Assalamualaikum semua, baru je lepas dengar pengumuman dari Pemegang Mohor Besar Raja-Raja tadi mengenai penetapan 1 Ramadan 1439H atau pengisytiharan puasa 1439H/2018M pada tahun ni.. mulanya kami ingat dah terlepas nak dengar pengumuman tadi sebab dah nampak tarikh bermula puasa kat Berita TV1 yang tulisan bergerak-gerak kat belah bawah masa berita tadi.. tapi alhamdulillah dapat jugak kami tengok pengumuman yang julung kalinya nak dapat tengok tu..
Pengisytiharan Puasa 1439H / 2018M |
dengan pengumuman dari Pemegang Mohor Besar Raja-Raja tu tadi sahlah yang umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Khamis, 1 Ramadan 1439H bersamaan dengan 17 Mei 2018 pada tahun ni.. alhamdulillah berbunga-bunga hati bila dengar pengumuman tadi.. macam ni rasanya setiap tahun menjelang Ramadan.. terasa istimewanya bulan yang satu ni.. kenapa aku cakap macam tu? sebab aku rasa hati sangat-sangat tenang setiap kali berada dalam bulan Ramadan..
Pengisytiharan Puasa 1439H / 2018M |
dan tahun ni aku harap sangat aku dapat dijumpakan dengan bulan kecintaan umat Islam ni di mana masing-masing berusaha merebut ganjaran berganda-ganda bagi setiap amalan yang dilakukan.. dan aku harap aku dapat tunaikan kesemua impian aku yang aku pernah tulis dalam entri Impian Ramadan ni aritu..
Selamat Bertemu dan Menjalani Bulan Ramadan yang mulia buat semua umat Islam.. dan selamat menikmati kehebatan bazar Ramadan bagi semua rakyat Malaysia yang menantikannya setahun sekali.. itulah uniknya Malaysia, masing-masing walaupun bukan beragama Islam sama-sama menantikan kedatangan bulan istimewa ni.. bagi sesiapa yang masih tercari-cari jadual imsak dan berbuka puasa boleh tengok di link jadual waktu imsak dan berbuka puasa ni..
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
Ceritaita
Selamat Beribada di Ramadhan, Ita...
BalasPadam