Sambutan Hari Raya di tempat kerja - Cerita Ita                                                             Sambutan Hari Raya di tempat kerja Langkau ke kandungan utama

Sambutan Hari Raya di tempat kerja

assalamualaikum semua, semalam selamat berlangsung majlis sambutan hari raya di tempat kerja aku ni.. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. kalau ikutkan kami memang jadikan acara sambutan hari raya di tempat kerja kami ni sebagai acara tahunan.. walaupun secara tak rasmi tapi memang dah macam jadi kebiasaan kami buat sambutan macam ni setiap tahun..

Sambutan Hari Raya di tempat kerja


sejak aku berpindah kerja dari Kota Bharu, Kelantan dulu ke sini tahun 2007, aku rasa setiap warga kerja yang ada sebumbung dengan aku ni pun sama merasakan yang sambutan hari raya kami adalah merupakan hari yang sentiasa menjadi hari yang ditunggu-tunggu.. bukan saja buat kami malah semua rakan-rakan sekerja dan pelanggan setia.. 


Bersama rakan-rakan sekerja


setiap kali sambutan agak meriah.. pada tahun-tahun pertama aku kat sini dulu kami cuma buat sambutan ni secara kecil-kecilan je.. cuma menggunakan bilik mesyuarat kami yang kecik berada di tingkat atas makmal kami ni je.. jemputan masa tu cuma rakan-rakan sekerja yang berdekatan je.. maklumlah.. cuma ala kadar.. letak makanan di atas meja mesyuarat dan tetamu boleh ambil makanan dan makan di kerusi yang disediakan di sepanjang koridor di luar dan dalam bilik mesyuarat tu.. tak kira siapa pun tetamunya.. tiada meja VIP yang akan disediakan pun waktu tu.. semua dilayan sama rata.. tapi alhamdulillah walaupun nampak sempoi tapi tetap meriah..

cuma beberapa tahun kebelakangan ni sambutan hari raya kami nampak agak gah selepas bilik mesyuarat kami dah diubahsuai menjadi lebih kecil dan kami dah tiada ruang untuk membuat sambutan seperti dulu.. jadinya kami ubah kawasan ke bahagian tempat letak kereta di pejabat negeri yang kami pinjam sebenarnya.. sambutan hari raya nampak lebih gah apabila buat di sini.. walau hakikatnya jumlah orang kami serta sumbangan makanan yang dibawa oleh rakan sekerja masih sama..

ok berkait dengan sumbangan makanan.. biasanya setiap kali nak buat sambutan hari raya kami akan mengadakan mesyuarat dan menentukan AJK yang akan dilantik untuk semua tugasan yang ada.. kami cuma organisasi kecil yang ada tak sampai 25 orang.. jadinya setiap orang tak pernah berkecuali dalam apa jua penglibatan.. dan akan ada senarai yang dikeluarkan untuk mengambil nama serta juadah yang akan disumbangkan oleh setiap orang.. ya, kami menggunakan konsep potluck pada setiap tahun.. akan ada jugak sedikit kutipan bagi menampung keperluan sampingan macam pinggan mangkuk pakai buang serta yang lain-lain.. 

tapi apa yang aku kagum, setiap tahun walaupun kami cuma tak sampai 25 orang tapi kalau korang tengok hasil juadah yang dihidang pastinya terkejut tau.. boleh tampung sehingga lebih dari 100 orang tetamu aku rasa.. ini yang uniknya di sini.. masing-masing penuh rasa ikhlas menyumbang apa saja untuk dihidangkan untuk tetamu.. yang paling penting sebenarnya kami yang beraya sesama sendiri dengan rasa hidangan yang dihidangkan oleh rakan-rakan sekerja yang kebanyakkannya dimasak sendiri.. semangat ni yang aku kagum sampai sekarang.. walaupun sumbangan masing-masing nampak tak banyak.. setiap orang cuma akan masak untuk makan dalam 10 ke 20 orang.. tapi keikhlasan tu yang utama.. ada macam-macam la.. nasi minyak, nasi lemak, nasi air, laksa penang, nasi impit kuah kacang, nasi impit sambal ikan, roti jala, pulut ikan masin, sup, dan banyak lain kuih muih..


Ini masa belum penuh lagi ni..

sibuk masing-masing menghidang


tengok je la semalam.. asalnya bila kami edarkan borang untuk senarai sumbangan nampaknya macam tiada sambutan sangat sampai ada yang agak risau meja hidangan akan kosong tapi alhamdulillah.. sampai tak muat rupanya meja hidangan utama semalam.. siap kami akan bawak bekal untuk keluarga di rumah memana lebihan yang ada.. syukur bertambah la pasal tak payah masak pulak bila balik kerja nanti kan.. hehehe.. dan jemputan kami masih tak berubah sejak dari dulu cuma kawan-kawan sekerja yang berdekatan dengan kami saja.. belum mampu lagi nak adakan sambutan besar-besaran untuk panggil orang luar atau vip yang lain.. harap maaf jika korang antara yang tak menerima jemputan rasmi dari kami ya..


ini hidangan yang aku bawak - roti jala dan kari ayam pencen


dan tahun ni merupakan sambutan terakhir untuk sambutan hari raya di tempat kerja ni bagi aku.. insyaAllah lepas ni aku akan berada di tempat baru dengan situasi baru pulak.. tapi kenangan yang indah macam ni akan sentiasa menjadi kenangan aku walau di mana saja aku berada.. sebaklah pulak.. dan aku berharap yang sambutan hari raya macam ni akan diteruskan oleh mereka yang berada di sini.. dan aku pasti mereka pun sangat menghargai sambutan macam ni.. sayang kalau ianya dihapuskan.. untuk tahun ni aku dari hari tu berhajat nak masak nasi arab tapi atas masalah yang tak dapat dielakkan menu bertukar jadi kepada roti jala, kari ayam pencen dan kek marble.. tapi sayangnya kek marble tak sempat nak buat.. cuma mampu bawakkan kuih raya je sebagai ganti.. 




Bebudak bertiga ni pun ada beraya sama jugak


yang pastinya bagi aku sambutan hari raya di tempat kerja macam ni bukan saja untuk menghargai pelanggan malah menghargai sesama sendiri dengan hidangan yang dibawa untuk kawan-kawan.. malah mengeratkan silaturahim sesama rakan sekerja dengan kerjasama diberi sepanjang perjalanan majlis.. yang ini sangat positif ok.. perhubungan yang baik akan hasilkan hasil kerja yang baik jugak.. korang buat sambutan hari raya di tempat kerja jugak ke? 

Ceritaita


Ulasan

  1. wahhhh penuh meja dengan makanan! Terliur tengok roti jala tu :D

    BalasPadam
  2. Seronoknya..kami syrkt swasta tak buat mcm ni. Buat sendiri2 je

    BalasPadam
  3. Seronok Ita dapat sambut Hari Raya dengan officemate..
    Best dapat makan ramai-ramai camtu..
    Jamuan Hari Raya tempat kerja LZ minggu depan..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah meriah Tu.. mesti seronok kan ita. Walaupun X ramai tp kemeriahan Tu yg best

    BalasPadam
  5. buat potluck open house best banyaaak makanan kiteee suka =D

    BalasPadam
  6. meriah dan nampak menarik makanan yang ada.. Office Bonde pada 6 Julai nanti, tapi Bonde pon tak ada dekat rumah he he he

    BalasPadam
  7. Best kan kak sekali sekala dapat berkumpul dalam majlis macam ni. Aina pun jumaat lps buat jamuan raya ditempat kerja. Meriah dengan makanan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...