assalamualaikun semua, semalam waktu kami lalu di kawasan perumahan kami timbul persoalan pasal rumah tinggal yang hilang seri.. adakah betul rumah yang ditinggalkan tiada berpenghuni akan hilang serinya? susah nak cakap.. tapi dari pemerhatian kami sekitar taman kami ni.. adalah beberapa rumah yang dah ditinggalkan oleh penghuninya yang mana dah berpindah.. dah menginap di rumah baru.. rumah ditinggalkan kosong begitu saja tanpa ada yang menyewa atau apa.. memang terserlah rumah tu macam hilang serinya..
Rumah tinggal hilang seri? |
sambil lalu kawasan sekitar sambillah kami perhatikan.. ke sebab kami tau rumah tu memang takde penghuni jadi macam ada rasa kesuraman sebab kami tau takde siapa yang tinggal di situ? bunyinya macam ada bias jugak kan di situ.. sebab tu aku letak tanda soal dekat tajuk tu.. rumah tinggal hilang seri? betul-betul hilang seri atau kami je yang rasa macam tu?
terus teringat nasib rumah kami selepas ni.. semua dalam kereta terdiam sunyi sepi.. sedih pun ada agaknya rasa masing-masing kan.. mana kan tidak kami akan tinggalkan rumah yang dah 7 tahun kami menginap ni.. bulan ni memang genap la kami menginap 7 tahun di rumah ni..
banyak kenangan susah senang yang banyaknya susah kat rumah ni.. 2 kali beranak kecil di rumah ni.. dan banyak 'sampah' jugak yang nak 'dibersihkan'.. tolong doakan urusan kami semua dipermudahkan ya.. dan doakan jugak supaya rumah kami nanti tak jadi rumah tinggal yang hilang seri..
Ceritaita
Tabahlah kawanku.. rezeki ada dimana-mana. Moga dipermudahkan
BalasPadamsemoga dpermudahkan urusan k.ita..:)
BalasPadamBila dah menetap lama di sebuag rumah tu kan kak mmg akan rasa sedih ja klu nk berpindah kan. Semoga allah permudahkan urusan kak.
BalasPadam