facebook mereka.. tapi satu persoalan bermain sekarang ni.. adakah harga barangan akan tetap kekal atau makin turun harganya? kita sama-sama tunggu dan nantikan la.. kalau sebelum ni kebanyakkan penjual menaikkan harga disebabkan kenaikkan kos barangan katanya disebabkan GST diharap kali ni akan ada perubahan yang baik dari segi harga barangan..
Dah disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia |
mesti ada yang nak tanya kenapa penting sangat ke harga barangan ni? pada aku penting.. sedia maklum kami ni duduk di ibu negeri Pahang yang belum pun diiktiraf sebagai bandaraya pun lagi.. tapi kos sara hidup kat sini sangat tinggi.. harga barangan sangat tinggi di mana-mana pun kecuali bahan asas yang harganya terkawal.. kalau bahan basah pulak walaupun kami berada dekat dengan laut tapi kami jarang-jarang sekali dapat makan ikan segar.. sebabnya harga yang perlu dibayar tu kadang-kadang sangat mahal.. itu belum lagi makan makanan laut.. bagi kami makanan laut tu adalah untuk orang yang ada-ada je.. bagi yang berpendapatan sederhana dengan anak yang ramai, perlu fikir banyak kali kalau teringin nak makan makanan laut..
itu baru barang basah.. cuba bayangkan pulak barangan proses dan keperluan rumah yang lain.. tak aku nafikan kalau kat sini ramai yang beratur di kedai ECO RM2.12 berbanding pasaraya yang lain.. kecuali jika ada promosi jualan murah..
bukan aku mengeluh nasib tapi cuma menceritakan kisah seharian kami dah golongan sederhana ni yang makin rasa terhimpit sejak GST diperkenalkan.. diharapkan dengan berita yang diterima mengenai GST mansuh 1 Jun 2018 nanti akan memberikan sedikit sinar harapan buat kami.. adakah kedatangan Aidilfitri tahun ni akan lebih bermakna? sesamalah kita doakan.. InsyaAllah..
Ceritaita
Di kurangkan je, kan? Boleh naik,kan macam ni?
BalasPadam@Azlinda Azman
BalasPadamitulah linda.. akak pun fikir yang sama... mungkin akan naik balik dengan nilai lain atau betul2 mansuh mana tau..
saya dengar dari Menteri kewangan GST akan dimansuh setelah kajian terperinci dalam masa terdekat..
BalasPadamcuma saya keliru..
sifar GST atau mansuhkan GST..
yang saya tahu kedua-duanya tidak pasti lagi untuk 1 Jun.
sama-sama kita dapat kepastian pada 1 Jun nanti