Resepi Kek Marble Tanpa Telur - Cerita Ita                                                             Resepi Kek Marble Tanpa Telur Langkau ke kandungan utama

Resepi Kek Marble Tanpa Telur

Resepi Kek Marble Tanpa Telur

assalamualaikum semua, baru ni aku ada cuba buat kek.. setelah sekian lama dah oven aku kat rumah tu tak berasap.. akhirnya aku cubalah buat sebiji kek.. eh tipu pasal adunan tu banyak aku buat dalam 2 loyang jadi adalah 2 loyang kek marble tanpa telur aku.. macamana boleh terfikir nak cuba resepi kek marble tanpa telur ni? 

Resepi Kek Marble Tanpa Telur


cerita dia macam ni.. aku teringin sangat nak bakar kek... tapi biasalah kalau kita buat kek paling-paling kurang pun nak guna 2 biji telur.. kalau kek marble yang sedap tu pun kena guna 5 biji telur.. jadinya aku ni tengoklah berapa biji je telur yang ada stok kat rumah masa tu.. alangkah kecewanya hati bila aku tengok cuma ada 2 biji je telur.. ni karang kalau shah nak guna untuk buat pau gebu dia lagi la takde telur kang.. dahlah masa tu dah kira tahap malas nak keluar rumah cari barang dah kira level tertinggi dah..

jadinya aku ambik keputusan jomlah kita bakar kek marble tanpa telur.. jadi gigihlah aku mengoogle resepi kek marble tanpa telur ni.. dan akhirnya aku dapatlah satu.. bahan pun senang.. jadi apa lagi.. meh la kita tepek resepi dia kat sini supaya tak lupa.. aku dapat resepi ni dari sumber MyResepi.. kalau ikut resepi asal dia asingkan adunan putih dan coklat tu tapi disebabkan aku terlebih rajin jadinya aku buat satu adunan je.. kemudian je aku letak serbuk coklat bila dah asingkan..

Resepi Kek Marble Tanpa Telur



Bahan-bahan

2 1/4 cawan tepung gandum ayak bersama 1 sudu kecil baking powder dan 2 sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat.
2 cawan gula halus
2/3 cawan minyak masak
2 cawan air susu segar panas / air panas 
2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan serbuk koko (asingkan dulu)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kering.
2. Kemudian baru campurkan semua bahan basah.
3. Kacau guna whisk je supaya sebati dan tidak berketul.
4. Bila dah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

aku asingkan baru tambah serbuk koko


5. Satu bahagian tu dicampurkan dengan serbuk koko yang diasingkan tadi.
6. Sapu butter pada loyang.
7. Tuangkan adunan secara selang seli mengikut warna.
8. Panaskan oven.
9. Bakar kek mengikut kepanasan oven masing-masing. Oven aku 180 darjah celcius selama 40 minit.
10. Biar sejuk dan boleh dihidangkan.

waktu keluar dari oven


ok, jom aku kongsikan rasa kek marble tanpa telur ni.. bagi peminat kek marble tegar macam aku ni.. aku dah terbiasa la dengan kek marble yang ringan atau gebu gitu.. tapi bila buat kek marble tanpa telur ni tesktur dia agak berat dan kurang rasa berlemak dan gebu tu.. jadi macam makan kek minyak la pulak rasanya melebihi dari rasa makan kek marble.. dan bila biarkan semalaman, keknya jadi agak keras dan lebih berat.. budak-budak pun kurang gemar..

kesimpulannya aku tak berapa gemar la rasa dia.. tak tau la bagi orang lain.. mungkin lain orang lain pulak seleranya kan.. jadi tak salah kalau nak mencuba.. mana tau korang tersuka pulak kan.. kalau dah cuba nanti korang share ya apa korang rasa pulak..


Ceritaita



Maklumat lain : 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer





Ulasan

  1. Akak kalau bab buat kek ni memang failed la..bestnya tgok kek marble..

    BalasPadam
  2. Salah satu kek kegemaran Kak Sue Kek Marble nie lah. Cuma belum pernah cuba yang tak letak telur nie Ita..

    BalasPadam
  3. Memang peminat kek marble tapi belum pernah cuba resepi tanpa telur. biasa suka makan kek yg rasa ringan baru tak jemu. terima kasih kongsi pengalaman.

    BalasPadam
  4. tq untuk resepi...boleh lah guna untuk sementara pantang telur ni....

    jemput join giveaway saya

    https://naimyart.blogspot.com/2021/01/giveaway-minyak-herba-asmak-by-kak-ecah.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...