Abg Long ambik peperiksaan UPKK - Cerita Ita                                                             Abg Long ambik peperiksaan UPKK Langkau ke kandungan utama

Abg Long ambik peperiksaan UPKK

Assalamualaikum semua,  hari bersejarah hari ni..  jadi ummi kena jugak curi masa menulis kat dalam blog ni..  hari ni Abg Long ambik peperiksaan UPKK.. peperiksaan besar pertama buat Abg Long..  ujian pertama peperiksaan besar dalam hidup.. pertama jugak buat kami sebagai ibu bapa.. satu pengalaman yang sangat berharga dan harus kami akan ingat sampai bila-bila.. 

Abg long ambik peperiksaan UPKK 


ramai jugak di kalangan kawan-kawan yang dah tau suka duka kami sekeluarga selepas berpindah ke Kuala Lumpur baru ni.. terutama part nak uruskan pasal peperiksaan UPKK untuk abg long dan perpindahan sekolah anak-anak ni semua.. waktu mencabar buat kami waktu tu.. 

dari sekolah yang amat menekankan kesan pembelajaran sepanjang hayat.. aku akui sangat Al Fawwaz sangat sempurna bagi kami.. walaupun cuma punyai bangunan sekolah yang menempel di rumah-rumah teres dan surau di Taman Kempadang Makmur.. tapi aku rasakan usaha setiap orang gurunya patut disanjung tinggi.. semoga Allah berikan balasan setimpal buat semua guru yang pernah dan sedang mengajar di Al Fawwaz.. tak salah kami memilih sekolah ini sebagai pilihan buat anak-anak satu masa dulu.. 

dan tahun ni merupakan tahun paling bererti buat kami.. kami kena sama-sama hadapi ujian anak menghadapi peperiksaan kali pertama.. bertambah-tambah ujian buat kami bila terpaksa berpindah bilamana peperiksaan anak cuma tinggal lagi tak sampai 4 bulan berbaki.. Allah je yang tahu betapa hati kami tak mau pindah untuk pastikan anak menghadapi peperiksaan dengan baik.. belum lagi pelbagai halangan untuk abg long jadi calon tumpang di Kuala Lumpur.. tipulah kalau aku kata aku tak berperang dengan emosi.. tapi aku juga kena kuat demi anak-anak.. 

lagi la bila aku tengok kesungguhan guru-guru Al Fawwaz membimbing anak-anak didik hingga ke hari peperangan sebenar.. Allahu.. aku jadi tak kuat.. aku cuma mampu berdoa semoga Allah jadikan apa yang kami pilih dan sedang hadapi ini adalah yang terbaik buat kami pada masa ini.. Ya Allah.. hanya Kau la tempat kami bergantung dan berserah.. Jangan sesekali Kau duga kami dengan dugaan yang tak mampu kami tanggung Ya Allah.. 

Sebak tengok gambar ni sebab situasinya amat berbeza di sini.. semoga doa ustaz juga sampai buatmu nak..  Ahmad Haziq Hakimi 


tiada lain usaha kami untuk bagi yang sempurna buat abg long,  aku sendiri cari mana-mana contoh soalan.. minta abg long buat dan tanda ikut mana yang aku terdaya.. dah rasa macam cikgu KAFA sementara pun ada jugak dah ni.. hihi..  semua untuk kebaikkan anak..  bincang dan sama-sama baca nota sampai adakalanya aku cuma mampu dengar suara abg long dah termasuk dalam mimpi.. gigih jugak dia baca dan kejut umminya setiap kali.. Semoga Allah berikan yang terbaik buatmu atas usahamu nak.. 

semoga setiap usaha Abg long beroleh kejayaan dunia akhirat ya nak.. 


dari hari ni sampai Khamis, diharap Abg Long tenang hadapi peperiksaan UPKK Abg Long ya nak.. teruskan je usaha sampai minit terakhir.. jangan mengalah.. bila dah cuba dan apa je yang abg long dapat nanti kita terima dengan sepenuh hati sebab kita dah usaha kan.. 

aku ada coretkan di facebook siang tadi.. untuk kenangan kami.. aku tampal la pulak kat sini.. 

Hari Pertama UPKK  
Alhamdulillah dapat peluang kebenaran balik dari bos untuk jenguk abg long sebelum mula peperiksaan UPKK tadi.. nampak senyum di wajah anak pun ummi dah rasa lega sangat.. .sempat la teman sekejap dia makan bekal yang ayah selalu bungkuskan untuk dia tadi...selalu ayah tinggalkan bekal dekat meja berhampiran pondok Jaga sekolah..  tapi hari ni ummi yang berdiri dekat Jaga sambil pegang bekal.. tapi dia tak perasan.. dan terus menonong jalan laju je hala ke bangunan KAFA sekolah.. bila dah separuh jalan aku panggil..  "abg long!" .3 kali panggil baru dia menoleh.. agak terkejut bila tengok ummi dia ada.. .Abg long : Eh ummi datang? (sambil senyum tak lekang kat bibir).. kenapa ummi datang? 
Ummi : Kan abg long nak periksa kan petang ni?  ummi ingat nak teman abg long la sekejap.. sebelum masuk periksa.. 
Abg long : Ye ke ummi?  (masih dengan senyum) 
Ummi : Ya la.. 
Abg long : Ummi tak kerja ke petang ni? 
Ummi : Tak.. ummi dapat perlepasan dari bos ummi tadi.. jomlah gi makan.. biasa abg long makan kat mana? 
Abg long : Kat kantin dengan kawan-kawan.. ni diorang gi beli makanan dulu kot.. 
Ummi : Dah dekat pukul 1.40 ni takkan kawan awak tak balik lagi dari beli makanan?  makan dulu la.. karang lambat.. sebab ustazah kata tadi taklimat dalam pukul 2.
Abg long : Ye eh?  
Ummi : Ye la.. cepat!
Dia sempat pegi tandas dulu.. tapi tengah makan bekal sempat lagi tanya aku.. 
Abg long : Hari-hari ke ummi teman saya macam ni?  (ok ummi sebak) 
Ummi : Eh tak boleh nak.. ummi ada kursus esok sampai Khamis.. hari ni je ummi boleh teman.. tu ummi datang jugak.. 
Abg long : Ala..  
Ummi : Takpe la.. kawan-kawan pun takde yang ummi ayah dia datang kan..  ni abg long patut syukurlah.. jawab je kertas tu dengan baik nanti ya.. kalau tak ingat doa banyak-banyak supaya Allah bagi ingat..  
Abg long : (senyum dan angguk) 

Alhamdulillah, dapat peluang jugak berjumpa dengan ustazah sebelum peperiksaan tadi... semoga Allah permudahkan urusan semua anak-anak yang mengambil peperiksaan sehingga hari Khamis ni.. amin.. 
#UPKK2018 #ceritaita #Ahmadhaziqhakimi

dan esok hingga Khamis aku terpaksa hadiri kursus di tempat kerja sedang hati nak sangat menemani anak di waktu sukarnya.. apakan daya ummi wahai anak.. semoga satu hari nanti bila kamu dapat membaca coretan ini,  kamu sedar yang betapa pengorbanan ibu bapa tu bukan hanya untuk memastikan anak-anak hidup dengan selesa.. malah lebih dari itu.. 

terkenang ayat Shah tadi...  patut kita payah pindah dulu sampai abg long abis exam kan? .. mungkin ada yang kata kami tak bersyukur dengan apa yang ada.. ya.. mungkin.. tapi Allah je yang tau apa kami rasa sebulan dua ni.. betapa rupanya terlalu sukar untuk kami carikan ilmu akhirat buat anak-anak kami di kota besar ni.. cabaran demi cabaran kami lalui.. sangat jauh bezanya dengan penghidupan kami di Kuantan dulu.. 

Ya Allah,  semoga kami kuat menghadapi dugaan menjaga amanah yang Kau beri.. ampunkan kami jika kekhilafan ini datang dari kami Ya Allah.. semoga ada ruang untuk kami perbetulkan apa jua kekhilafan kami.. amin.. Maafkan kami dan doakan kami.. 

Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...